Bismillahirrahmanirrahim..
Asssalamua'laikum semua ^_^ Alhamdulillah kita masih bernafas. Diberi peluang utk menikmati kehidupan bersama tersayang dan juga masih berpeluang utk bertaubat..
Jadi post kali ni saya share pengalaman saya sebelum bersalin di PPUM. Kenapa PPUM? sebab ramai senior saya suami yang deliver disini dan feedback nya bagus sebab PPUM cukup kelengkapan just in case got complication on the baby especially. certain private hospital lack of 'Alat Pembantu Pernafasan' for the baby. Again in case baby got any complication. I just dont want to take a risk when i comes to my own beloved one's life. FYI, PPUM is a semi government hospital. So, the charge is okay. Tak mahal sangat & tak free tau. The service also some like private n some like gov. The worse thing is that husband cant enter the labour room. And it's quite tough for me to face the 'pra sakaratul maut' alone :(
okay, kita mula dengan petanda2 sebelum saya bersalin.. It happen soooo smooth & easy in earlier. Alhamdulillah.. Ceritanya bermula pada 6.30 pagi ahad 14/7/13 yg juga 5th day of Ramadhan. Just after sahoor i went up to my bedroom to perform subuh prayer. Then rutin biasa after subuh akan tadarrus sebab hasratnya nak katam quran this Ramadhan. Dah baca dalam 2 juzu' saya stop utk continue esok. Then baring2 sambil baca ma'thurat. Masa ni dok usap2 perut and ask baby bila nak keluar.. hehe. i did baca doa dipermudahkan bersalin sambil sembur dari ulu hati sampai ke ke bawah perut. just like how Ustaz taught me. Hee
ni doa yang saya baca pagi tu sampai berbuih2 sambil usap perut
Tanpa rasa sakit or contraction or any petanda saya rasa macam ada something on my seluar dalam. Rasa macam keputihan yang sangat banyak keluar. Masa tu i was about 42 weeks. Yes dah terlebih 2 minggu dr expected due date. So, saya mmg akan check setiap perubahan or simptom2 pada diri.. So, i go n check apasal heavy sangat keputihan ni since saya nak continue baca quran.. then tupp tupp.....
ini yang keluar : Darah + lendir
(mohon jgn geli. mak anda sdiri sudah lalui. kelak urself ur wife will go thru this)
masa ni dah cuak. i dont know samada ni petanda nak bersalin ke apa. yang pasti saya tak nak hospital selagi tak ada rasa nak bersalin and heavy contraction.. saya tak nak dipaksa bersalin, tak nak kena induce n tak nak kena operate. Masa ni in my mind was, i wanna ask my cousin or my brother in law since diorg mmg doktor. silly me padahal mak sdiri dpn mata tak nak pula tanya. hahah, actually i just dont wanna show my gabra n i dont wanna them gabra too. kikiki. masa ni my husband performed his subuh prayer at the masjid. so, i need to wait for him to went home then only we will discuss
in the mean time, saya just baring2 atas katil. continue the doa n usap2 the perut sambil cakap "kalau nak keluar let me know. keluar elok2. jangan ganas2. jangan kasar2. pity me ;(". hahaha. kinda funny. tapi time ni dalam bilik sorang2 dah nangis takut apa2 kan. rasanya takde siapa yang tak takut nak bersalin. tapi pagi tu serious tak rasa nak bersalin cuma takut apa2 terjadi pada baby.
hubby sampai rumah lbh kurang pukul 7 lebih at almost 8am. selalunya paling2 lambat pun 7.15 dah sampai rumah.. dan bila dia masuk bilik i asked him dgn muka slumber "apasal balik lambat?".. and he replied "lps solat subuh ada kuliah subuh then i tadarrus kejap n doa doa doa then terlelap" sambil sengih.. then saya just ckp "ohhh.. ok" sambil mengangguk buat muka relax. Then i find that my husband nak baring semula atas katil. slowly i told him, "syg... sebenarnya....". masa ni ttbe muka hubby cuak.. hahahaha.. then dia tanya "sebenarnya apa???" dgn muka berkerut.. then saya senyum & replied "sebenarnya darah dah turun pagi tadi" sambil tunjuk gambar darah atas tadi..
my husband dah cuak terus tanya "tu darah nak bersalin ke?" silly husband! maafkan dia. haha. then dia cepat2 nak tukar baju n im still on my bed. i told him "relax lah syg. proses bersalin ni panjang.. dia tak berlaku dlm masa yg cepat n mudah. kena gone thru contraction yg aktif". Tapi dek kecuakkan suami yg tak nak ambil risiko since hospital agak jauh dari rumah. we live in klang n PPUM is at Petaling Jaya. so, i decided to mandi sepuas2 alam. Just in case bersalin harini, the wangi can tahan atleast for 3 days! ahahahahaha. dan ini memang petua org tua2. sebelum pergi hospital mandi sebersih bersihnya. syampoo betul2, scrub badan selicin2 nya. and if course kalau nak mandi bersih2 mmg takes time. hubby dok gelabah ketuk2 pintu "sayangg cepattttt la.. tak payah mandi beriya. nanti beranak dlm toilet!".. hahah. after 20 minutes mandi i manage to mandi. tu pun still tak puas
siap2 semua. terus jumpa ummi abi dlm bilik. i told them "ummi, atah dh turun darah.. nak pergi hosp kejap. kalau tak ada apa2 blk la rmh semula".. masa ni nampak muka ummi cuak. ummi siap cakap "dah tu awak nak rahim hantar je ke? nak ummi ikut?".. then saya geleng sbb tak rasa nak bersalin harini.. dan tak nak bagi ummi risau.. chill jelah.. confident je blh blk rmh lps tu.
hubby drive dr klang ke PJ dalam 120 km/h. boleh dikatakan slow lah dia bawa dekat highwa yg aman di pagi ahad tatkala semua org sedang beradu selepas bersahur.. selalunya suami saya bawak 160 - 180 km/h. haa itu baru saya rasa laju. tu pun jenuh kena bebel.. tanjat boboy dlm perut! Kami sampai dekat PPUM dalam pukul 8.45 pagi. Terus ke wad kecemasan bersalin. 1st daftar dulu, since darah dah turun banyak dan bukaan dah buka 4 cm, so dah kena masuk labour room. Huuu
Nurse suruh tukar baju pink (baju bersalin/ baju wad), saya macam blurr. Saya tak nak warded lagi since tak rasa nak bersalin.. Tapi doktor kata "awak dah lewat 2 minggu. Awak kena masuk juga. kami kena monitor. Dont worry, kami tak akan operate without any complication".. Lepas tukar baju semua, hp, brg kemas semua kena bagi suami. masa dekat kaunter (tempat berpisah dengan suami sampai dah bersalin).
uniform bersalin.. pink uolssss! hihi
masa ni kelakar dimana..nurse kata "ok puan boleh bagi semua barang dekat suami and salam2. minta ampun n buat lah apa patut".. hahaha.. mase ni still blurrr sebab takut!! dekat depan pintu saya salam n cium tangan hubby.. masa peluk tu, sempat bisik dekat telinga suami "mintak ampun sayang.. doakan I selamat & dipermudahkan bersalin.. takuttt. tak sempat nak mintak ampun dekat mak (mother in law), sayang tolong mintak ampun dekat mak ya. i love you".. then kissed me n replied "insyaAllah sayang. i love u too".. masa ni mata dah berair. akak2 n nurses pandang n senyum je tengok ktorg. daily drama gamaknya. haha. tapi serius, siapa tak takut nak bersalin? kan..
then suami kena tunggu dekat bawah. terus nurse iring saya bawak pergi labour room no 12. perghh saya ingat lagi! haha.. masa dibawa tu, nampak la bilik demi bilik yg ibu2 sedang bertarung.. ada yang terjerit2 push baby.. masa ni kemuncak rasa ketakutan tu.. tengok mesin2 lagi, each bilik ibu2 mengerang2 kesakitan. paling takut bila ada satu bilik ni dia tak tutup pintu.. nampak ada ibu ni tengah terkangkang kaki tergantung atas besi masa nak push tu. nampak tangan doktor berdarah2. masa ni dah tak boleh tahan nak nangis.... rasa nak memberontak.. wehhh aku tak rasa nak bersalin, kenapa bawak aku ke sini!!
masuk2 terus baring. relax dulu dlm half n hour sebab nak ambil blood pressure. pagi tu BP saya low. maybe sebab pagi and sedang berpuasa. guess what, pagi tu saya tak sentuh makanan or air. saya tak makan telur separuh msk or susu or apa2. sebab tak nak batalkan puasa. again sebab saya tak rasa nak bersalin & tak lapar.. lagipun baru pukul 9 pagi masa tu. pagi tu dah sahur nasi. so ok la.
Nurse masuk, dia tanya "dah buang air besar ke belum? makan apa? dah buka ke belum" dll.. then dia tanya "boleh masuk ubat utk buang air tak?" saya setuju je sebab tak nak menyusahkan nurse kang nnti masa push terbuang air besar ke kan.. lagipun rasanya dah buat research yg ubat buang air besar tak memudharatkan. its not a drug.. so ok lah..
lepas selesai buang air semua. nurse tanya "awak darah jenis apa?".. masa ni dlm labour room. blur sokmo sampai lupa jenis darah. haha. tak pasal2 kena ambik darah banyak2. lepas tu doktor pulak masuk. I told her "doc, saya nak request tak nak cucuk apa2 drugs tau.. nak normal delivery.. kalau nak cucuk apa2, let me know. if saya tak stable. please contact my husband". then she replied "ok, kita tengok condition awak dulu. dont worry too much ya. tapi since awak last makan pukul 4 pagi, u need energy. just in case kejap lagi awak nak kena push. masuk air 2 bag ya". the most part yang saya benci bila kena inject masuk ubat n air ni.. then kena ambil darah lebih kurang 2 cylinder kecil. sakit juga kena cucuk dengan doktor HO ni. Cucuk dah salah, tarik amik darah zuppp.. Kita yang sakit ni jadi nak marah pun ada. sepanjang bersalin, cucuk benda alah bawah ni utk masuk air n ambil darah je.. masuk wad dia tak cabut pun.. suffer betul.. untie katil tepi nurse cabutkan.. mine, dia tangguh2..
sakit, darah terkeluar sebab pegang besi katil masa push tu kuat sangat sebab sakit dia tak terucap dgn kata2.
kemudian saya dibiarkan.. doktor pakar yang saya request masa register masa bulan2 check up sebelum bersalin tu dijangka akan datang dalam pukul 11 pagi sebab tengah round ward. saya dibiarkan dengan mesin utk lihat kekerapan contraction n jantung baby. sekali sekala doktor HO masuk tengok graf tu. Dia kata contraction dah ada & makin menaik. Jantung baby pun cantik.
masa ni, contraction dtg sekali2. tak berapa sakit.. so, saya sempat tasmi' surah al mulk, as saff, assajadah dll since tak boleh bawa quran masuk. 2x saya request nak bawa masuk quran kecil. saya nak baca surah maryam, yusuf tapi tak hafal semua :( tapi nurse tak bagi. sebab kena ikut procedure.. takut barang hilang la, tertinggal la.. sob3
Pukul 11.30 doktor pakar saya masuk, which is pakar yang saya request. FYI, saya request doktor pakar wanita yang beragama Islam. kalau takde, atleast doktor wanita. i dont want male doctor to touch me. dan, caj nya pun lain. Dia baca report n track record saya, then dia masukkan jari utk check bukaan. dia kata "lebih kurang 4.5cm. pecah air ketuban boleh? dah boleh bersalin ni. insyaAllah". zupp kena jolok dengan batang panjang. habis lenjun.. rasa suam2 je air ketuban nya.. then nurse tukarkan saya baju n kain baru sebab air ketuban kena pada baju.. Sebelum ditinggalkan doktor "take ur time ya Puan, usually utk baru2 ni 1 jam 1 cm. tapi selalunya anak sulong lambat sikit & ambil masa. Pukul 3 saya turun tengok awak lagi sekali insyaAllah"
Then saya ditinggalkan dengan mesin lebih kurang begini utk monitor jantung baby & kekerapan contraction.. Masa ni baby aktif sangat.. tendang super kuat kiri kanan.. Allahuuu..
Tepat pukul 12.30, saya dah mula rasa semacam.. rasa perut memulas yang tak pernah saya rasa seumur hidup.. Sakit gilaaaaaaaaaaa. Rasa nak buang air besar dan2 le2 tu juga bak kata org johor. Masa ni saya dah mula tarik nafas dlm2 n hembus slow2 utk releasekan contraction n bagi baby turun.. Sakitnya Allahuakbar berlarutan 5 minit sekali. sampai saya lemah. saya set dalam otak "okay aisyah bersalin ni jihad. tahan! jangan jerit nanti habis tenaga nak push dan jangan angkat punggung nanti koyak!". masa sakit ni, teringat dekat suami dan ummi. baru rasa betapa peritnya melahirkan anak.. sungguh.. nangis sorg2 atas katil tu menahan sakit in labour.
Pukul 1.45 saya macam dah tak tahan.. sakit sangat2. saya panggil nurse banyak kali utk check bukaan mana lah tahu baby dah menjengah ke kan.. tapi sorg pun buat tak tahu.. Doktor HO pun sama.. masuk tengok graf jantung baby je.. tak check bawah pun.. saya yang lemah2 ni merayu2 "doktor, saya rasa nak push.. sakit.... tapi saya tak nak epidural ke apa ke".. then dia check n kata bukaan dah semakin besar. tapi masih tak cukup. kena tahan lagi.. dan nurse mengiringkan saya. doktor pesan "puan kalau tak tahan, sedut udara dari gas sebelah tu. boleh kurangkan rasa sakit tu".. gas tu bagi kesan high.. tapi bila sakit saya mmg tak guna sgt. guna 2x je sbb, lupa sbb sakit sangat. saya hanya selawat.. tarik nafas dalam2. i learn from natural birth punya kelas. siap kena marah sebab tak nak guna gas tu.. Actually bukan tak nak guna tapi bila kita dah sakit & menahan sakit.. lupa dah apa kiri kanan.. lain lah ada nurse tolong tonyoh dekat mulut.. tangan saya kiri kanan grab besi katil tahan sakit.. rasa nak patah2 n gigit2 aje besi tu! sampai macam tu tahap sakit nya.. Allahuakbar
contraction 5 minit sekali ni berlarutan. teramat lah sakit. kalau 5 minit sekali contarctionnya.. sakit mula dari pukul 12.30, masa tu dh 2 ptg. cuba bayang berapa kali tahan sakit.. sakit,, reda. tak habis reda sakit balik.. berulang2. banyak kali panggil nurse suruh check. again sorang pun buat tak tahu. diorg siap cakap "anak sulong selalunya lambat sikit puan. tahan sikit ya puan".. saya keep on tengok jam since jam dinding memang betul2 depan saya. mungkin memang utk ibu2 tengok kekerapan sakit contraction n utk monitor sendiri kot.. masa ni rasa macam ada bola dekat bawah.. maybe kepala baby kot..
masa ni, seriously dalam otak I just need my husband n ummi just in case mati kejap lagi. masa ni mentally down sebab gone thru sorg2 for the 1st time. masa ni sakit dia sangat2 sampai lupa surah2 yg ditasmi' tadi. hanya mampu selawat sahaja. rasa mcm kiri kanan banyak syaiton sebab rasa nak marah, nampak segala bayang2, rasa down.. Tapi mujur sebelum bersalin, lepas dapat ubat buang air besar, saya ada ambil wudhuk.. Jadi, terpelihara lah sikit kot.. hehe
Pukul 2.30 rasa sakit makin menggila.. saya sampai lembik habis.. sempat saya rasa dekat bawah saya macam ada bola.. sempat saya sentuh sendiri 'miss v'.. saya yakin memang dah high time utk push.. sebab saya dah tak boleh tahan.. dah pedih macam tersiat kulit.. Saya tunggu nurse masuk. then, kebetulan kali ni senior nurse yang masuk. jadi saya panggil dgn mata tertutup sipi2, dan saya cakap pun sambil tutup mata sipi2 sebab lemah sangat & sakit sangat.. saya ingat lagi saya cakap "nurse, saya tak tahan sangat.. saya try pgg tadi. saya rasa bawah ni dah ada kepala baby kot. rasa bola. sakit.. saya tak kira.. saya nak push juga".
