Friday, April 15, 2016

Part 2 : Kronologi Bersalin Ghazi

bismillah..

bersambung dari part 1, this gonna be a super long post. gentle birth as possible. So, anti gentle birth, kalau tak nak sakit hati mohon jangan baca. Nanti tambah dosa tak memasal. Mak tak tanggung ya :)


Disclaimer : gambar di dalam ni hak persendirian. haram bagi sesiapa sebarkan without consent! u better watch out!



Basically ini birth plan yang dipersetujui Dr Khamsiah. Kesemuanya tau. Actually ada yang proper bertaip komputer masa bagi doktor sign masa last appt tapi masa pergi hosp boleh tertinggal dekat dalam hbeg! stresss nya. Tapi no worriesm, since doc dah ada copy. So buat lah mcm atas ni as backup just in case diorg minta, Doktor dah ingatkan haritu. Birth plan please letak atas meja di LR utk pengetahuam nurses just in case depa lupa.  Sekali rupanya nurses semua dah take note. Dr dah inform diorang awal2. Bagus kan Dr ni.. Aku tak dapat all 4 position. Terkilan lah juga. tapi takpelah. 


14/4/2015 (Selasa)
40 weeks ++
6.30 pagi

Pagi ni bangun macam biasa. Pergi toilet check ada mucus plug kuning tebal. Takde darah lagi. After solat subuh dengan suami aku senyap jelah. Tak bagi tau pun malam tadi macam sakit ke apa. Sebab aku tau suami aku ni cuak kebebeh sikit. After subuh terus sambung tidur after suami off to his office. Sebab malam tadi layan surge sampai pening kepala so kodho' la balik. Aci kan. Hee

8.00 pagi
Bangun nak pergi pergi toilet. Sekali tengok ada bloody show. Sikit jelah dalam 2-3 garis.. So relax je. Sebab air ketuban tak leaking lagi, contraction pun 2-3 jam sekali. still bearable! tu  yang penting. Just keep calm and ingat benda baik2 yang positive bak kata doulas. masa ni ada whatsapp & scroll group GB & HB. inform em darah dah keluar sikit. Diorang pun cakap monitor jarak contraction, make sure baby gerak dll. I did with all natural inducer since 37 weeks . Antara natural inducer yang aku amalkan ialah make love almost everyday! The best inducer,  i took nenas everyday. 1 slice per day, wajib!. makan pedas. my husband did perineum massage almost every night, minum air kelapa segar. consume EVCO as well dll)

9.00 pagi
Umi masuk bilik kejut suruh bangun.. Kebetulan harini umi MC. Umi  minta tolong hantar umi ke klinik. High BP pula pagi tadi, Then aku bangun, tetiba umi nampak darah meleleh kot celah peha sampai betis aku. Kat katil pun ada darah. Lupa nak alas pagi tadi. Dalam hati "alamakkkk kantoi la pulak. kang laki ku tak gelabah. mak aku yg gelabah!".. sekali betul! umi paksa siap2. umi tak bagi bagitau suami. Umi kata "lemme send u to hosp. umi tak nak sambut anak awak dekat rumah ehhh." lol.. mak aku pun takut aku buat keje gila. kui3

Bloody show. Rasa macam period pain je. still bearable. 

10.00 pagi :
Aku boleh buat tak tau je. Boleh jalan2 pergi dapur buat air, naik atas, breastfeed ghufran, packing bag, main hp.. Tak mandi lagi masa ni even umi dah standby nak hantar ke hospital.. Ignorance gilos kan iolss. hahaha. sebab aku tak rasa sakit lagi.. i dont want to wasting my time duduk dekat hosp pastu kena ikat CTG lama which might slow the progress. Pastu mental aku down, pastu kang tak memasal kena induce. no no no no...

sampai umi sound "awak macam2 kang umi hantar awak ke hospital ampuan rahimah!".. hahahhaahahha. iolss gelak je. pastu ada la sikit2 gaduh2 manja.  Pastu fikir kang gaduh2 susah plak nak bersalin. Tak berkat gitu.

End up i whatsapp my husband. inform dia. atleast bila suami aku ada, umi tak boleh paksa macam2. suami aku tahu pendirian aku. sebab hari2 isteri dia azankan kat telinga dia ;D the i whatsapp n i told him "darah dah turun. tapi sikit je. air ketuban tak pecah lagi. contraction 2jam sekali. u tak payah rushing. i belum sakit 1 hour apart lagi. paling kurang pun contactions 10 minutes aparts baru i akan ke hosp". sekali suami aku ni jenis cuak kebebeh jugak.. Pukul 11 dia dah sampai rumah. halaaaaahai. jammed otak mak -.-

11.00 pagi :
sampai rumah dia kata "i ada keje kena siapkan. pastu ada concall dll. Pastu kita pergi hosp ya".. Dalam hati aku.. fuhhh alhamdulillahhhh. hahahha

12.00 tengahari
Contraction masih lagi 2jam sekali. Tapi husband paksa juga ke hospital, hospital 4km je pun dari rumah. apa benda la nak rushing sangat. Bukan lari pun hospital tu. Memang kena bebel jelah suami masa ni. hahahhaha

ku heret gymball ni ke hosp since  doc kata hosp tak provide gymball. Nurse barakah siap terkejut tengok ada gymball dlm ward 
Dah sampai hospital tapi tetiba contraction tak datang. Then aku cakap dengan husband. relax la. lepak2 dulu.. punya la nak mengelak masuk hospital sampai cakap "Doula i kata if u can smile, u can facebooking. means its not the time yet! U ingat bersalin tu mcm berak ke? surge sekejap pastu puff? pastu cuci and clear?" hahaha amik suami aku kena marah lagi.. then ktorang pergi makan subway. 

Ambil gambar dekat instagram je. Ghufran dekat rumah dengan Tok Umi..

Pastu go back to hospital still aku tak nak masuk lagi. So lepak jelah dalam kereta sambil suami baca doa untuk air selusuh.. Dan usap2 perut sambil doa.

kebetulan parking depan kedai ni. masa ni husband buat lawak bodoh dia cakap "syg, u nak bunga? mana satu u nak? i nak bagi u bunga sempena u nak bersalin ni".. masa ni rasa nak tumbuk je weh.. anniversary ke birthday tak pernah nak dibagi bunga. ingatkan betul2 nak bagi bunga rose ke hape ke.. sekali bunga atas ni.. Masa ni cramp perut mak tahan gelak.. Gelak2 sampai contraction datang.. Annoying gila -.-

1.00 Petang : 

After gelak2 contraction datang. So masuk la ke hospital untuk register. Bagi tau nurse ada bloody show. Ada mild contraction. Then buat CTG 25 minutes nurse kata not really strong tapi contraction dah ada.. Then aku balas "haaa kan dah cakap. Belum time. hati saya ni betul" lol punya lah takut kena paksa warded. 

After keluar dari buat CTG, Ada lah gaduh2 sikit dgn husband. Doc dah agree not to do VE kalau tak perlu. since jantung baby cun, BP aku pun cun, mild contraction je. aku pun tak demam. Takde leaking. So tak kisah pun aku nak buat VE ke tidak. tapi kalau nk buat lagi senang keje. boleh tahu progress bukaan..
While CTG. Mak sihat lagi. Siap boleh tangkap gambar sendiri. Haha

sekali,, suami  pi roger orang lain aka doctor. dan orang tu suruh VE.. so suami pun paksa  aku buat VE. aku baru ingat nk lari keluar nak cari natural inducer air kelapa, nenas dll. Sekali terpaksa buat VE. Paksa rela tau, pasal kang kalau gaduh lelebih nanti mak stress anak stress, nak bersalin pun susah.. apa pun tak dapat.. (next baby jangan harap suami aku boleh simply whatsapp minta opinion orang luar. supposedly dia yang join course & gain experience. ni tak. wife pergi sorang. pastu dia blh seek opinion dgn org yg bukan pro gentle birth).. hangin otak mak masa ni 

Muka suami yang tak bersalah paksa isteri VE. Suruh cucuk pitocin pun dia tak kisah agaknya. Dia dengar kata2 doktor dia je :(

Dan buat lah VE, dapat tahu dah "Dah 6 cm la puan. Dinding dah lembut. ur time is really soon. kena warded dah ni" tambah nurse tu lagi. Suami dengar dia terus cuak. Aku tak rasa akan beranak harini. Paling2 pun esok subuh or tengah malam.. Still aku tak nak warded lagi. i told husband. i dont care. i nak keluar cari nenas, i nak air kelapa, i nak jalan2. Then kebetulan ward penuh. Kena tunggu patient single room keluar in few more hours. So dapat la jalan2 sementara tunggu orang tu discharge. Dapat lah pergi makan rojak buah extra pedas extra nenas. wee wee wee

