salam jumaat semua :)
harini tak tidur pagi. hamdallah (konon2 pintu rezeki dibuka) padahal... haha (jangan gelakkan lagi!)
alkisahnya begini, harini ada qiammulail perdana dekat masjid al-Azhar KUIS. surely aku pun kena pergi (lillahitaala) insyaAllah. then lepas solat subuh, aku rasa macam terbangggg. haha. di pertengahan kuliah subuh, aku pun bangun duduk kat belakang. konon2 kaki lenguh n i need fresh air. haha, then tertidur. cuba teka aku terlelap sampai pukul berapa?? haha... sumpah malu gila...................... aku terbaring kat sudut masjid sambil memakai telekung (alhamdulillah sejuk perut. ahaks!) mana tak lelap lama, masjid tu dah la sejuk,, dapat plak aku pakai telekung ala2 selimut dr kaki sampai kepala sambil tidur, rasa suam2 kuku.. maka tidur pun nyenyak la. haha. dah terbangun tu, cuak gila.....cz aku takut dah ramai org dekat masjid cz jumaat ada usrah n surely masjid akan penuh macam sardin. tak kan nak mengharungi org yg ramai tu. tambahan, aku ada kelas arab pukul 10. then tercarik2 lah jam utk tengok time tu pukul berapa. tp tak ada jam dekat tempat solat perempuan, then tengok kat jam sorg ukhti ni. rupa2nya dah pukul 8.45 pagi! fuhhhh sambil usap dada. tapi still lambat ok! cuak babe,, cuak...haha. masa tu marah lah jugak dekat diri sendiri, "kau ni aisyah, org lalu lalang keluar dr masjid lepas kuliah subuh tak kan aku tak sedar! tidur mati betul! haa kan dah padan muka!" nak buat cemana, aku memang susah nak bangun (teringat zaman sekolah dulu bibik kejut g sek guna spray iron baju) itu lah bukti aku memang susah nak bangun, nak bangun sendiri memang jarang sekali, apa tah lagi orang kejut kan. kena tahu cara. haha, maka jam loceng/ alarm hp menjadi temapt bergantung utk bangun subuh :)
tu pun terbangun sebab nak pergi toilet. mujur tandas panggil aku, klu tak,, aku rasa BADAR masjid yang kejut aku sebab aku amik ruang usrah org. haha. tq tandas! then tanpa membuang masa, apa lagi, lari lah balik bilik. haaaaaa ni lagi memalukan. punya lah malu nak jalan balik bilik, aku bedal, jalan jelah.. pandang bawah je dari masjid sampai parcel 9 (tawadho'! haha) nak tau kenapa ak malu sgt?? sebab aku tak bawa tudung, mmg aku pakai telekung dr bilik ke masjid. so pakai la telekung dr masjid smpi bilik (macam makcik balik tarawih ok) then, tak pakai proper baju. aku pakai baju kaftan or baju tidur aku. kan dah pukul 8 lbh, ramai yang jalan lalu laluan masjid tu utk g klas dan aku pulak dengan telekung n baju tidur nak balik bilik. wahhhh nak nangis aku dibuatnya. haha. malu tak keruan. tu yg pandang bawah je. mesti dorg kata "lama dila budak ni qiam sampai pkul 8! buat solat dhuha, tahyatul masjid sekali ni kot" haha.
tapi apa2 pun syukur sangat coz pagi nak gerak g qiam, tergerak hati utk pakai kain dalam,, kalau tak pakai... mmg aku taknak balik.. rela aku duduk masjid tu sampai malam! nak buat camne,, jarang kot. muslimin lalu lalang msti nampak tiang KLCC (kaki) aku tu nnti. nak call member minta tlg bawakan jubah n tudung. tapi hp tak bawak.. well kte nak g beribadah tak payah bwk benda2 duniawi. seruan Allah lebih penting. ecece. tapi hamdallah aku berjaya sampai ke bilik sekarang ni. terus segar bugar cz kejadian ni. tak henti2 gelakkan diri sedniri. selalu gelakkan org je. haha. tak jadi aku nak sambung tidur. i tell you, kat sni sejukk. maybe kiri kanan hutan yg belum diterokai. so bila sejuk tidur lah jawapan terbaik. haha.
ok, ada class arab jap lagi,
salam..
OK DAH BOLEH GELAKKAN PUAS2 -.-'
No comments:
Post a Comment