Thursday, April 14, 2016

Part 1 : Kronologi Bersalin Ghazi

Bismillah alhamdulillah.

Dah almost 2 years plus tinggalkan dunia blog. Kekangan beranak lelaki yang sangat aktif MashaAllah. Ni pun menaip masa Ghufran pergi sekolah. Kalau tak memang tak dapat la nak pegang laptop. Habis keypad laptop mama bogel dikopek satu satu.. Alhamdulillah selepas setahun deliver Ghazi baru diberi kesempatan.

Berbalik kepada point utama. Aku nak share perjalanan bersalin Ghazi. Masa pregnant Ghazi alhamdulillah morning sickness tak teruk cuma im not sick handling abg Ghufran. LOL. Muntah masa 1st trimester sahaja. Cuma 2nd pregnancy ni banyak kali lah juga kena heartburn yang sangat darn. Makan gaviscon pun tak jalan babe. Aku minta suami tumbuk terus belakang sampai lega. Tak lama kena, ada la dalam 4 jam. Fuhh. Memang sakit tak memain

Anyway masa Ghazi 28 weeks dalam kandungan aku pergi detail scan dekat Hospital Bersalin Umra, Shah Alam. Sonographer kata ada few dots dekat jantung that might relates to down syndrome baby. Masa ni aku tengah practical di audit firm, takde masa nak pergi weekdays unless curi masa lunch hour. Bila doc bagitau pasal down syndrome tetiba aku pun nak join down sekali and cecepat minta izin partner untuk half day nak ke PPUM for 2nd opinion since alatan kat sana lagi canggih and only cost me RM30 compared UMRA RM180. Mak ayah orang akaun of course concern when it comes to $$$. Alhamdulillah doc di PPUM kata there is no sign baby down syndrome. 


Tapi still aku tak sedap hati, weeekend tu i went to Hosp Barakah to meet my Gynae and doc buat few times 4D nak tengok muka baby, ada sumbing tak, jarak hidung ke mulut cemana dll. Alhamdulillah again doc kata so far so good cumanya ukuran kaki tak telly dengan size kepala dan lain2. Then aku pun positifkan diri since 2 doc kata no problem kan. Maybe sebab baby ikut baka kecik mama dia kot tu yang kaki tak berapa nak telly. Takpe dik, asalkan account mama telly. Eh! bahaha

Anak tembam mama masa 30weeks. 
Doc kata kalau baby down syndrome kita boleh nengok muka dia lain sikit masa detail scan, which is sumbing, jarak antara kening lain sikit, jari dll. Tapi ciri2 tu tak ada pada scan 4D Ghazi. Alhamdulillah thummal hamdulillah


12/4/2015 (Ahad)
39 weeks
Harini aku ada weekly checkup dengan doc Khairiah. Masa ni contraction dah ada tapi on and off dalam 4 - 5 jam sekali. So relax jelah. Basically kalau ikut EDD aku, masa ni aku dah 39 weeks. Tapi kalau ikut size masa scan baby, baru 37 weeks. Tapi kira dah full term la. Apa apa pun aku tak kisah ke EDD. Konsep aku,  anak tu akan bagi sign nak keluar sendiri once dah cukup masak. So i just keep the positive vibes, peluk2 suami & ghufran to increase hormone oxytocin, spread the lovee. Gituuu. Perkataan caeser ke induce tak dibenarkan masuk dalam otak aku. Even suami kalau terlebih risau sibuk dok paksa pergi hospital memang kena piat sampai biru.