3.30 Petang : 


Baru dapat masuk ward. Bilik Khadijah. Pakej single room. Ada small katil untuk companion. Ada tv, fridge, attached toilet. 1 seater sofa seat dll.. After check in ni contraction macam makin kurang. 3 jam sekali pulak. Down rasa. Adoii

8.30 malam 
Nurse masuk bawa Bubur. i'm bubur lover. so Pada aku sedap bubur nya. aku makan sampai habis. tapi still lapar! haha. Glad that umi datang bawa nasi goreng kampung super pedas! sedap giloss. natural inducer juga tu kan. i feel goooood! Aku rasa i need extra oxytocin. So umi datang bawa Ghufran. Aku peluk2 dia. Rindu macam setahun tak jumpa! haha. Jarang tinggalkan dia without purpose. Tapi once dia datang hospital habis semua benda dia kemas. haha.. Abi on the way back dari office terus drop by hospital juga. So penuh sesak bilik. semua excited nak tunggu baby keluar.. Umi siap pergi dekat nurse suruh cucuk je aku suapay cepat sikit beranak. sabo jelah.. haha

Abang long ni sibuk nak conteng birth plan mama.

berebut gymball dengan mama. haha

11.00 malam :
Ward dah mula aman. Umi balik bawak Ghufran nak tidur dah. Masa ni contraction 2 jam sekali. Ada improvement compared maghrib tadi. Masa ni mandi siap2. Mandi air panas. Layan surges. Syampoo rambut wangi2. scrub muka siap2. konon2 nak nampak cantik after labour macam Che Ta. Muahaha. Masa ni perut dah kenyang makan bubur, biskut & nasi goreng kampung pedas tapi still request suami pergi belikan char kuew teow tepi jalan depan tu. takut beranak subuh kang tak dapat makan dah. Dan akhirnya dapat juga char kuew teow kerang. sedap! happy tummy. happy baby.. alhamdulillah. Then i decide to take a nap. Before that aku suruh suami buat air milo suam utk layan masa surges utk tambah tenaga. Rasa macam jap2 lagi nak guna tenaga. again listen to ur body.. simple


15/4/2013 (Rabu)
12.00 Tengah malam
nurse senior masuk minta nak buat VE sebab poor progress katanya.. Tapi jantung baby masih cun, air ketuban tak leaking juga. HB aku pun ok. Buat VE tengok dah 7 cm. masa ni Nurse pujuk2 nak minta pecah kan air ketuban. Aku geleng tanda hormat dan minta dia baca birth plan yang doktor perstujui. Masa ni suami aku macam nak terpengaruh dengan nasihat nurse. nasib baik aku sempat cubit tangan dia kuat2. so dia faham la kot. dia senyap je..

1.00 pagi
Aku dah rasa lain macam. Badan shaking. Contraction datang selang sejam. Aku squad tepi katil sambil pegang bahu suami. sambil2 tu dia urut spine. i felt relieved! Dia hulur air milo suam. Aku hirup slow2 sambil control breathing. Masa ni husband dah penat. Malam tadi dia sibuk siapkan report office. Pukul 12 mata dia dah merah minta nak tidur. Sabo jelah. Masa ni sakit rasa nak je marah boss dia. wehh bini dia nak bersalin kerja tolak tepi jap boleh tak. kang bako laptop tu kang -.- 

in between surge dia tidur. Tapi masa next surge aku panggil dia dia tak sedar! sakit jiwa makkkkkkk

2.00 pagi 
Kesian dekat husband. So biarkan jelah dia tido. Kang kalau dia bangun dia gelabah habis dia panggil nurse lagi.. kang aku kena angkut masuk LR. Then aku naikkan kepala katil, squad atas katil sambil J breathing.. Lampu bilik awal2 dah dimmed kan. so it helps a lot! Rasa relax.. Cuma buka tv yang tengah pasang ayat quran. Bila surge dah reda aku cangkung tepi bucu katil suami.. Dan bila surge datang lagi aku datang tepi suami. aku cengkam kaki dia, Minta urut. Masa ni dia tolak spine. urut2 sikit.. Aku sakit2 hp setia disisi dengan contraction timer.. Masa ni 45 min sekali.. Padan rasa sakit semacam

3.00 pagi 
Layan contraction sambil berpeluh2. Aku keluar masuk tandas sorang2. Pee la poo la. Aku memang takde amik ubat buang air sebab awal2 cakap nak free moving masa labour. Ada satu masa tu aku stuck dalam toilet. kaki mcm kena current. Panggil suami dia sedap tido. Then aku buka baju sume dan layan air panas. End up aku mandi! setengah jam aku squad dalam tandas. mandi air panas. Air suam simbah dekat spine. fuhhh wallahiii rasa segar & kurang sakit. no wonder beranak dalam air kurang sakit. Suami aku tak sedar pun aku mandi.. masa ni contaction datang 30 minit sekali. Aku monitor melalui jam dalam bilik je.. Pastu agak2 mcm dah tak boleh tahan aku jerit "RAHIMMMMMM" then baru la suami aku datang. ingat bos dia panggil agaknya! hahaha. Then husband datang pakaikan kain.. since aku dah membongkok2 jalan nak ke katil. Baju nya sng je pakai. kain tu payah sikit nak ikat. kang terlucut, terpijak, tergolek dah 1 hal.

4.00 pagi :
in between surge aku try tido tapi tak boleh. Kalau naik katil makin sakit rasanya. So aku bounce je atas gymball. sesekali tuka posisi. semua posisi aku buat. still tak boleh lena. then i started to realise.. dah nak sampai masa ni. Bila jenguk2 contaction timer rupanya dah 15 min apart contraction. Aku sway sampai kekadang hilang kewarasan tarik2 rambut siap. Sakit nya wehh.. Start dari pukul 4 pagi ni aku stay je tepi katil suami. Bila surge tu aku kejut dia suruh urut belakang. Ambilkan kurma. Aku duduk hujung gymball sebab bawah dah rasa mcm ketat. Kalau duduk betul2 rasa sakit mcm baring. Masa ni i talk to my self "aisyah.. kau dah fight sampai sekarang. jangan putus asa. keep going!".  Kesian suami masa ni bangun setiap minit aku cakar pasal tak tahan sangat. Then pukul 4.45 aku dah tak kacau dia. aku try counter sendiri even contraction dah 6 minit sekali..

5.00 pagi
Aku try naik turun katil tak jd juga. Kepala dah pening. Aku dah penat layan surges. tetiba sakit menggila. takde gap! huiii mengganas contaction ni. J breathing aku pun dh kelaut. aku datang sebelah suami. aku gigit & cakap "sayang. call nurse. dah 1 min aparts. tak boleh tahan dah". suami aku bab panggil nurse laju je. haha. cepat2 nurse datang. Nurse tanya nak apa ya? aku jawab "dah  selang 1 minit!" Cepat2 nurse datang bawa wheel chair. Then aku kata "no.. kepala dah rasa dekat bawah. saya nak jalan je". Ward dengan LR sebelah2 je. so dekat jelah thats why aku prefer jalan. masa ni aku layan surge dalam ward. habis je rasa cepat2 aku mengesot sambil pegang suami ke LR. sampai LR tak dan nak naik katil dah rasa contraction lagi. cepat2 nurse pegang. Sway jelah tepi katil LR tu. Dah habis baru naik katil.. 

Naik katil 1st thing aku bukak tudung! sebab panas sangat padahal LR sejuk gila hubby cakap.. tanda2 nak bersalin la tu. dan sebab doktor, nurses semua perempuan tu yang aku confident cabut tudung. so ok lah. sempat juga remind suami "jangan bg i jerit. remind i jangan angkat punggung tau bla3".  di LR aku tak dapat bersalin in all 4 position. Dr bagi atas katil 45' so ok lah atleast tak baring habis macam dekat PPUM. heee terseksa mak rasa masa tu.. Masuk2 je buat VE. Nurse kata dah fully dilated! Doktor tak sampai lagi! 3 minit lepas tu baru doktor sampai. Doktor kata nak pecah air ketuban tak? dah dekat sangat ni. Aku geleng lemah. Pastu next surge merasa ring of fire! aku genggam tangan suami aku sampai cramp tangan suami.. pastu terus air ketuban pecah. Dalam hati aku frust! Kena improve breathing lagi for the next baby. Baru ingat nak baby keluar sekali kantung. Sobs!

After ketuban pecah Doc kata  "ehhhh kepala dia dah keluar ni. kena cepat. nanti dia lemas". Aku masih lagi waras masih terngiang2 jangan jerit even terjerit juga "Ya Allah sakitnyeeeeeeeeeeeeeee!" hahaha. dan aku masih control breathing. visualisation. Fikir baby dah dekat bawah. tggu nak gelongsor je. Relax jangan push over2.. then next surge pufffff baby keluar.. Fuhhhh lega rasa

Baby keluar2 basah kuyup berlendir terus skin to skin as requested. doktor letak Ghazi atas dada aku untuk immediate breastfeed. Pandai pula Ghazi mengesot naik cari susu. mashaAllah masa ni rasa mcm wehh ni anak aku ke? comel gilosss.. masa ni sempat aku tarik tangan suami sambil cakap "tangkap la gambar i dengan baby" tengah sakit2 tu igt lagi tau nak tgkp gmbr. hahaha. stress aku kenangan bermakna ni dia tak tangkap gambar pun. dia takut dengan doc ke dia nebes dapat anak baru ke apa ke aku pun tak tau. End up takde gambar in labour pun. sabo jelah :(

 Then tup2 the next surges, doc dah keluarkan uri. pastu dia letak tepi since aku minta DCC. sambil2 tu doctor lap2 darah. Aku sempat tanya "tear tak doc?" Doktor kata "i would say not even 1st degree tear! just intact. bagus awak handle breathing. Good progression. Tear ni nak jahit tak?" tanya doktor. Then aku tanya balik "bukan kalau intact tak payah jahit ke?" pastu doc balas "terserah puan. kalau nak cepat sembuh. lebih baik jahit. kalau tak mudah kena infection & kalau kena darah/ air kencing dia pedih sikit" kemudian aku dan suami pun bersetuju utk jahit sebab masa deliver ghufran pernah kena kencing kotor & luka bernanah. sakit nye masa tu. so mak insap! Sekejap je pun doc jahit. 2x je kot aku nampak dia angkat benang. pastu dah siap jahit luka & dah DCC for 15 minutes  +- doc bagi husband gunting utk potong tali pusat pastu azankan. 

Kemudian Ghazi diambil untuk dilap & ditimbang. Nurse kata kita tak mandikan dia sebab pagi sgt ni.. Kejap lagi kita terus bawa dia ke ward.  Esok pagi baru kita inject BCG. After 20 minutes dah boleh balik ward. Nurse tolak katil sampai bilik. Aku sempat capai tudung n pakai semula sebab guard dekat luar tu kan laki. aurat yuuu. Nasib baik ingat! Dah syok bersalin nyaris lupa sarung tudung! hahaha

sampai bilik sambung menyusu. Nmpk tak rambut Ghazi masih berlendir tu? hee

Pukul 6 pagi walaupun mengantuk, penat after beranak. Tangkap gambar la dulu. heeeee

Amir Ghazi Bin Abdul Rahim
5.23 pagi. 2.72kg
Gentle Birth Baby

Lain sangat sangat sangat lahir anak kedua yang gentle birth ni compared yang sulong like normal practice di PPUM. boleh refer last 2 post aku tu. Berrsalin kalini lenih bertenaga. Lebih bersedia & Lebih ceria. Susah nak cakap. Korang kena rasa sendiri. heee.

Bersalin subuh, pukul 12pm dah boleh discharge. Nurse datang bilik siap tanya dekat mana belajar bersalin Hypnobirthing ni? Dia pun tak sangka aku boleh counter contraction sorang2. Masuk LR untuk deliver sahaja. Nurse tu macam terkejut sebab sepanjang malam tu nurse jengah2 masuk aku cakap so far so good. Padahal Allah jelah tahu. heee

After all i would like to say tqvm to my beloved husband sebab you trust me! even so so kekadang. haha.  tkasih bayarkan bil hospital juga. heee. dan juta2 lemon terima kasih kepada Dr Khairiah Seman sebab sangat baik, sangat soft spoken approved birth plan saya walaupun ia nya bukan normal practice di hospital tersebut. Terima kasih juga kepada nurses yang sangat positive, senyummm je masa treat saya. Tak ada satu pun perkataan negatif caci maki diorang keluarkan sepanjang handle aku yang dikategorikan sebagai cerewet ni. Terima kasih juga kepada umi abi sebab jaga ghufran &sanggup apply cuti utk jaga sebelum & selepas bersalin. tqvm to adik2,  anis & ali sebab banyak jaga ghufran while mama in labour 

Ghazi masa 3 - 4 bulan

1 year old  Amir Ghazi
Budak manja. Nak pelukkk je dengan mama
Dah pandai jalan 4 - 5 langkah.
Fully breastfeed until now insyaallah sampai 2 yo
Kuat makan. Suka carbonara & pasta. Tak gemar nasi sangat. geng mama. yeay!

Happy 1st Birthday Amir Ghazi..
moga menjadi anak soleh wa musleh. Menjadi asbab saham mama & papa ke syurga kelak
Moga berjasa buat agama bangsa & negara
Mama loves you to the moon and back! :) <3 p="">



tqvm baca post super panjang ni. moga peroleh manfaat
Yang baik dari Allah. Yang buruk dari diri saya sendiri.
jazakallah.

Thursday, September 19, 2013

Pengalaman Bersalin Di PPUM

Bismillahirrahmanirrahim..

Asssalamua'laikum semua ^_^ Alhamdulillah kita masih bernafas. Diberi peluang utk menikmati kehidupan bersama tersayang dan juga masih berpeluang utk bertaubat..

Jadi post kali ni saya share pengalaman saya sebelum bersalin di PPUM. Kenapa PPUM? sebab ramai senior saya suami yang deliver disini dan feedback nya bagus sebab PPUM cukup kelengkapan just in case got complication on the baby especially. certain private hospital lack of 'Alat Pembantu Pernafasan' for the baby. Again in case baby got any complication. I just dont want to take a risk when i comes to my own beloved one's life. FYI, PPUM is a semi government hospital. So, the charge is okay. Tak mahal sangat & tak free tau. The service also some like private n some like gov. The worse thing is that husband cant enter the labour room. And it's quite tough for me to face the 'pra sakaratul maut' alone :(

okay, kita mula dengan petanda2 sebelum saya bersalin.. It happen soooo smooth & easy in earlier. Alhamdulillah.. Ceritanya bermula pada 6.30 pagi ahad 14/7/13 yg juga 5th day of Ramadhan. Just after sahoor i went up to my bedroom to perform subuh prayer. Then rutin biasa after subuh akan tadarrus sebab hasratnya nak katam quran this Ramadhan. Dah baca dalam 2 juzu' saya stop utk continue esok. Then baring2 sambil baca ma'thurat. Masa ni dok usap2 perut and ask baby bila nak keluar.. hehe. i did baca doa dipermudahkan bersalin sambil sembur dari ulu hati sampai ke ke bawah perut. just like how Ustaz taught me. Hee

ni doa yang saya baca pagi tu sampai berbuih2 sambil usap perut

Tanpa rasa sakit or contraction or any petanda saya rasa macam ada something on my seluar dalam. Rasa macam keputihan yang sangat banyak keluar. Masa tu i was about 42 weeks. Yes dah terlebih 2 minggu dr expected due date. So, saya mmg akan check setiap perubahan or simptom2 pada diri.. So, i go n check apasal heavy sangat keputihan ni since saya nak continue baca quran.. then tupp tupp.....

ini yang keluar : Darah + lendir
(mohon jgn geli. mak anda sdiri sudah lalui. kelak urself ur wife will go thru this)

masa ni dah cuak. i dont know samada ni petanda nak bersalin ke apa. yang pasti saya tak nak hospital selagi tak ada rasa nak bersalin and heavy contraction.. saya tak nak dipaksa bersalin, tak nak kena induce n tak nak kena operate. Masa ni in my mind was, i wanna ask my cousin or my brother in law since diorg mmg doktor. silly me padahal mak sdiri dpn mata tak nak pula tanya. hahah, actually i just dont wanna show my gabra n i dont wanna them gabra too. kikiki. masa ni my husband performed his subuh prayer at the masjid. so, i need to wait for him to went home then only we will discuss

in the mean time, saya just baring2 atas katil. continue the doa n usap2 the perut sambil cakap "kalau nak keluar let me know. keluar elok2. jangan ganas2. jangan kasar2. pity me ;(". hahaha. kinda funny. tapi time ni dalam bilik sorang2 dah nangis takut apa2 kan. rasanya takde siapa yang tak takut nak bersalin. tapi pagi tu serious tak rasa nak bersalin cuma takut apa2 terjadi pada baby. 

hubby sampai rumah lbh kurang pukul 7 lebih at almost 8am. selalunya paling2 lambat pun 7.15 dah sampai rumah.. dan bila dia masuk bilik i asked him dgn muka slumber "apasal balik lambat?".. and he replied "lps solat subuh ada kuliah subuh then i tadarrus kejap n doa doa doa then terlelap" sambil sengih.. then saya just ckp "ohhh.. ok" sambil mengangguk buat muka relax. Then i find that my husband nak baring semula atas katil. slowly i told him, "syg... sebenarnya....". masa ni ttbe muka hubby cuak.. hahahaha.. then dia tanya "sebenarnya apa???" dgn muka berkerut.. then saya senyum & replied "sebenarnya darah dah turun pagi tadi" sambil tunjuk gambar darah atas tadi..

my husband dah cuak terus tanya "tu darah nak bersalin ke?" silly husband! maafkan dia. haha. then dia cepat2 nak tukar baju n im still on my bed. i told him "relax lah syg. proses bersalin ni panjang.. dia tak berlaku dlm masa yg cepat n mudah. kena gone thru contraction yg aktif". Tapi dek kecuakkan suami yg tak nak ambil risiko since hospital agak jauh dari rumah. we live in klang n PPUM is at Petaling Jaya. so, i decided to mandi sepuas2 alam. Just in case bersalin harini, the wangi can tahan atleast for 3 days! ahahahahaha. dan ini memang petua org tua2. sebelum pergi hospital mandi sebersih bersihnya. syampoo betul2, scrub badan selicin2 nya. and if course kalau nak mandi bersih2 mmg takes time. hubby dok gelabah ketuk2 pintu "sayangg cepattttt la.. tak payah mandi beriya. nanti beranak dlm toilet!".. hahah. after 20 minutes mandi i manage to mandi. tu pun still tak puas

siap2 semua. terus jumpa ummi abi dlm bilik. i told them "ummi, atah dh turun darah.. nak pergi hosp kejap. kalau tak ada apa2 blk la rmh semula".. masa ni nampak muka ummi cuak. ummi  siap cakap "dah tu awak nak rahim hantar je ke? nak ummi ikut?".. then saya geleng sbb tak rasa nak bersalin harini.. dan tak nak bagi ummi risau.. chill jelah.. confident je blh blk rmh lps tu.

hubby drive dr klang ke PJ dalam 120 km/h. boleh dikatakan slow lah dia bawa dekat highwa yg aman di pagi ahad tatkala semua org sedang beradu selepas bersahur.. selalunya suami saya bawak 160 - 180 km/h. haa itu baru saya rasa laju. tu pun jenuh kena bebel.. tanjat boboy dlm perut! Kami sampai dekat PPUM dalam pukul 8.45 pagi. Terus ke wad kecemasan bersalin. 1st daftar dulu, since darah dah turun banyak dan bukaan dah buka 4 cm, so dah kena masuk labour room. Huuu

Nurse suruh tukar baju pink (baju bersalin/ baju wad), saya macam blurr. Saya tak nak warded lagi since tak rasa nak bersalin.. Tapi doktor kata "awak dah lewat 2 minggu. Awak kena masuk juga. kami kena monitor. Dont worry, kami tak akan operate without any complication".. Lepas tukar baju semua, hp, brg kemas semua kena bagi suami. masa dekat kaunter (tempat berpisah dengan suami sampai dah bersalin). 

uniform bersalin.. pink uolssss! hihi

masa ni kelakar dimana..nurse kata "ok puan boleh bagi semua barang dekat suami and salam2. minta ampun n buat lah apa patut".. hahaha.. mase ni still blurrr sebab takut!! dekat depan pintu saya salam n cium tangan hubby.. masa peluk tu, sempat bisik dekat telinga suami "mintak ampun sayang.. doakan I selamat & dipermudahkan bersalin.. takuttt. tak sempat nak mintak ampun dekat mak (mother in law), sayang tolong mintak ampun dekat mak ya. i love you".. then kissed me n replied "insyaAllah sayang. i love u too".. masa ni mata dah berair. akak2 n nurses pandang n senyum je tengok ktorg. daily drama gamaknya. haha. tapi serius, siapa tak takut nak bersalin? kan..

then suami kena tunggu dekat bawah. terus nurse iring saya bawak pergi labour room no 12. perghh saya ingat lagi! haha.. masa dibawa tu, nampak la bilik demi bilik yg ibu2 sedang bertarung.. ada yang terjerit2 push baby.. masa ni kemuncak rasa ketakutan tu.. tengok mesin2 lagi, each bilik ibu2 mengerang2 kesakitan. paling takut bila ada satu bilik ni dia tak tutup pintu.. nampak ada ibu ni tengah terkangkang kaki tergantung atas besi masa nak push tu. nampak tangan doktor berdarah2. masa ni dah tak boleh tahan nak nangis.... rasa nak memberontak.. wehhh aku tak rasa nak bersalin, kenapa bawak aku ke sini!!

masuk2 terus baring. relax dulu dlm half n hour sebab nak ambil blood pressure. pagi tu BP saya low. maybe sebab pagi and sedang berpuasa. guess what, pagi tu saya tak sentuh makanan or air. saya tak makan telur separuh msk or susu or apa2. sebab tak nak batalkan puasa. again sebab saya tak rasa nak bersalin & tak lapar..  lagipun baru pukul 9 pagi masa tu. pagi tu dah sahur nasi. so ok la. 

Nurse masuk, dia tanya "dah buang air besar ke belum? makan apa? dah buka ke belum" dll.. then dia tanya "boleh masuk ubat utk buang air tak?" saya setuju je sebab tak nak menyusahkan nurse kang nnti masa push terbuang air besar ke kan.. lagipun rasanya dah buat research yg ubat buang air besar tak memudharatkan. its not a drug.. so ok lah..

lepas selesai buang air semua. nurse tanya "awak darah jenis apa?".. masa ni dlm labour room. blur sokmo sampai lupa jenis darah. haha. tak pasal2 kena ambik darah banyak2. lepas tu doktor pulak masuk. I told her "doc, saya nak request tak nak cucuk apa2 drugs tau.. nak normal delivery.. kalau nak cucuk apa2, let me know. if saya tak stable. please contact my husband". then she replied "ok, kita tengok condition awak dulu. dont worry too much ya. tapi since awak last makan pukul 4 pagi, u need energy. just in case kejap lagi awak nak kena push. masuk air 2 bag ya". the most part yang saya benci bila kena inject masuk ubat n air ni..  then kena ambil darah lebih kurang 2 cylinder kecil. sakit juga kena cucuk dengan doktor HO ni. Cucuk dah salah, tarik amik darah zuppp.. Kita yang sakit ni jadi nak marah pun ada. sepanjang bersalin, cucuk benda alah bawah ni utk masuk air n ambil darah je.. masuk wad dia tak cabut pun.. suffer betul.. untie katil tepi nurse cabutkan.. mine, dia tangguh2..

sakit, darah terkeluar sebab pegang besi katil masa push tu kuat sangat sebab sakit dia tak terucap dgn kata2.

kemudian saya dibiarkan.. doktor pakar yang saya request masa register masa bulan2 check up sebelum bersalin tu dijangka akan datang dalam pukul 11 pagi sebab tengah round ward. saya dibiarkan dengan mesin utk lihat kekerapan contraction n jantung baby. sekali sekala doktor HO masuk tengok graf tu. Dia kata contraction dah ada & makin menaik. Jantung baby pun cantik. 

masa ni, contraction dtg sekali2. tak berapa sakit.. so, saya sempat tasmi' surah al mulk, as saff, assajadah dll since tak boleh bawa quran masuk. 2x saya request nak bawa masuk quran kecil. saya nak baca surah maryam, yusuf tapi tak hafal semua :( tapi nurse tak bagi. sebab kena ikut procedure.. takut barang hilang la, tertinggal la.. sob3

Pukul 11.30 doktor pakar saya masuk, which is pakar yang saya request. FYI, saya request doktor pakar wanita yang beragama Islam. kalau takde, atleast doktor wanita. i dont want male doctor to touch me. dan, caj nya pun lain. Dia baca report n track record saya, then dia masukkan jari utk check bukaan. dia kata "lebih kurang 4.5cm. pecah air ketuban boleh? dah boleh bersalin ni. insyaAllah". zupp kena jolok dengan batang panjang. habis lenjun.. rasa suam2 je air ketuban nya.. then nurse tukarkan saya baju n kain baru sebab air ketuban kena pada baju.. Sebelum ditinggalkan doktor "take ur time ya Puan, usually utk baru2 ni 1 jam 1 cm. tapi selalunya anak sulong lambat sikit & ambil masa. Pukul 3 saya turun tengok awak lagi sekali insyaAllah"

Then saya ditinggalkan dengan mesin lebih kurang begini utk monitor jantung baby & kekerapan contraction.. Masa ni baby aktif sangat.. tendang super kuat kiri kanan.. Allahuuu..

