Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 10, 2010

Hukum bersalam, mencium tangan, menunduk dan bersujud.

Assalamualaikum..

Saya pasti banyak yang musykil dalam bab salam menyalam, cium mencium, peluk memeluk, tunduk menunduk, sujut menyujut dan seangkatan dengannya. Ianya berlaku dalam hidupan seharian kita. Nak tegur tapi susah. Lagi2 nak tegur orang yang tak ada tarbiyyah (pendidikan agama berteras alquran & hadis). So nak share sikit. Hopefully tak berlaku lagi pada masa depan. (its happen during my last raya)

1. HUKUM BERSALAM :

perlu ke bersalaman & berpelukkan?? 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan" Dia menjawab: "Ya." (HR Bukhari) 
Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
  
Dari Athaa' bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersabda: 

"Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (Hadis Mursal riwayat Imam Malik) 
Dari al-Barra"bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w : 
"Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu."? (HR Ibnu Sunni) 
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: 
  
"Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya. tetapi hanya kepada yang mahram baginya seperti bapa, bapa saudara kandung,adik, abang dll (yang sah whuduk baginya jika bersentuhan). Ada juga yang kata "boleh kan kalau salam tapi alas dengan sesuatu yang lain". Tetapi kebanyakkan ulama' tidak bersetuju kerana tiada kepentingan untuk bersalam maka ia perlu dihentikan.

Contohi lah pemimpin Islam yang 'alim (seperti diatas), 
ini sedikit sebanyak mendidik non muslim kita agar menghormati agama Islam.

ok, kalau ada yang kata "macam mana nak elak,, kalau dia (tetamu) dah hulur tangan. takkan tak nak salam. nanti kecil hati pulak" ya tapi,,anda kena tahu bahawa NIAT BAIK TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA. Maka, perlu dielakkan. mungkin anda boleh cakap “maaf tuan/puan, saya ada air sembahyang” (walaupun tak ada wudhu’, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)." ataupun kalau nak direct "owh it's ok, haram hukumnya dalam Islam". Mungkin sebelum bertembung tu, kita boleh buat sedikit persediaan yang mudah seperti  apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam. mustahil tetamu tersebut tak faham niat kita.

2. Hukum mencium tangan ketika bersalam :

Dan, ini yang paling suka saya tekan kan,, memandang sekarang dah menjadi trend cium tangan orang tak perlu. kadang2 kita tak nak pun cium tangan orang tu tapi dia yang tolak tangan dia (ketika salam) ke mulut kita untuk dicium. nak marah pun tak boleh, (serius bengang).
Al-Nawawi mengatakan bahawa :

"dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa, nenek, bapa/ibu saudara kita yang muslim"
maksudnya :  

1. tidak boleh mencium tangan orang alim (SAHAJA) jika dia menghulurkan dgn sombong
2. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah) agar tidak taksub
3. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
4. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
5. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi kerana itu cara bersalam bagi orang Yahudi (trend sekarang di m'sia juga)
6. Orang yang digalakkan dicium tangan adalah ibu bapa, atuk, nenek, ibu/bapa saudara, guru (orang yang perlu baginya). tetapi yang sekufu baginya seperti sepupu, saudara dll tidak dibenarkan mencium tangan agar tidak menjadi suatu kebiasaan.
Imam Nawawi menambah:
7. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar.


                             salam yang BETUL :)                        salam yang SALAH!
Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata:
 
"Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w." 

ini bermakna mereka mencium tangan baginda dengan niat menghormati pemimpin mereka yang adil, 'alim lagi wara'. Dan ini dibenarkan oleh Islam.


3. Hukum membongkokkan/ menundukkan badan : 
Dari Anas r.a., katanya: 
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." (HR al-Tarmizi)

Hadis di atas bermaksud:
1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang (seperti penyembahan)
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari permusafiran.
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.
tunduk seperti ini tidak digalakkan dalam Islam.
 
Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.Tidak digalakkan,, bukan maksudnya haramm tetapi lebih baik jika ditinggalkan kerana semua manusia itu sama darjatnya disisi Allah melainkan pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad saw.


4. Hukum bersujud kepada selain Allah

Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja. Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?
 
Jawapannya : Sujud yang dilakukan oleh para malaikat kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir.Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang wajib dipatuhi.Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan, maka mencium kaki Rasulullah itu tidak jatuh hukum haram. kerana niat umat terdahulu yang menghormati pemimpin yang wara' lagi alim (yang tak wara' & alim tak payah la buat)
 sujud kerana dibuang padang? maka ianya diHARAMkan. melainkan sujud syukur diatas kejayaan gol. itu bermakna dia sujud kepada Allah.
Ada suatu ketika,,


Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam."

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." (HR al-tarmizi)

Hadis di atas menunjukkan : 
1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.
 
 ini lah sebabnya mengapa Islam tidak membenarkan sujud sembarangan agar ISLAM TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN oleh Kafir.
*gmbr ni lakonan yahudi bahawa mereka mampu menundukkan Islam. (??)
Ahli tasir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:  
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah.
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka'bah sebagai arah kiblah kita.
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.
  

"Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf"(Yusof:100)

Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad (kita) di larang bersujud kepada selain dari Allah. 
 sujud seperti ini lah yang kita mahu. sujud kepada 1, RABBUL 'ALAMIN :))
  
wallahua'lam. Ukhwah fillah Abadan abada!
source : bicara muslim.com, iluvislam.com, al-ahkam.net, http://www.salamcyber.com dll

No comments: