Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

Perubahan tanpa sempadan

salam alaik. kaifa hal?


                 Alhamdulillah, summal hamdulillah summal hamdulillah saya mendapati ada segelintir dalam kalangan rakan2, anak2 usrah saya yang saya boleh katakan hampir dan telah hanyut dek arus semasa dek kerang kurang fikrah kini mendahagakan ilmu Islami dalam mencari Mardhotillah. setelah dipujuk, ditarbiyyah. alhamdulillah,, sejuk sangat rasanya. syabas saya ucapkan! *anda tahu anda siapa* anda patut bersyukur bukannya malu untuk rujuk kepada saya (ya saya akui saya bukanlah orang yang selayaknya untuk diajukan persoalan tersebut tapi saya akan bantu semampu yang boleh) sebaiknya rujuk lah individu yang lebih 'arif, 'alim dan wara'. sejujurnya saya excited. sangat2 excited! rasa kembali bersemangat untuk meneruskan syiar Islam. ada yang tanya kepada saya "syarah, aku nak berubah. macam mana ni? tapi aku malu! parent aku tak support pun. pakwe aku pun sama. tapi aku tak break blablabla". InsyaAllah post kali ni, saya nak share sedikit. hopefully dapat bantu antunna yang mendahagakan bimbingan.

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)


Tips untuk berubah/ transform : 5H's

HATI - kena ada pendirian untuk berubah. berpegang kepada pendirian tersebut. jangan hangat2 tahi ayam! jangan muda berputus asa dengan kata2 orang luar. hati kena cekal untuk tepis.

HAMPIRI - hampiri orang yang positif (slowly kita akan jadi seorang yang positif juga), orang yang berakademik, orang yang 'alim, wara' yang boleh dijadikan rujukan, orang yang soleh, berakhlaq mulia dan yang boleh membimbing kita kepada jalanNya.

HINDARI - hindari orang yang negatif dari segi akhlaq, akademik, fesyen dll. hindari orang yang boleh tarik kita semula ke dalam kancah kemaksiatan! hindari buat sementara sehingga diri kita bersedia utk berhadapan dgn masyarakat

HAJAT - kena ada matlamat yang hendak dicapai. kejar selagi belum cukup/ puas. jadikan hajat itu sebagai beban dalam diri untuk kita terus berdisiplin. contohnya bernazar. sedikit sebanyak memberi kita encourage untuk berubah.

HIJRAH - bersedia untuk berhijrah untuk mencari bia'ah yang solehah. ini yang paling penting! yang menjadi masalah sekarang. anda nak berubah tapi masih berada dalam bi'ah yang tidak membawa kita ke redha Allah. bukan tak boleh nak berubah tapi dalam kondisi anda yang masih terumbang ambing, berada dalam bia'ah yang sama (biah yang kurang memberi kesan positif) menyukarkan anda untuk bermujahadah & istiqamah (melawan nafsu & maintain)

insyaAllah ini lah caranya, cuba anda lakukan. ikhlaskan niat. jangan main2. insyaAllah anda akan nampak hasilnya. Allah membantu hambanya yang mancari redhaNya


“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)


No comments: