Alhamdulillah masih dikurniakan Iman, Islam, roh (nyawa), tubuh badan yang sihat serta apa sahaja yang berada disekeliling. InsyaAllah hari esok ditangan Allah. Memang dup dap dup dap. I just prepared the 'things to do" and so on. Esok akan dibincangkan bersama jika tiada aral melintang (Allahumma aminn) Jika benar itu kehendakNya, jika benar apa yang Dia beri kepada aku ini suatu anugerah yang dimana mampu mendekatkan dengan diriku akan diriNya, manakan mampu untuk aku menolak. Fitrah manusia itu akan tunduk kepada Rabb nya :)
Apa - apa pun saya nak kongsi, DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
Maksudnya :
"Ya Allah, Tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya engkau kehendaki"
Bawah ni doa fovourite saya sejak dua menjak ni. hehe
Ihsan Mr google
Last but not least, saya harap tiada mana - mana pihak yang berkecil hati. Saya hanya manusia biasa. Saya tidak mempermainkan mahupun dimainkan oleh sesiapa. Saya hanya mahu menjauhi fitnah dunia seiring menyempurnakan tuntutan agama.. Memenuhi fitrah seorang manusia yang alhamdulillah, normal. Semoga ianya dapat membuka mata kita (saya terutamanya) untuk melompat ke fasa yang lebih orang kata matang. Untuk menjadi yang lebih baik, lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih berlapang dada, mampu mengawal emosi, mampu mengawal keadaan, mampu membuat keputusan mengikut apa Allah kata. InsyaAllah saya akan lebih bersedia dan sentiasa bersedia. Aminn
Saya tidak menjadikan paras rupa, ekonomi, pendidikan dll sebagai perkara utama tapi Keimanannya dan tidak dinafikan juga dinilai dari sudut hati saya juga ;)
Doakan 'hari esok' saya. Layak kah, mampu kah, perlu kah, mengapa kah saya melakukan sedemikian mahupun tidak terserah kepada diri anda. Saya tidak mampu menyekat pemikiran anda berhenti berfikir. Yang pasti orang - orang utama dalam hidup saya yang mengenali luar dan dalam saya, dari kecil sehinggalah besar, menerima dengan hati terbuka. Maaf saya tidak akan uar - uarkan apa - apa video mahupun gambar.. Kerana saya hanya ingin mengikut sunnah ataupun syariatullah. Yang dimana biar lah Zuhud (low profile). Please don't ask for more my dear friend. Maaf bukan 'poyo' tapi berubah ke arah yang lebih baik.
All you need is ♥. Iaitu ♥ yang mengutamakan Allah, sekaligus memelihara dan membimbing kita.
jazakillah :)
No comments:
Post a Comment