semoga hati ini sentiasa di pihak yang benar :)
ya, saya tau mata tu tak lawa tapi peduli apa, ni blog saya kan bukan blog awak ;D
“Apabila orang yang kamu redha agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi dalam kitab nikah, (no. 1080) daripada Abu Hatim al-Munzi)
CERDIK PANDAI - Lelaki yang berilmu, berkelulusan tinggi bagi menjamin keselamatan, kebahagian, nafkah (kewangan), pengurusan yang baik, melahirkan zuriat yang soleh-solehah serta menjamin kebaikan di akhirat kelak. Oleh itu, bagi memiliki daya kepimpinan yang baik, bakal suami juga perlulah memiliki ilmu yang sewajarnya bagi menjamin keluarga sentiasa dalam keadaan yang aman, harmoni dan bahagia.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya Malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)
BERKEPIMPINAN - sifat kelakian seorang lelaki terserlah melalui kepimpinan (how you approach/ influence people around you) memimpin mengikut syariat Islam
“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
BERKEMAMPUAN - Mampu dari segi kewangan, fizikal dan mental.
“Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))
BERTANGGUNGJAWAB - tidak mementingkan diri sendiri, tidak membiarkan ibu bapa, keluarganya berada dalam kesusahan tetapi dia berada dalam kesenangan. tidak membiarkan wanita nya/ keluarga berada dalam luar keredhaan Allah. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
BERPENDIRIAN TEGUH - tidak mudah terpesong dengan pendapat orang lain tetapi mempunyai your own princple and stick to it.
MATANG - tidak mudah emosi @ down dengan tomahan orang lain. matang dalam membuat keputusan. fikirkan pro n cons lagi 4 5 6 tahun akan datang. mengambil iktibar & mencari jalan penyelesaian dalam apa jua pemersalahan. bertindak mengikut akal bukan mengikut hati. berkongsi pengalaman bersama pasangan kerana ianya juga mematangkan anda dan pasangan. berperilaku seperti seorang yang matang, bukan kebudak budakkan.
BERKETRAMPILAN - cara berpakaian melambangkan personaliti/ sahsiah seseorang. tidak perlu terlalu mewah, cukup lah sekadar bersederhana, bersesuaian dengan tempat, masa. asalkan menutup aura. mustahil jika pasangan anda tidak suka anda kelihatan kemas, bersih dan segak. maka, nak stylo pun boleh (its a bonus!) :))
“Disukai bagi yang ingin menikahkan anak gadisnya agar memilih pemuda yang bagus parasnya. Kerana kaum wanita juga menyukai apa yang disukai oleh kaum lelaki.” (Ahkaamun Nisaa’, hal. 203)
PEMBERSIH - sentiasa menjaga kebersihan zahir dan batinnya (terutama mata dan hati), kebersihan diri, malah kebersihan di sekeliling seperti kereta, bilik dll. (nanti kahwin tak delah bini penat mengemas aje ;D)
SERBA BOLEH - mempunyai skill yang menyerlahkan lagi kelakiannya. seperti bertukang, repair kereta, repair lampu, repair paip dll. (kalau anda pun mahu wanita yang pandai memasak, mengemas dll kan)
MEMBUAT KEPUTUSAN - lelaki merupakan pemimpin, maka jangan sesekali membiarkan pasangan anda membuat keputusan untuk anda. tetapi keputusan anda harus lah dipersetujui bersama mengikut syariat.
TEGAS & MENEPATI JANJI - bersikap tegas dalam setiap keputusan yang dibuat. tegas dalam setiap keputusan dan tegas dalam pengurusan masa dan janji yang telah dibuat juga.
PENYAYANG - wanita memang sifat semulajadinya suka mudah tersentuh. maka jangan berkasar tetapi jaga hati dan perasaannya. jangan sesekali suka 'mengangkat tangan' tanpa sebab yang munasabah. bercakap dengan lunak dan sekali sekala puji lah dia :)
CERIA - kalau tegas memanjang pun tak best jugak kan. macam mana nak sweet2 kalau muka keras aje. so, sentiasa lah tersenyum. sifat lucu itu satu bonus tapi biar lah lucu tapi bertempat.sejuk hati pasangan anda apabila melihat anda tampil ceria. seolah2 anda bahagia bersamanya dan bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.
ROMANTIK - bukan sekadar melalui kata2 tapi lakukan lah sesuatu yang membolehkan wanita anda tersenyum apabila teringatkan anda sebelum dia terlena. buat kejutan merupakan salah satu caranya.
TULEN - bersikap sebagai seorang lelaki. tidak menyerupai perempuan dari segi pakaian, sikap dan naluri.
BERHIKMAH & PEMAAF - Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar batasan sebelum tiba masanya. tidak mengeji wanita di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain dihadapannya. melayani dan menasihati dengan sebaik-baiknya. bersabar dan menerima kelemahan nya dengan hati yang terbuka. bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahannya. sentiasa bawa berbincang. jangan menyimpan dendam.
TIDAK EMOSI - mempunyai jiwa yang kental, tidak mudah tersentuh, merajuk, mengalirkan air mata kerana air mata merupakan perhiasan dan ada kalanya menjadi senjata wanita, apabila lelaki mengalirkan air mata dengan mudah maka nabi pernah bersabda
"sedikit sebanyak dia mengikis sifat kepahlawanan yang Allah kuniakan pada setiap kaum Adam agar mereka berani menyahut seruan shahid fii sabilillah"
MEMPERCAYAI - menganggap kita sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap kita.
dan sebagainya.....
the CONCLUSION is,
Pilihlah yang TERbaik AGAMANYA sebagai priority...
note : so sesiapa yang mahu menyewit2 kakak or adik2 saya, pastikan anda menepati sebanyak mungkin ciri2 diatas, orang yang menyewit saya pun sama. yang paling penting AGAMA MU. kalau dah ada ciri2 tu, buat lah apa patut. :)
end,
salam alaik :))
No comments:
Post a Comment