terus nurse tu selak kain utk tgk. kebetulan doktor HO masuk, belum apa2 lagi, dia terus grab tangan doktor tu. dia cakap "doc, she is ready!. dah nampak kepala tu!". masa ni HO jadi blurr. dia siap tanya "what should i do".. masa ni, saya dah push, dah tak kira even doktor pakar saya tak ada. tak kira siapa sambut pun (masa ni HO nya chinese lady, so ok la dari lelaki kan).. bila kita yg dok tahan sakit, n doktor blur.. rasa nak katok je HO tu.. then nurse kata "prepare apparatus.. saya prepare utk baby".. terus dia pakai sarung tangan, bla3.. bukak half katil, kangkang kan saya.. sambil tu,, nurse urutkan area pelvic saya utk senang buka lagi.. lepas tu dah lupa apa dia buat..
masa ni klimaksnya.. Sakit nya Allahuakbar! rasa macam tersiat kulit.. rasa panas, pedih sangat2. nurse suruh saya pegang besi yg tempat tarik masa push. dalam otak saya again, jangan jerit, jangan angkat punggung n tarik muka sampai ke perut masa push.. Nurse tulah satu2 nya yang guide saya, bagi semangat utk saya push.. dia lah yg check bawah saya n pggl doc tu. sayang lupa nak tengok nama dia apa sbb dah sakit sangat..
masa semua dah ready, nurse kira 1 2 3 push.. nurse senior ni lah yg bersorak2 macam tengok FIFA worldcup "okay push puan.. sikit lagi!! bagus puan!! puan boleh!!! lagi puan!! lagii!! selawat banyak2! tahan.. push!!!!!!!". haha.. bila ingat balik rasa berhutang budi sangat2. disaat2 suami kita tak ada, dia lah yg ganti suami kita. memberi kita kekuatan.. Moga Allah berkati hidup dia. Masa 1st push tu saya tertarik nafas dalam2 then kepala baby tersekat n termasuk balik.. masa ni nurse tu bersorak mcm frust tengok bola tak masuk goal "aduhh puan termasuk pulak,.. sikit je lagi!"..
then lepas tu sedar2 dah kena gunting sikit bawah tu. tak tau sebab apa..lebih kurang 1 cm jelah. then doktor suruh push paling kuat.. then ada lg sorg nurse msuk, semua genggam bahu n kepala saya kuat2 n bagi support.. sekali push je alhamdulillah my lil baby keluar.. Tepat pukul 2.50 petang. Lega rasa.. hilang rasa tersiat tu. tapi still pedih2 bawah tu.. dari bawah saya nampak baby saya keluar terbalik. doktor angkat macam pegang ayam dekat pasar. then dia tunjuk baby pada saya sambil kata "tahniah, ni baby kamu, nampak tak? ni jantina dia apa? (sambil tunjuk 'bird' baby)" then saya jawab ringkas "boy" sebab dah takde tenaga. im sooo exhausted. terus nurse letak baby atas perut saya utk sedut kahak2.. masa ni dengar baby nangis.. nurse angkat n letak atas dada saya. masa ni saya nampak baby saya berlendir, berdarah n merah sangat kulit dia.. dlm 5 minit terus dia angkat dan dia kata "kami nak pergi bersih kan baby dan call suami puan utk azankan baby". sempat saya grab tangan senior nurse n cakap "terima kasih sangat2".. im soo touched!
introduce to my lil caliph
boy/ 2.9kg/ 2.50am/ 14 july 2013/ 5th Ramadhan
masa ni baru lepas diazankan oleh hubby
Kemudian doktor bagi saya rehat 5 minit. kemudian, sambung dia suruh saya batuk sekali utk keluarkan uri.. masa ni dah seriau takut sakit lagi.. tapi alhamdulillah sekali batuk meluncur rasa uri tu keluar.. alhamdulillah nasib baik tak rasa sakit & tak kena jolok dgn tangan mcm segelintir orang. alhamdulillah thummal hamdulillah..
seterusnya proses menjahit daging yg digunting.. ini lagi satu allahuakbar sakit dia mak aii.. kena jahit hidup2.. saya hanya mampu mengerang n sedut nafas kuat2.. dapat pulak doktor HO sahaja yg available masa saya nak bersalin ni pdhl doktor pakar yg sambut atas permohonan sy.. saya pasrah. asalkan semua selamat.. pada saya doktor HO ni macam sangat lah fresh.. saya tanya berapa jahitan ya luka saya? dia jawab "im not sure". adoyai.. nak ketuk je rasa.. then saya tanya "berapa layer potong?" dia kata "tiga, puan".. pastu 1st layer dia jahit dia panggil MO utk check. disebalik tirai tu diorang speaking omputeh dan saya dengar MO cakap kena buka balik 2 jahitan terakhir sebab salah jahit & tak kemas". menyirap je dgr. masa ni HO dah rasa bersalah.. Mulut dia berbuih2 "sorry puan. kita mula semula".. masa ni dalam hati set tak apa lah pahala jihad!.. pastu lama betul dia jahit saya tanya lama lagi ke? dia jawab sikit je lagi.. sikit2 tapi banyak nya lah jahitan dia.. maybe masa masuk jarum tu sakit, dia tarik benang sakit, ikat benang ketat2 lagi lah sakit. tu bru 1 jahitan blum lagi 4 5 jahit kan. tmbh pulak 3 layer which is vaginal, muscle n skin klu tak silap..
datang last layer which is skin, doktor cakap "ok puan, now dah last layer. rasa dia sakit sikit sebab deria rasa kulit kita kan sensitif. dan layer ni saya kena tarik ketat2 sikit sebab sekarang kulit puan kan tgh bengkak. bila dah sihat, dia akan kecut, jadi jahitan akan jadi cantik & vagina akan ketat semula. kalau tak jahit ketat2, bila luka dh kering, jahitan jadi longgar dan boleh terbuka. end up vagina jadi longgar. if u get what i mean". then saya angguk je.. hehe..
tapi sakitnya aduiiiiiiiiiii.. ingat lagi jarum dia macam mata kail versi kecik sikit.. sekali cucuk dekat kulit/ daging rasa sakit.. dia tarik benang rasa ngilu.. dia ikat benang rasa pedih dan sakit.. Allah.. masa ni rasa macam tak nak bersalin dalam masa terdekat! hahaha.. then bila dah siap semua.. dia bagi rehat 10 minit sebelum transfer ke ward. masa tu sempat saya ucapkan terima kasih dekat doktor permpuan cina yg handle saya bersalin.. btw, lepas habis je kena jahit, saya rasa macam nak buang air besar. saya inform nurse.. then dia letak tray dekat punggung saya atas katil.. i was like.. "erkkkkkk saya nak pergi toilet.." then nurse kata "tak boleh. sebab baru je lepas bersalin.. takut pitam n pengsan dlm toilet.." oleh kerana saya dengar doktor suruh issue saya ke wad post natal, so saya tahan jelah.. haha. tak terkeluar kalau buang air dalam tray tu.. erk..
masa tengah rehat2 ni doktor pakar yang sepatutnya sambut baby saya baru je sampai.. dia pun terkejut saya bersalin cepat dari apa yg dia jangka. sempat dia sapa "tahniah puan. senang puan bersalin. saya pun tak sangka. minta maaf lah. Alhamdulillah ada HO handle. everything will be fine insyaAllah" kemudian dia keluar... saya ni dok menahan nak buang air besar.. dlm hati,, aduhh mana lah nurse yg nak kena transfer aku ni. ayoyo..
masa tengah rehat2 ni doktor pakar yang sepatutnya sambut baby saya baru je sampai.. dia pun terkejut saya bersalin cepat dari apa yg dia jangka. sempat dia sapa "tahniah puan. senang puan bersalin. saya pun tak sangka. minta maaf lah. Alhamdulillah ada HO handle. everything will be fine insyaAllah" kemudian dia keluar... saya ni dok menahan nak buang air besar.. dlm hati,, aduhh mana lah nurse yg nak kena transfer aku ni. ayoyo..
nurse yg dinanti2 kan tiba juga.. lepas tukar katil utk transferkan, saya diparkingkan sebelah kaunter tempat saya salam suami.. tunggu nurse bawa baby saya dari nurseri tapi tak muncul2. then saya cakap dkt nurse yg saya tak tahan nak buang air besar. then diorg bawak saya naik ke wad dulu.. turun katil terus saya minta dipapah ke toilet. Nurse ikut saya masuk toilet. tapi saya minta nurse keluar. masa ni seksa nya rasa nak buang air besar.. sakit ya amat! buang air kcil rasa ngiluuu sangat! nurse remind saya bila dah habis semua, diri dulu.. kalau tak pitam baru jalan.. jalan slow2.. then saya balik ke katil saya tanpa nurse.. alhamdulillah rasa ok je, tak rasa mamai or pitam. just rasa lemah.. nak tidur n nak minum air 1 lori! masa ni bibir kering n pecah2..
pukul 4 lebih baru suami saya masuk dengan barang saya and brg baby.. nampak suami dekat pintu rasa nak peluk kuat2 tapi tak larat.. hubby dtg dia pegang tangan n cium.. 1st thing saya cakap dekat dia "sayang... sakittttttt" sambil meleleh air mata n peluk kuat2.. then suami saya usap2 and cakap "tahniah syg. tq baby i baby comel.. sabar ya syg".. lepas tu saya mintak hubby air.. dia bagi secawan secawan.. tapi saya rasa haus tak hilang.. terus saya minta straw and sedut dari jug.. habis separuh jug air tu sy habiskan.. hahahaha.. haaa amik kau.. haha.. maybe dehydrated kot dlm labour room..
masa ni berdua je dgn hubby, berbual2.. apa perasaan pegang anak sendiri.. hehe.. masa ni hubby kata "i mcm tak sangka u dh bersalin. masa tu i dekat surau. nurse call kata u dh bersalin n suruh naik azankan baby".. hihi.. lepas tu saya tanya "selama i dlm labour room u buat apa? lama kan..?".. then hubby replied "i tak senang duduk. i duduk dekat surau.. solat hajat, baca quran. habis 4 juzu'!" haha.. then dua2 tersenyum. I guess itu lah rahsia Allah permudahkan saya bersalin. juga doa ummi n mak mertua..start sakit or heavy contraction pukul 12.30 tghari, pukul 2.50 ptg dah bersalin. 2 jam sahaja tempuh sakit in labour, padahal anak sulong.. maha suci Allah mempermudahkan urusan ku. masa ni, tertunggu2 bila baby nak sampai.. lepas tu hubby keluar skjap, bila dia masuk nampak dia sorong baby masuk.. rasa happy sangat.. kalau drama tu kira happy ending lah kira.. ahaha.. masa baby masuk2 cepat2 ambil hp and tangkap gambar hubby nak angkat baby bagi pada saya.. sakit2 tu sempat lagi tangkap gambar.. baru 2 hours after bersalin.. gigih betul. hahaha
Precious~ alhamdulillah ^_^
Malam tu juga ummi abi n family saya datang.. walaupun dah habis waktu melawat. masing2 tak sangka saya bersalin sebegitu cepat.. masa nak pergi hospital nampak sihat je.. yelah mcm yg sy ckp td start sakit or contraction pukul 12.30 tghari, pukul 2.50 ptg dah bersalin. 2 jam sahaja tempuh sakit in labour, padahal anak sulong.. mcm miracle pun ada juga. sebab selalunya anak sulong org lain suffer atleast 6 hours in labour.. ada yg 24 hours sakit.. ummi kata "senang awk bersalin 2 jam je sakit. rasa kejap sgt.. abi bangun dari sahur tu, dari awk keluar nak pegi hosp, sampai dapat tahu awak bersalin dia tak mandi lagi. tak sangka awak dh bersalin. kalau awak tak bersalin, umi rasa sampai sekarang abi tak mandi2!" haha..
Day 1 : warded 1 malam. baby tidur je..
Kalau di PPUM, apa2 wad pun tak boleh ada orang teman. hanya pada waktu melawat sahaja boleh masuk. waktu melawat pukul 5 ptg - 7 mlm.. tapi suami saya stay dlm blk sy sampai pukul 10 mlm. tu pun sebab kena halau dengan nurse muda yg kerek, kala tak mmg tak blk2 lagi.. hehe.. nurse yg tua2 tu ok je.. asalkan pelawat tak bising2, ok je dia bagi. tapi memandangkan suami saya dah bertahan dari pagi hantar saya ke wad kcmsn kemudian kehulur ke hilir tak senang duduk saya bertarung dlm dewan bersalin. mata hubby nampak letih sgt.. so saya lepaskan lah dia blk rmh. kesian dia dengan buka puasa ala kadar shj dekat hosp dengan saya sbb cafe tutup.. mujur umi ada bawa nasi sikit utk hubby makan.
Day 1 : malam tu dia bangun nak menyusu.
agak merenyahkan bila kena survive sorang2 malam tanpa ada org jaga.. kena angkat anak, susukan.. pastu letak balik (nurse tak bagi baby tidur dgn ibu di atas katil).. kena turun naik katil.. dah la wad sejuk.. sampai berkali2 pergi toilet.. luka jahitan bersalin teramat lah sakit.. nak gerak turun naik katil sakit.. jalan pun sakit sangat2 tapi dek tak tahan nak buang air terpaksa lenjan juga.. kalau tak 'bertabur' tengah jalan kan.. bukan manjakan diri ke apa.. cuma takut bentan kalau banyak sangat bergerak.. katil plak tinggi.. kena naik panjat.. baby nangis, kena turun lagi, naik lagi.. alahai..
malam tu sempat belek2 jari2 dia. comel nya. kulit dia merah2. kedut2
malam tu penuh dgn penghayatan berdua duaan dgn baby. Nikmat dapat pegang anak sendiri. Rasa dirahmati sangat2.. Aku bersyukur padaMu ya Allah pada usiaku begini engkau kurniakan aku rezeki yg tak ternilai berupa seorang anak aka zuriat yg sihat dan comel. moga ia menjadi anak yg soleh menegakkan agama Allah dan malam tu juga aku bersyukur sebab dengar cakap suami sebab malam semalamnya (sabtu) kalau ijkutkan hati nak tidur rumah pak anjang saya di Seremban. Dan masin mulut mak anjang saya "tengok muka awak ni lesu. macam nak bersalin esok je!".. Nasib baik balik Klang malam tu juga.. Kalau tak, bersalin koboi di seremban lah gamaknya tanpa beg2 dan buku mengandung (sebab ke seremban naik kereta abi, brg2 lain dalam kete hubby di rumah). Dan bersyukur juga sebab dapat lepas gian makan ice cream sedap, soto, rojak, bbq malam sebelum bersalin. hehe
untuk pro n cons bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), saya akan senaraikan dlm post yg seterusnya insyaAllah.. banyak yg saya nak advice ibu2.. part yg bagus.. part yg tak bagus. yang pasti, 2nd baby dah deal dgn hubby nak deliver di Pantai Klang Medical Centre pula! haha ;D
till we meet again.. ngam2 suiii je baby nangis nak susu ni..
so, assalamualaikum! :)
6 comments:
Btw FTY tu ape ye aisyah n nk mention jugak fr me PPUM also my ideal hosp becoz buat checkup since 13 years ago(mcm dh second home..kekeke).Congrat's fr ur 1st son n sangat kuat semangat..tak terkejut cara aisyah ckp dgn nurse n doctor mcm dh lame kenal sbb mmg dh lame outspoken since at school dulu ^_^ .
tahniah! best baca your story :)
kalau boleh saya tanya, berapa ppum caj kalau nak request doktor islam perempuan/doktor perempuan ya? :)
tahniah! best baca your story :)
kalau boleh nak tanya, berapa ppum caj kalau request doktor islam perempuan/doktor perempuan ya? ;)
sama law kes kite..sye dlu pn kene jahit 2kali..brslin kat ppum gak law..biasa law..doc HO mmg camtu..huhuhu
nanges sy baca citer puan. huuu... inshaaAllah sy otw, bawu 7 weeks. perkongsian y menarik.
Hi Aisyah, femae and mae doc got different charges?
Post a Comment