Tepat pukul 12.30, saya dah mula rasa semacam.. rasa perut memulas yang tak pernah saya rasa seumur hidup.. Sakit gilaaaaaaaaaaa. Rasa nak buang air besar dan2 le2 tu juga bak kata org johor. Masa ni saya dah mula tarik nafas dlm2 n hembus slow2 utk releasekan contraction n bagi baby turun.. Sakitnya Allahuakbar berlarutan 5 minit sekali. sampai saya lemah. saya set dalam otak "okay aisyah bersalin ni jihad. tahan! jangan jerit nanti habis tenaga nak push dan jangan angkat punggung nanti koyak!".  masa sakit ni, teringat dekat suami dan ummi. baru rasa betapa peritnya melahirkan anak.. sungguh.. nangis sorg2 atas katil tu menahan sakit in labour.

Pukul 1.45 saya macam dah tak tahan.. sakit sangat2. saya panggil nurse banyak kali utk check bukaan mana lah tahu baby dah menjengah ke kan.. tapi sorg pun buat tak tahu.. Doktor HO pun sama.. masuk tengok graf jantung baby je.. tak check bawah pun.. saya yang lemah2 ni merayu2 "doktor, saya rasa nak push.. sakit.... tapi saya tak nak epidural ke apa ke".. then dia check n kata bukaan dah semakin besar. tapi masih tak cukup. kena tahan lagi.. dan nurse mengiringkan saya. doktor pesan "puan kalau tak tahan, sedut udara dari gas sebelah tu. boleh kurangkan rasa sakit tu".. gas tu bagi kesan high.. tapi bila sakit saya mmg tak guna sgt. guna 2x je sbb, lupa sbb sakit sangat. saya hanya selawat.. tarik nafas dalam2. i learn from natural birth punya kelas. siap kena marah sebab tak nak guna gas tu.. Actually bukan tak nak guna tapi bila kita dah sakit & menahan sakit.. lupa dah apa kiri kanan.. lain lah ada nurse tolong tonyoh dekat mulut.. tangan saya kiri kanan grab besi katil tahan sakit.. rasa nak patah2 n gigit2 aje besi tu! sampai macam tu tahap sakit nya.. Allahuakbar

contraction 5 minit sekali ni berlarutan. teramat lah sakit. kalau 5 minit sekali contarctionnya.. sakit mula dari pukul 12.30, masa tu dh 2 ptg. cuba bayang berapa kali tahan sakit.. sakit,, reda. tak habis reda sakit balik.. berulang2.  banyak kali panggil nurse suruh check. again sorang pun buat tak tahu. diorg siap cakap "anak sulong selalunya lambat sikit puan. tahan sikit ya puan".. saya keep on tengok jam since jam dinding memang betul2 depan saya. mungkin memang utk ibu2 tengok kekerapan sakit contraction n utk monitor sendiri kot.. masa ni rasa macam ada bola dekat bawah.. maybe kepala baby kot..

masa ni, seriously dalam otak I just need my husband n ummi just in case mati kejap lagi. masa ni mentally down sebab gone thru sorg2 for the 1st time. masa ni sakit dia sangat2 sampai lupa surah2 yg ditasmi' tadi. hanya mampu selawat sahaja. rasa mcm kiri kanan banyak syaiton sebab rasa nak marah, nampak segala bayang2, rasa down.. Tapi mujur sebelum bersalin, lepas dapat ubat buang air besar, saya ada ambil wudhuk.. Jadi, terpelihara lah sikit kot.. hehe

Pukul 2.30 rasa sakit makin menggila.. saya sampai lembik habis.. sempat saya rasa dekat bawah saya macam ada bola.. sempat saya sentuh sendiri 'miss v'.. saya yakin memang dah high time utk push.. sebab saya dah tak boleh tahan.. dah pedih macam tersiat kulit.. Saya tunggu nurse masuk. then, kebetulan kali ni senior nurse yang masuk. jadi saya panggil dgn mata tertutup sipi2, dan saya cakap pun sambil tutup mata sipi2 sebab lemah sangat & sakit sangat.. saya ingat lagi saya cakap "nurse, saya tak tahan sangat.. saya try pgg tadi. saya rasa bawah ni dah ada kepala baby kot. rasa bola. sakit.. saya tak kira.. saya nak push juga".

terus nurse tu selak kain utk tgk. kebetulan doktor HO masuk, belum apa2 lagi, dia terus grab tangan doktor tu. dia cakap "doc, she is ready!. dah nampak kepala tu!". masa ni HO jadi blurr. dia siap tanya "what should i do".. masa ni, saya dah push, dah tak kira even doktor pakar saya tak ada. tak kira siapa sambut pun (masa ni HO nya chinese lady, so ok la dari lelaki kan).. bila kita yg dok tahan sakit, n doktor blur.. rasa nak katok je HO tu.. then nurse kata "prepare apparatus.. saya prepare utk baby".. terus dia pakai sarung tangan, bla3.. bukak half katil, kangkang kan saya.. sambil tu,, nurse urutkan area pelvic saya utk senang buka lagi.. lepas tu dah lupa apa dia buat..

masa ni klimaksnya.. Sakit nya Allahuakbar! rasa macam tersiat kulit.. rasa panas, pedih sangat2. nurse suruh saya pegang besi yg tempat tarik masa push. dalam otak saya again, jangan jerit, jangan angkat punggung n tarik muka sampai ke perut masa push.. Nurse tulah satu2 nya yang guide saya, bagi semangat utk saya push.. dia lah yg check bawah saya n pggl doc tu. sayang lupa nak tengok nama dia apa sbb dah sakit sangat..

masa semua dah ready, nurse kira 1 2 3 push.. nurse senior ni lah yg bersorak2 macam tengok FIFA worldcup "okay push puan.. sikit lagi!! bagus puan!! puan boleh!!! lagi puan!! lagii!! selawat banyak2! tahan.. push!!!!!!!". haha.. bila ingat balik rasa berhutang budi sangat2. disaat2 suami kita tak ada, dia lah yg ganti suami kita. memberi kita kekuatan.. Moga Allah berkati hidup dia. Masa 1st push tu saya tertarik nafas dalam2 then kepala baby tersekat n termasuk balik.. masa ni nurse tu bersorak mcm frust tengok bola tak masuk goal "aduhh puan termasuk pulak,.. sikit je lagi!"..

then lepas tu sedar2 dah kena gunting sikit bawah tu. tak tau sebab apa..lebih kurang 1 cm jelah. then doktor suruh push paling kuat.. then ada lg sorg nurse msuk, semua genggam bahu n kepala saya kuat2 n bagi support.. sekali push je alhamdulillah my lil baby keluar.. Tepat pukul 2.50 petang. Lega rasa.. hilang rasa tersiat tu. tapi still pedih2 bawah tu.. dari bawah saya nampak baby saya keluar terbalik. doktor angkat macam pegang ayam dekat pasar. then dia tunjuk baby pada saya sambil kata "tahniah, ni baby kamu, nampak tak? ni jantina dia apa? (sambil tunjuk 'bird' baby)" then saya jawab ringkas "boy" sebab dah takde tenaga. im sooo exhausted. terus nurse letak baby atas perut saya utk sedut kahak2.. masa ni dengar baby nangis..  nurse angkat n letak atas dada saya. masa ni saya nampak baby saya berlendir, berdarah n merah sangat kulit dia.. dlm 5 minit terus dia angkat dan dia kata "kami nak pergi bersih kan baby dan call suami puan utk azankan baby". sempat saya grab tangan senior nurse n cakap "terima kasih sangat2".. im soo touched!

introduce to my lil caliph
boy/ 2.9kg/ 2.50am/ 14 july 2013/ 5th Ramadhan
masa ni baru lepas diazankan oleh hubby

Kemudian doktor bagi saya rehat 5 minit. kemudian, sambung dia suruh saya batuk sekali utk keluarkan uri.. masa ni dah seriau takut sakit lagi.. tapi alhamdulillah sekali batuk meluncur rasa uri tu keluar.. alhamdulillah nasib baik tak rasa sakit & tak kena jolok dgn tangan mcm segelintir orang. alhamdulillah thummal hamdulillah..

seterusnya proses menjahit daging yg digunting.. ini lagi satu allahuakbar sakit dia mak aii.. kena jahit hidup2.. saya hanya mampu mengerang n sedut nafas kuat2.. dapat pulak doktor HO sahaja yg available masa saya nak bersalin ni pdhl doktor pakar yg sambut atas permohonan sy.. saya pasrah. asalkan semua selamat.. pada saya doktor HO ni macam sangat lah fresh.. saya tanya berapa jahitan ya luka saya? dia jawab "im not sure". adoyai.. nak ketuk je rasa.. then saya tanya "berapa layer potong?" dia kata "tiga, puan".. pastu 1st layer dia jahit dia panggil MO utk check. disebalik tirai tu diorang speaking omputeh dan saya dengar MO cakap kena buka balik 2 jahitan terakhir sebab salah jahit & tak kemas". menyirap je dgr. masa ni HO dah rasa bersalah.. Mulut dia berbuih2 "sorry puan. kita mula semula".. masa ni dalam hati set tak apa lah pahala jihad!.. pastu lama betul dia jahit saya tanya lama lagi ke? dia jawab sikit je lagi.. sikit2 tapi banyak nya lah jahitan dia.. maybe masa masuk jarum tu sakit, dia tarik benang sakit, ikat benang ketat2 lagi lah sakit. tu bru 1 jahitan blum lagi 4 5 jahit kan. tmbh pulak 3 layer which is vaginal, muscle n skin klu tak silap..

datang last layer which is skin, doktor cakap "ok puan, now dah last layer. rasa dia sakit sikit sebab deria rasa kulit kita kan sensitif. dan layer ni saya kena tarik ketat2 sikit sebab sekarang kulit puan kan tgh bengkak. bila dah sihat, dia akan kecut, jadi jahitan akan jadi cantik & vagina akan ketat semula. kalau tak jahit ketat2, bila luka dh kering, jahitan jadi longgar dan boleh terbuka. end up vagina jadi longgar. if u get what i mean". then saya angguk je.. hehe..

tapi sakitnya aduiiiiiiiiiii.. ingat lagi jarum dia macam mata kail versi kecik sikit.. sekali cucuk dekat kulit/ daging rasa sakit.. dia tarik benang rasa ngilu.. dia ikat benang rasa pedih dan sakit.. Allah.. masa ni rasa macam tak nak bersalin dalam masa terdekat! hahaha.. then bila dah siap semua.. dia bagi rehat 10 minit sebelum transfer ke ward. masa tu sempat saya ucapkan terima kasih dekat doktor permpuan cina yg handle saya bersalin.. btw, lepas habis je kena jahit, saya rasa macam nak buang air besar. saya inform nurse.. then dia letak tray dekat punggung saya atas katil.. i was like.. "erkkkkkk saya nak pergi toilet.." then nurse kata "tak boleh. sebab baru je lepas bersalin.. takut pitam n pengsan dlm toilet.." oleh kerana saya dengar doktor suruh issue saya ke wad post natal, so saya tahan jelah.. haha. tak terkeluar kalau buang air dalam tray tu.. erk..

masa tengah rehat2 ni doktor pakar yang sepatutnya sambut baby saya baru je sampai.. dia pun terkejut saya bersalin cepat dari apa yg dia jangka. sempat dia sapa "tahniah puan. senang puan bersalin. saya pun tak sangka. minta maaf lah. Alhamdulillah ada HO handle. everything will be fine insyaAllah" kemudian dia keluar... saya ni dok menahan nak buang air besar.. dlm hati,, aduhh mana lah nurse yg nak kena transfer aku ni. ayoyo..

nurse yg dinanti2 kan tiba juga.. lepas tukar katil utk transferkan, saya diparkingkan sebelah kaunter tempat saya salam suami.. tunggu nurse bawa baby saya  dari nurseri tapi tak muncul2. then saya cakap dkt nurse yg saya tak tahan nak buang air besar. then diorg bawak saya naik ke wad dulu.. turun katil terus saya minta dipapah ke toilet. Nurse ikut saya masuk toilet. tapi saya minta nurse keluar. masa ni seksa nya rasa nak buang air besar.. sakit ya amat! buang air kcil rasa ngiluuu sangat! nurse remind saya bila dah habis semua, diri dulu.. kalau tak pitam baru jalan.. jalan slow2.. then saya balik ke katil saya tanpa nurse.. alhamdulillah rasa ok je, tak rasa mamai or pitam. just rasa lemah.. nak tidur n nak minum air 1 lori! masa ni bibir kering n pecah2.. 

pukul 4 lebih baru suami saya masuk dengan barang saya and brg baby.. nampak suami dekat pintu rasa nak peluk kuat2 tapi tak larat.. hubby dtg dia pegang tangan n cium.. 1st thing saya cakap dekat dia "sayang... sakittttttt" sambil meleleh air mata n peluk kuat2.. then suami saya usap2 and cakap "tahniah syg. tq baby i baby comel.. sabar ya syg"..  lepas tu saya mintak hubby air.. dia bagi secawan secawan.. tapi saya rasa haus tak hilang.. terus saya minta straw and sedut dari jug.. habis separuh jug air tu sy habiskan.. hahahaha.. haaa amik kau.. haha.. maybe dehydrated kot dlm labour room..

masa ni berdua je dgn hubby, berbual2.. apa perasaan pegang anak sendiri.. hehe.. masa ni hubby kata "i mcm tak sangka u dh bersalin. masa tu i dekat surau. nurse call kata u dh bersalin n suruh naik azankan baby".. hihi.. lepas tu saya tanya "selama i dlm labour room u buat apa? lama kan..?".. then hubby replied "i tak senang duduk. i duduk dekat surau.. solat hajat, baca quran. habis 4 juzu'!" haha.. then dua2 tersenyum. I guess itu lah rahsia Allah permudahkan saya bersalin. juga doa ummi n mak mertua..start sakit or heavy contraction pukul 12.30 tghari, pukul 2.50 ptg dah bersalin. 2 jam sahaja tempuh sakit in labour, padahal anak sulong.. maha suci Allah mempermudahkan urusan ku. masa ni, tertunggu2 bila baby nak sampai.. lepas tu hubby keluar skjap, bila dia masuk nampak dia sorong baby masuk.. rasa happy sangat.. kalau drama tu kira happy ending lah kira.. ahaha.. masa baby masuk2 cepat2 ambil hp and tangkap gambar hubby nak angkat baby bagi pada saya.. sakit2 tu sempat lagi tangkap gambar.. baru 2 hours after bersalin.. gigih betul. hahaha

Precious~ alhamdulillah ^_^

Malam tu juga ummi abi n family saya datang.. walaupun dah habis waktu melawat. masing2 tak sangka saya bersalin sebegitu cepat.. masa nak pergi hospital nampak sihat je.. yelah mcm yg sy ckp td start sakit or contraction pukul 12.30 tghari, pukul 2.50 ptg dah bersalin. 2 jam sahaja tempuh sakit in labour, padahal anak sulong.. mcm miracle pun ada juga. sebab selalunya anak sulong org lain suffer atleast 6 hours in labour.. ada yg 24 hours sakit.. ummi kata "senang awk bersalin 2 jam je sakit. rasa kejap sgt.. abi bangun dari sahur tu, dari awk keluar nak pegi hosp, sampai dapat tahu awak bersalin dia tak mandi lagi. tak sangka awak dh bersalin. kalau awak tak bersalin, umi rasa sampai sekarang abi tak mandi2!" haha.. 

Day 1 : warded 1 malam. baby tidur je.. 

Kalau di PPUM, apa2 wad pun tak boleh ada orang teman. hanya pada waktu melawat sahaja boleh masuk. waktu melawat pukul 5 ptg - 7 mlm.. tapi suami saya stay dlm blk sy sampai pukul 10 mlm. tu pun sebab kena halau dengan nurse muda yg kerek, kala tak mmg tak blk2 lagi.. hehe.. nurse yg tua2 tu ok je.. asalkan pelawat tak bising2, ok je dia bagi. tapi memandangkan suami saya dah bertahan dari pagi hantar saya ke wad kcmsn kemudian kehulur ke hilir tak senang duduk saya bertarung dlm dewan bersalin. mata hubby nampak letih sgt.. so saya lepaskan lah dia blk rmh. kesian dia dengan buka puasa ala kadar shj dekat hosp dengan saya sbb cafe tutup.. mujur umi ada bawa nasi sikit utk hubby makan. 



Day 1 : malam tu dia bangun nak menyusu.

agak merenyahkan bila kena survive sorang2 malam tanpa ada org jaga.. kena angkat anak, susukan.. pastu letak balik (nurse tak bagi baby tidur dgn ibu di atas katil).. kena turun naik katil.. dah la wad sejuk.. sampai berkali2 pergi toilet.. luka jahitan bersalin teramat lah sakit.. nak gerak turun naik katil sakit.. jalan pun sakit sangat2 tapi dek tak tahan nak buang air terpaksa lenjan juga.. kalau tak 'bertabur' tengah jalan kan.. bukan manjakan diri ke apa.. cuma takut bentan kalau banyak sangat bergerak.. katil plak tinggi.. kena naik panjat.. baby nangis, kena turun lagi, naik lagi.. alahai..

malam tu sempat belek2 jari2 dia. comel nya. kulit dia merah2. kedut2

malam tu penuh dgn penghayatan berdua duaan dgn baby. Nikmat dapat pegang anak sendiri. Rasa dirahmati sangat2.. Aku bersyukur padaMu ya Allah pada usiaku begini engkau kurniakan aku rezeki yg tak ternilai berupa seorang anak aka zuriat yg sihat dan comel. moga ia menjadi anak yg soleh menegakkan agama Allah dan malam tu juga aku bersyukur sebab dengar cakap suami sebab malam semalamnya (sabtu) kalau ijkutkan hati nak tidur rumah pak anjang saya di Seremban. Dan masin mulut mak anjang saya "tengok muka awak ni lesu. macam nak bersalin esok je!".. Nasib baik balik Klang malam tu juga.. Kalau tak, bersalin koboi di seremban lah gamaknya tanpa beg2 dan buku mengandung (sebab ke seremban naik kereta abi, brg2 lain dalam kete hubby di rumah). Dan bersyukur juga sebab dapat lepas gian makan ice cream sedap, soto, rojak, bbq malam sebelum bersalin. hehe

untuk pro n cons bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), saya akan senaraikan dlm post yg seterusnya insyaAllah.. banyak yg saya nak advice ibu2.. part yg bagus.. part yg tak bagus. yang pasti, 2nd baby dah deal dgn hubby nak deliver di Pantai Klang Medical Centre pula! haha ;D

till we meet again.. ngam2 suiii je baby nangis nak susu ni..
so, assalamualaikum! :)

Friday, September 13, 2013

My 3rd trimester~

salam alaik..

1st of all sorry sebab dah almost 2 bulan bersalin baru sempat nak update pasal 3rd trimester.. haha. like seriously imma dead malas update blog.. tambah pulak baby tak suka tidur. lagi lah payah nak menulis.. dan oleh kerana banyak rakan2 seperjuangan KUIS yg kahwin kemudian pregnant yg memerlukan rujukan, maka aku yg malas ni terpaksa merajinkan juga diri ini. Dan banyak request suruh share my own experience. sebab lain org lain pengalaman kan.. So, here i am..

Wajah2 3rd trimester. Dah sarat tapi jalan tetap jalan! hahaha

Bismillah, sepanjang 3rd trimester saya yg lalu alhamdulillah.. dah jarang muntah2. Muntah bila lapar je. haha.. dan yg pasti sakit2 masa 3rd trimester ni tak boleh kalah rasa masa bersalin.. macam biasa, perkara yg normal berlaku masa 3rd trimester ialah :

1. Pedih ulu hati/ Heartburn :


Apa itu heartburn n apa causes nya boleh rujuk sini.. HEARTBURN.. Serius cakap ini yang palinggggg suffer.. i hate the most sbb tak boleh buat apa2 utk kurgkan melainkan sob baa rooo. Kadang2 malam2 mencucuk sampai terpaksa meringkuk tahan sakit sbb tak sampai hati nak kejut suami bangun tidur (masa akhir2 tu dia salu balik lewat sangat).. Tapi bila tak tahan sangat, memang akan kejut suami suruh urutkan dada n belakang bdn. Basically cara nak elakkan pedih ulu hati ialah kurangkan makan makanan yg pedas, jgn mkn lambat, elakkan makan lewat malam (sebelum tidur), jangan baring sejurus slps makan dll. Masa ni ada subsc ubat dari doktor (adik beradik gaviscon) tapi still tak lega. ia nya akan lega lebih kurang 5 minit selepas sabar & urut2. haha..

2. Sakit Pinggang :
perghhh ini lagi 1 hal.. maybe sebab baby dah besar.. dia nak betulkan posisi bak kata tukang urut kampung yg sy selalu pergi.. masa 3rd trimester mmg tak boleh langsung tidur atas lantai macam masa zaman anak dara.. konon2 nak sejuk tidur atas simen, nak rasa diurut2 tidur atas tikar kayu/buluh. masa 3rd trimester kalau baring dekat permukaan yg mcm sy sebut tadi.. mmg takkan bangun.. sebab mcm rasa kena tarik atas lantai.. macam biasa.. i need my husband/ adik/ my ummi to tarik me.. haha.. so utk elakkan sakit pinggang mohon utk tidur hanya di tilam yg empuk!

3. Sakit punggung :
ini lagi satu.. my biggest prob! masa preggi punggung saya jadi besar. takpe, nak keluarkan baby kan.. harus lah besar.. biar punggung besar dari kena caeser (ayat pasrah sdpkan hati).. hahaha.. masa 3rd trimester ni.. punggungku yg membesar dgn jayanya ini amatlah sakit.. hari2 kena urut.. biasa lah, 1st pregnancy haruslah manja2 dgn suami.. kui3.. tapi seriously kalau tanya mana2 ibu2 pun they will say so.. i love to ask my brother yg tangan mcm besi tu tumbuk my punggung.. tapi org tua2 kata masa pregnant jgn pukul2 punggung sbb effect baby.. ye ke betul tu wallahua'lam. tapi used to ask every bosy halal n near to me to urut my punggung.. sebab dah sakit sangat.. esp bila lepas driving.. sakit dia mangaiiii.. so, ubat sakit punggung ni bak kata org tua2, jgn pakai seluar ketat2, jangan menunduk banyak sgt..

4. Keputihan :
masa 3rd trimester my discharge was like perghhh banyak gila.. saya ni gelabah siap set appointment baru sbb takut kuman ke apa ke.. sekali mmg btul gerak hati ni.. saya kena kencing kotor. oleh krn dh 3rd trimester sy disiplin habiskan ubat.. so, next week follow up alhamdulillah dah tak kencing kotor. cara nak elak kencing kotor ni kata Gynae saya ialah banyakkan minum air kosong, jgn biarkan seluar dalam basah/ lembap, rebus seluar dalam yg lama atau beli seluar dalam yg baru, tukar panty liner every 2 hours & cuci kering the one below after pee ^_^

5. Contraction :
Dah 3rd trimester of course lah merasa contraction. awal2 tu kita panggil Braxton Hicks Contraction. Rasa dia macam perut mengeras 2 minit dan kita rasa senakdi bahagian perut n stop segala kerja seketika.. Ianya normal berlaku. So, sy tak ingat sgt berapa kerap contractionnya. yg pasti tak boleh kalah contraction dalam labour room.. which is 5 minit sekali or less.. rasa dia subahanallah alhamdulillah allahuakbar semua ada! sakit sampai saya paut besi katil tu sampai basah dek peluh.. pasal contraction dalam labour room akan di ceritakan dalam next entry :)

i used to do this kind of exercise setiap kali contraction. i felt so release after that


6. Renjatan di bahagian peranakkan :
rasa dia macam ada tumbukan sebesar penumbuk dari dalam perut.. kekadang rasa macam current dekat tempat baby nak keluar tu.. rasa dia aduh.. kekadang bila ada rse geli2 dkt bawah tu dh blh agak kejap lg mesti kena current/ tumbuk then cepat2 kemut sbb seriau rasa dia.. haha.. usually kena mcm ni masa tgh syok2 mandi. salu jerit dlm tandas kalau terkena cmni.. mcm bese, my hubby ingat dah nak bersalin.. beriya ketuk pintu tanya "syg ok ke?!".. Kekadang tgh jalan pun kena.. bila kena hentak tu rasa mcm hilang keupayaan kaki utk berdiri dalam masa sesaat.. mcm nk jatuh pun ada.. cepat2 grab apa dkt tepi utk berpaut.. i told my ummi that i used to kemut2 sbb sakit n tkut.. then umi kata itu slh satu contraction.. baby dah dekat bawah.. nak engage, nak masuk saluran. so cara nya kalau kena macam ni ialah, pergi dekat dinding.. mengadap ke dinding, dua2 tangan letak di dinding dan kaki buat kuda2.. kemudian gerakkan punggung ke kiri dan ke kanan.. do it every time kena.. insyaAllah akan release sikit demi sikit & baby makin bawah n ke bawah.. lagi salu boleh juga letak tangan tepi katil n buat kekuda.. naik n turunkan peha.. means up n down.. bg pressure pada ari2 n abdomen. susah nak explain. i learn it from natural birth program. belajar dari gugel pun boleh :)

