Sunday, December 11, 2011

Wedding Planning (volume 1)

salam alaik..

Pertama sekali, mohon maaf dipinta kepada kawan kawan yang hantar private massage di FB, SMS dll untuk update dengan berita baik saya tempoh hari.. Saya faham anda semua excited.. hamdallah.. glad to hear that.. syukrankathir juga kepada akhawat yang tak henti henti mendoakan saya dan sering memberi kata kata semangat pada akhir akhir zaman dara saya.. ecewahh. Allahumma amin... Hamdallah saya turut teruja. Ada kalangan kawan kawan yang request saya untuk buat entry tentang 'be to be' blog.. dalam erti kata lain, mohon agar saya share segala wedding preparation.. Nak ambil berkat katanya ;p

To be honest saya tak plan nak buat majlis yang beria ria sangat. tak ada wedding of the year bagai. saya bukan tak mampu/ lopek dll. tetapi saya kembali kepada apa agama kata.. wasatiyyah dalam setiap perkara.  again matlamat tidak menghalalkan cara. dan saya sering remind diri saya, kalau cara perlaksanaan majlis perkahwinan saya dah langgar syara', macam mana saya nak bina baitul muslim (Keluarga Islam). Ya tidak disangkalkan saya juga mempunyai majlis perkahwinan idaman saya pada suatu masa dahulu.. memang nak sangat buat pelamin yang saya idam idam kan dari dulu.. tapi sekarang semua nya berbeza sama sekali. oleh kerana tak nak bersanding dan takut bila dah ada pelamin, ada pulak yang gatal nak tepung tawar.. so decide awal awal untuk tidak memasang sebarang pelamin.. tetapi akan dihias meja makan pengantin dengan background ala ala pelamin.. boleh jadi tempat tangkap gambar.. (background meja makan sama seperti 1st pic dekat bawah ni) :


Pelamin anganku. Bila tengok depan depan.. GILA GEMPAK! >,<

ni pelamin hasil kretif Arjuna Cipta. Dia ni cousin my senior masa Islamic school dulu. Suka sangat sangat setiap hasil kerja dia. saya pernah request dekat umi abi untuk buat pelamin ni masa reception tapi... ini feedback mereka :

"pelamin nak guna 1 hari je sampai RM4k?! Duit tu awak boleh guna untuk hidup selepas kahwin.. Lagipun harga dia tak padan dengan nilai &am keperluan awak. Boleh jatuh hukum haram mengikut syara'. Niat jangan cakap la. Confirm niat lari bila duduk atas tu. Sekali pun awak mampu nak bayar, tapi awak kena ingat.. DUIT KITA TU BUKAN 100% MILIK KITA TAPI ADA HAK MUALLAF, FAKIR, IBUBAPA DLL.. awak dah tunaikan keperluan diorang?


~ NIKAH ~

Bantal Nikah

oleh kerana merancang untuk bernikah di masjid, maka tiada persiapan tempat yang perlu dibuat. in fact tak boleh pasang mini pelamin pun dekat masjid. so sekadar sediakan alas/ bantal nikah.


ni warna tema untuk nikah.. 

bila fikir fikir balik macam bosan.. sebab sekarang ni musim kenduri warna tema biru kan.. huhu.. tapi nak buat cemana bakal suami saya suka warna seperti diatas.. InsyaAllah saya akan buat ianya nampak lawa dan lain daripada lain dar segi deco, hantaran & baju pengantin :) 

*kawan2 boleh la tempah baju ikut warna tema ok.. siapa lari tema.. tak boleh shoot sesama =p


Baju Nikah

baju nikah saya akan berwarna cream + biru (labuci2 dia will be in blue colour) saya akan tempah baju nikah (simpan buat kenangan ataupun pakai untuk pegi event, raya dll).. saya ambil motif kain kembang macam gambar diatas.. saya tak guna kain lace.. tapi saya guna kain chiffon.. dinaik seri dengan embroidery + labuci :) *yang pasti baju tak jarang, tak ketat, tak berbelah


tudung nikah akan lebih kurang macam ni :)

saje ambil style yang pelik2.. bila lagi nak pakai pelik2 kan.. hee *yang pasti tutup dada, tudung tak jarang


Kasut Nikah *fovourite

plan nak beli kasut nikah yang boleh pakai lepas2 tu.. tak nak beli mahal2 lepas tu tak pakai (letak dlm muzium).. atleast nk beli kasut nikah yang lepas2 tu, boleh pakai beraya, dinner dan any function dengan bakal suami saya :) kasut ni saya nampak dekat Tang's Ampire Subang.. guess what, its RM450! *pengsan* tapi serius lawa.. batu dia guna bukan sebarang batu.. material bagus.. *yang penting stokin tidak dilupakan :)


~RECEPTION~

Warna tema untuk majlis resepsi :)



 Deco Dewan

oleh kerana tiada pelamin, maka saya akan work harder on the deco.. saya tempah Wedd Station untuk deco dewan saya.. dalam gambar warna purple, tapi untuk majlis saya dia akan buat ikut warna tema saya.. untuk makluman, majlis resepsi akan digabungkan kedua2 belah pihak.. jadi, persiapan perlu lah all out.. tetamu mencecah 1500 orang. InsyaAllah akan buat di Dewan Pejabat Tanah, Klang..



Baju Resepsi

Maybe baju resepsi nanti saya akan buat all white dress.. tapi ada sikit2 warna APPLE GREEN + BABY BLUE untuk naik seri.. ehemm.. Hijau tu my favourite colour ever ;p Biru tu his favourite, so saya gabungkan kedua dua warna untuk memenuhi citarasa sebab kami gabungkan majlis kan.. untuk baju resepsi maybe saya akan sewa.. tapi saya masih belum jumpa baju yang mengikut syara'.. semua ketat2, tabarruj gila babas lah senang cerita..  kalau tak jumpa juga, saya akan beli kain & tempah dekat Butik Syahrir Nurdin.. Range price dia saya tak berani nak cakap.. kena tanya sendiri.. depends on design n material. Butik dia dekat plaza masalam.. 

Tudung & Veil Reception

Saya akan ambil motif hiasan labuci diatas kepala tudung. Haritu bincang dengan designer, dia nak buat tanah tudung tu warna putih.. labuci warna hijau apple + baby blue. nway sketch designer nampak macam lawa.. tak tahu lah klu in real macam mana kan :)



VIP's goodies

ni pilihan hati saya.. heeee. tapi terhad untuk VIP, keluarga terdekat keluarga pengantin. Tak tau nak pilih mana satu.. rambang mata. comel2 belaka..


Goodies

Goodies utk orang ramai, untie saya willing nak sponsor 1000 pcs. Tapi tak confirm either cookies or cupcake :) *hamdallah. semoga murah rezeki!


 
 
Ni untuk budak budak :) 

tak decide lagi nak bagi yang mana satu.. huhu. nanti balut2 dengan reben, pastu letak dalam bakul jelah kot :)

anything else u wanna know about my wedding planning? just ask me okay.. if you dont mind, share ur experience too ya.. kalau ada link butik2 yang best, just let me know ok. sebarang idea yang bernas amat2 dialukan..

Hamdallah.. love is always around!

jazakillah :)

13 comments:

IB Andalas :) said...

bak kata ellyna,tempah baju! biru hijau ye. ;) insyaAllah kalau parents bagi

Syarah said...

hehe.. tapi kalai kwn2 syarah rasa nak suruh korg pakai pink.. ok tak?

IB Andalas :) said...

er jap,pink atau biru hijau?

Syarah said...

family belah syarah pakai hijau..
family belah bakal sauami syarah pakai biru..
soo in order to differentiate, syarah nak korg pakai pink.. tak kisah lah pink cair ke pink pekat ke..

Syarah said...

family belah syarah pakai hijau..
family belah bakal sauami syarah pakai biru..
soo in order to differentiate, syarah nak korg pakai pink.. tak kisah lah pink cair ke pink pekat ke..

imaan said...

jgn pki baju sedondon dgn family. tenggelam mase amek gamba.....

1 hari je dlm hidup meraikan kite...tade salahnye pikir ape yg kite suke instead of everybody else, regardless parens or inlaws to be....

pend sy yg naif!

Syarah said...

smgt nmpk kak iman ;p hehe.. nnti baju aisyah warna putih.. so bg fam pakai hijau (belah laki) biru (belah prmpuan) baru pengantin 'timbul' bila tangkap gambar ;) ok kan?

belog said...

Salam boleh saya tahu brpe sewa dewan pjbt tanah klang n mcm mne awk sewa ye? :)

belog said...

Salam boleh saya tahu brpe sewa dewan pjbt tanah klang n mcm mne awk sewa ye? :)

belog said...

Salam boleh saya tahu brpe sewa dewan pjbt tanah klang n mcm mne awk sewa ye? :)

belog said...

Salam boleh saya tahu brpe sewa dewan pjbt tanah klang n mcm mne awk sewa ye? :)

Syarah said...

salam.. saya mohon direct ke pejabat tanah klang. RM1200 harga tahun lepas.. tahun ni tak pasti berapa. utk tahun ni ttp sampai bulan 7 kalau saya tak silap sebab digunakan utk pilihanraya. dewan ni di bar dr sebarang sewaam 3 month before n after utk simpan kertas undi dll :)

amsyarika87 said...

Salam... ada ke nombor pejabat tanah klang tu??? Saya rancang untuk buat majlis di dewan pejabat tahan klang...