Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 13, 2011

permainan syaitan = perjuangan jiwa

salam alaikk..

             saya tak tahu kenapa lately saya kerap mimpi 'seseorang' yang saya rasa sudah lama saya jauhi. saya tak minta didekatinya. sebab saya tahu ia bukan lah suatu yang menuju redha Allah. dan saya tak boleh pimpin dia memandangkan dia memang tidak terpimpin buat masa sekarang ni. maka saya relakan dia pergi. saya tidak mahu hanyut dek kerananya. saya diselebungi rasa bersalah. adakah saya terlalu memilih? adakah saya terlalu mementingkan diri sendiri? adakah saya bersalah kerana meletakkan tuntutan agama sebagai platform utama dalam membuat keputusan walaupun saya tahu ianya pahit?

             adakah rasa ini yang menyebabkan dia kerap muncul di dalam mimpi saya? mimpi macam mana tu jangan tanya lah kan. persoalannya kenapa mesti dia? kalau sekali je mimpi tak apa, ni sampai 4, 5 kali. sampai frustrated apabila bangun pagi pada keesokan harinya. tapi saya pernah dengar orang tua2/ dolu2 kata "kalau kita mimpi orang tu, maknanya orang tu sedang merindui dan menunggu kita" adakah kata2 pujangga ini benar? tapi minta dijauhkan sebab tak syari'e langsung. wahai syaitan nirrojimmm please stay away! semoga saya dapat beristiqamah + bermujahadah. 

              sejujurnya, saya sudah ada 'pembimbing setia' saya sekarang ini. tapi TIADA ISTILAH BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN. kami menjaga hijab ya sila faham & teliti maksud HIJAB tu. saya biarkan sahaja ia berjalan. kalau benar itu ketentuan Allah, tentu ada jalannya. ini kerana itu bukan keutamaan saya buat masa sekarang. saya nak habiskan diploma. saya sudah ada perancangan jangka masa panjang. priority saya buat masa ini adalah agama, keluarga dan pelajaran. saya mahu kehidupan yang diredhaiNya dan diredhai kedua ibu bapa saya juga. saya akan buka apa yang patut apabila sudah tiba masanya. apa2 pun, kita merancang, tetapi Allah lah sebaik2 pernacang dan menentukannya. Buat masa sekarang, biar lah semuanya menjadi rahsia. cukup lah penjelasan ini untuk menutup segala persoalan dan harapan 'seseorang' selama ini.

the conclusion is,
Rujuklah peganganmu/ agamamu dalam setiap tindak tandukmu, nescaya kamu akan peroleh barakah :)


1000 kemaafan dari hamba Allah yang lemah ini,
jazakillah..

2 comments:

Nie-Zarm Muhamad said...

orang muda ni dia kena kejar masa dengan kesibukan, kalau tak masa akan kejar dia dengan kesibukan yang ntah ape2, saya dah alami benda tu, sebab tu saya suka sibuk...

Syarah said...

betul tu! "Hammuka 'ala qadri ma AHAMMUK" : "Kesebokan kamu bergantung kpd apa yg kamu AGENDAKAN" :) semoga kesibukan kita ini membawa bekalan di akhirat kelak