7. Letih, lesu :
macam biasa. tak namanya mengandung kalau tak lesu.. masa sy 3rd trimester ni dh cuti sem.. jadi faham2 jelah.. ada kereta pulak tu, tmbh pulak suami kerja & kita cuti, apa lagi mmg kena lenjan dgn mak sendiri.. Ayat common "alaaaa tolong la buat itu ini.. umi dlu mengandung n beranak 6 org ok je.. jgn manja sangat".. seriuosly masa ni saya masih driving sampai lah ke week 40 dimana saya sendiri dapat rasa badan dah tak larat.. nak naik tangga kena ada suami pimpin n tolak. hee.. dan masa ni kan dh week 40.. takut pun ada dan suami pun mcm dah bagi signal suruh stop keluar sorg2. so, oleh kerana sy ni jenis tak boleh duduk diam. mesti buat something.. saya slow2 jahit langsir eyelet for my new bedroom (masa tu pindah bilik dpn dkt rumah mertua ni yg lagi besar dan selesa).. dah siap langsir saya jahit bantal kepala n bantal peluk kekabu utk baby. rezeki mak mertua bawa balik banyak gile kekabu dari kampung dan akhir sekali saya jahit felt pada kain bedung.. Pendek kata masa mengandung saya rajin menjahit.. daripada tak pernah pegang mesin jahit sampai hari2 pegang mesin jahit.. hehe.. sebelum ni jahit basic2 je.. mungkin aura kot. dah jadi isteri n ibu.. kita sendiri akan improve diri kita.. nak bagi yg terbaik utk yg tersayang. mungkin org luar tak nmpk.. yg nmpk tmn sekatil sebilik kita lah kan :)


basically masa 3rd trimester ni semua keperluan baju, mandi baby n ibu semua dah ready.. breastpump, katil baby pun dah beli.. saya beli apa yg perlu sahaja. cuma car seat, stroller, carrier je belum beli sebab dalam hari mana ada berjalan sangat. hee. brg2 keperluan hosp pun dah letak dlm bonet kereta hubby.. nak tau sebab apa? sebab masa 3rd trimester ni sy byk gleeee berjalan.. sebab nk bagi senang bersalin katanya.. kui3. tp sbb sbnrnya nak jalan puas2 hilang gian nnti kena perap dalam hari..

Tips diakhir2 or sebelum kehamilan :

1. Urutan perineum :


Urutan ni sangat penting! i bought Tanamera VCO n dari 36 weeks saya dah mula suruh suami buatkan urutan perineum.. kalau nak tau cara sila gugel or buka link ni :  URUTAN PERINEUM. banyak kebaikkan dia. antaranya nak kurangkan koyak/ kena gunting semasa bersalin, melembutkan area tu supaya laluan mudah buka dll.. masa mula2 buat rasa dia sakit sedikit.. dah towards the end, laluan tu jd besar skit.. rasa dia pun akan kurang sakit.. masa ni jenuh pujuk hubby utk buat sebab dia seriau n takut. my husband ni takut darah, takut dgr org jerit dlm hosp.. kalau bab2 sakit ni semua dia takut. saya selalu pasang youtube "natural birth" n suruh tengok sama2. mati2 dia tak nak n tekup muka n telinga dgn bantal sbb takut.. haha. only my husband ok ;D

2. Kurangkan tidur dan banyakkan berjalan :

 
Kiri : Dah sarat2 still boleh bawa anak2 sedara pusing d whole Zoo Negara
kanan : bawa anak2 sedara swimming @ Pusat Akuatik Shah Alam

jaga budak 2 orang ni bukan kerja mudah. Dah la aktif mangaiiii. Dengan perut sdiri tgh boyot. Tapi what to do. I love kids!

saya masa 3rd trimester ni mcm awal2 sy ckp sy banyak buat kerja. Antaranya jahit langsir (blk tidur sy ni ada 4 buah tgkp.. so sy jahit 11 keping kain bidang 60. imagine banyak mana sy jahit masa ni), lepas tu jahit bantal baby n jahit felt pada bedung.. kemudian drive ke sana sini. tolong uruskan perihal sekolah adik2. pergi bayar bil api air rumah mak. Dan bila dah minggu ke 40 saya masih tak bersalin, saya iron kesemua baju kerja suami sampai habis penuh wardrobe (preparation takut nanti dlm pantang dh sibuk handle saya tak de siapa iron bju dia) & saya iron semua jubah2 abaya2 saya pastu syok sdiri tgk almari penuhhhh dgn baju cantik (motif? sakit jiwa. haha. pdhl bukan pakai pun sbb lepas bersalin pakai kain batik. haha!).. kemudian saya cuci tandas.. berus setiap ruang yang ada. tak cukup lagi saya balik rumah mak saya since bibik kaw2 punya timing blh benti masa saya nak bersalin.. huuuu.. pasrah... sapu, mop lantai, cuci tandas lagi n banyak lagi.. masa ni siap kena tarik dgn suami sbb byk sgt buat kerja.. dia takut bahaya pd baby.. pendek kata masa hujung2 ni saya buat banyakkk gila kerja. habis kena lenjan.. mertua saya tak lenjan.. kena lenjan dgn mak sdiri.. huhu. ayat common ummi ialah "Alaaa umi dlu beranak 6 ok je. hidup je semua". haha.. seee how 'cool' my mother is ;D

Kiri : Syukur punya suami boleh tolong2 kita sikit2 jahit langsir
Kanan : project kain bedung with felt

3. Pack barangan ke hosp :

i bought this cute bakul for my lil baby.. i put it in hubby's car seawal 36 weeks. supaya nanti bila dah bersalin n discharge boleh ltk baby dlm ni. Dalam kereta agak sakit nak pangku anak sebab 'bawah' masih bengkak n super sakit.

saya suggest kan seawal minggu ke 36 dah prepare bag n letak dlm bonet kete suami. utk kecemasan. sebab ada org yg bersalin awal ada yg lmbt.. 37 weeks tu dh kira full term n boleh deliver any time. mana lah tahu hujung2 tu nak pegi jejalan terberanak dlm kereta.. so better letak siap2 barang baby n ibu utk ke hosp dlm bonet kereta. tak perlu banyak.. utk brgn ibu cukup sekadar charger hp, tudung sarung, pad, towel, toiletries, minyak panas, stokin, seluar dalam 3 helai & baju nak pakai masa balik. usually kalau bersalin normal warded 1 malam je. just like me ^_^ alhamdulillah.. barangan anak pun sama.. sebab dah ada baju hosp utk baby dan juga ibu.. just bawak sepasang baju utk balik, towel, wet tissue, barut, kain bedung, mitten, booties, selimut, toiletries n pampers sikit (tu pun salu ada freegift, ada pampers n toiletries. kkdg xgne pun yg kita bawa tu), dan jangan lupa buku merah, ic ibu.. (saya bersalin di PPUM. ini sahaja yg sy bwk). kalau rasa nak gelabah beriya2 boleh la gugel apa accessories nk bwk. tapi later akan rasa menyesal bwk banyak2 g hosp nanti bawa blk sbb tak guna. hihi.. 

lastly jangan lupa makan puas2! hahaha.. ABC, cendol, seafood, aiskrim itu semua wajibbbbbbbbbb!
alhamdulillah sebelum bersalin sempat makan steamboat puas2.. haha

apa lagi nak tulis ya?? hmmmm.. banyak lagi nak share sebenarnya.. tapi oleh kerana lambat sangat update jadi lupa dah apa nak tulis.. apa2 pun sy hutang post2 berikut :
1. pengalaman bersalin di PPUM
2. cukur rambut baby
3. pengalaman dalam pantang
4. Stroller pilihan
5. world of breastfeeding

dan lastly nantikan
6.my personal pre loved item. im gonna sell all my beautiful dress yg xboleh alter utk menyusu. mostly ada beads, lace yg menghalang saya utk alter.. so im going to sell it at low price insyaAllah. Ada yg dah guna n ada yg tak pernah guna.. so stay tuned

list bukan main banyak.. tgk lah bila blh kodho'. my lil boy suka mengacau. he loves gadget, cam either lappy dan dia tak suka tidur.. itu masalah nya adehhhh..  insyaAllah akan habiskan menulis dlm masa terdekat.

till we meet again..
Assalamualaikum semua =)