 Even doctor pun positif je since aku takde GDM, high BP dll. Aku mohon doc supaya tak induce even dah sampai tarikh EDD. Apa pun doc kata "saya bagi puan sampai 42 weeks shj, takut baby dah berak dalam perut". lantas aku balas "dont worry doc, harini saya akan pergi shopping exercise bagi jalan bukak and i will make sure tak dan jumpa next appt saya akan bersalin. Dan saya akan datang hosp bila dah 5 minit contraction je to avoid doc induce!".. haha. Listen to ur own body sebenarnya. Sebab aku punya instict kuat mengatakan aku akan bersalin dalam masa terdekat. So wat lek wat pis jelah. Kalau tak beranak lagi, next checkup ditetapkan pada 19/4/2015. 

sebelum keluar bilik, i asked her permission "selfie sikit doc, mak saya tak kenal doctor"
meet my soft spoken Pakar Gynae, Dr Khamsiah (Hosp Bersalin Barakah, Bandar Puteri Klang)
abaikan muka aku yang dah sembab nunggu budak tak keluar keluar, haha

masa appointment ni aku bentangkan my last birth plan. Setengah jam babe aku duduk bincang2 sebelum finalise birth plan (kesian patient dekat luar tunggu lama). Dah bayar memahal, gunakan peluang dgn sebaiknya. (Sample birth plannya nanti scroll bawah2 sikit ya) Before this dah bentangkan 2x then bincang punya bincang, doc suruh revise. Doc advise suruh inject vitamin K & BCG dll, aku minta delay cord clamping, dll. So after istikharah & buat research sikit refer group gentle birth, ada tanya doula juga, aku revise lah birth plan aku tu sebelum finalise before bersalin. We did a lot of sharing, discussing. Ada give & take la.

 Aku suka doc khamsiah ni. Dia sangat soft spoken and sangat terbuka. Bila aku kata "doc, saya kalau tak nak natural dah lama saya bersalin PPUM or any gomen hosp tau.. Saya rela bayar, que tunggu appointment doc sebab saya nak as natural as i can dan saya nak shariah complience" then doc reply "puan jangan risau, saya tak akan induce or cucuk apa2 tanpa consent dan tanpa memberitahu whats the pro n cons. saya akan buat yang terbaik. just make sure ur spouse alert". terharu mak nokk dapat doc cenggini. Kalau pergi govt hospital dah kena sembur masuk facebook lagi (tak semua doc la. certain yang masih tak tahu kesedaran yang akan emo tak memasal)

Lepas appointment terus jogging dekat GM klang! haha




13/4/2015 (Isnin)
40 Weeks
Macam biasa braxton hicks on and off. bearable. Aku masak macam2 kat dapur makan apa aku nak makan sebelum berpantang. Siapa follow instagram aku dia tau la mende aku masak hari2. Pulut kuning & rendang pun aku masak! Dah mcm raya! hahaha. Lepas tu kekonon nak bagi jalan buka siap berus jamban, mop lantai, berus baju. Haa gasak semua ku ganyah. Nasib laki ku tak diganyah sekali. 

14/4/2015
40 weeks ++
Malam ni aku tak boleh tidur. Rasa perut memulas. Macam period pain. Perut keras. 1 jam sekali. keluar masuk toilet sampai tertidur sambil duduk atas bowl. Bahaha. Macam nak berak tapi sikit je keluar. hahah (tanda2 awal nak beranak ialah cirit/ poo a lot ya kawan since baby push organ2 kita utk dia ke bawah). Malam tu Ghufran tidur lena. So aku layan surge in between and tidur jelah.. Teringatkata2 kak Nadine masa sharing session, "if u can sleep means belum masa lagi" so aku layan surge jelah. breathing.. imagine beranak dalam air suam utk stable kan emosi.. Encik suami mesti lah tidur! minta dia urut, 1 minit je tangan dia urut pastu hanyut krohhh. Sabo jelah. Penat kerja perah otak katanya.. Malam ni rasa tak sedap hati. Bag hospital tak pack lagi! Tidur ayam2 je. Redha jelah. Terus turun bawah & ambil gymball bawa masuk bilik.

 Tidur atas ni je sambil sway hips. Alhamdulillah i felt soo much relieved!
Suami aku pun tak tau malam tu aku sakit. Sebab esok nya dia pergi kerja dengan penuh confidence! ayoyo..

alamakk Ghazi nangis la pulak.. to be continued!


ESOK NYA BERSALIN.. 
KRONOLOGI DI HOSPITAL DI POST SETERUSNYA YA

HEEEEEEE. jgn mara haa :*)


No comments: