Kaifa hal?
Pada subuh yang mulia ini, alhamdulillah saya tidak dapat tidur dengan aman dek kerana MR NYAMUK. Habis badan saya diserang oleh nya. Kemudian apabila ditepuk, darahnya bukan main banyak. Walaupun saya tak sedar bila masa lah dia sedut darah saya. Mungkin saya memang spesis 'darah manis' sebab itu nyamuk gemar. Alhamdulillah harini saya begitu pemurah membiarkan darah saya disedut. Kita fikir positif ya, tentu ada hikmah disebalik ciptaan nyamuk. jadi jangan salah kan nyamuk "kenapa kau sedut darah aku"
Dah memang itu fitrahnya. Dan sudah tentu ada hikmahnya juga. Kenapa dia gigit pukul 3 pagi? Tu tandanya dia nak tolong kejut mengerjakan Qiammullail. Kita berfikiran positif, jangan sempitkan minda kita dengan "bodoh la nyamuk ni! dia kacau aku nak tidur. nanti aku tak cukup tidur, mengantuk gila dan lain - lain". tapi ucapkan lah Alhamdulillah dalam setiap apa yang berlaku. motivasi kan diri balik agar kita menjadi orang yang lebih rasional dan matang. Jadi sekarang saya baru selesai mandi untuk menyegarkan badan, makanya mari kita beribadah tatkala semua orang sedang lena kerana Allah menyeru kepada kita :
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
Qiamullail lebih dituntut dalam kalangan kaum adam kerana hikmah qiamullail amat lah besar sehingga dapat mengawal emosi mereka (yang secara lazimnya lebih panas berbanding kaum hawa) dan terbukti dalam suatu masa ketika Rasulullah SAW hendak memilih tentera yang akan berada di saf yang paling hadapan tatkala peperangan adalah baginda mengambil mereka yang bangun pada satu pertiga malam dimana mereka yang bermunajat kepada Allah tatkala yang lain sedang lena tidur. Ini membuktikan, hikmah qiamullail bukan setakat kita boleh lihat pada kesihatan jasmani kita malahan rohani kita lebih kental dan dikawal rapi. Makanya kalau nak tahu dengan lebih mendalam, kena lah cuba dan jadikan amalan.
kesimpulannya,
Mari kita mendidik diri kita agar lebih berfikiran positif, kerana orang positif datang daripada qalbu yang sihat dan bersih. Serta menjadikan Qiamullail sebagai suatu amalan/ kebiasaan agar kita dapat menghindarkan diri dari perkara yang mendorong kita kepada kemaksiatan.
Saya masih dalam proses membakukan ayat. mulai sekarang saya tidak akan menggunakan bahasa pasar. tetapi saya akan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris secara PENUH. insyaAllah
Jazakillahu khairan kasira.
No comments:
Post a Comment