Sunday, October 21, 2012

Make over hubby =)

Assalamualaikum WBT..

Harini saya nak share one of the excited feeling sebegai seorang isteri.. Saya rasa isteri je yang mampu & layak untuk lakukannya. Dan ianya tanggungjawab isteri selain jaga zahir batin, makan suami dll. Iaitu jaga pakai nya. Ini bukan kerja mudah honestly. Lagi2 kalau dapat suami yang itu tak nak, ini tak nak. Pendek kata cerewet. Kalau setakat gepren saya rasa tak perlu gelabah nak make over buaya pren. Orang luar tengok pun macam geli pulak tengok kan? Tunggu halal, nak 'make it over' pun volehhhhh? Heee

Basically my husband ni sangat sangat sangat sangat simple.Can u imagine, masa mula - mula kahwin, masa saya bawa baju pergi rumah dia (bertandang), baju saya lagi banyak dari baju dia dalam wardrobe. Baju kerja dia ada dalam 8 helai sahaja which is dia rotate je every week, seluar kerja ada dalam 4 helai (tolak yang dah tak muat pinggang. LOL). Baju jalan pun sama, geram tengok. Tapi Abi (my dad) kata, nemind. Orang laki tak payah particular sangat. grrrr

1 week lepas kahwin terus saya curi - curi pergi Shopping Mall (i informed him tapi tak cakap la beli apa. haha), i bought for him 4 helai baju kerja yang looks more nead & presentable, belikan stokin, tie, belt, everything head to toe! I bought a lot! rasanya sepanjang hayat, itu lah $$$$$ shopping yang paling tinggi pernah saya keluarkan ketika shopping. Thanks to MARA. LOL. If u asked my mom, saya ni jenis yang sangat saving. Jarang utk lihat saya membazir. Tapi lain pula bila dah jadi isteri orang. Mungkin sebab tak tahan tengok hubby rotate baju. It doesnt mean my hubby tak handsome. I just want him to look more presentable. Saya tak pentingkan jenama mahupun harga. Yang penting berkualiti, selesa, kemas, design dia cantik & segak dimata isteri :) oleh kerana hubby lebih suka kemeja plain (selalu ada meeting. lebih presentable katanya). so, im looking for it

Found this kemeja at Aeon. Love the colour! My heart was like "mesti beli 1 utk hubby"!
Unluckily no size *frust*

My husband bukan macam my two brothers yang particular on their outfit & muka. Hubby tak ada facial cleanser, lotion dll pun. Tapi yang pelik muka dia bersih. Tak oily & tak ada jerawat langsung. "kuasa wudhuk" katanya. My hubby cuma ada minyak rambut & perfume (alhamdulillah ada juga alat pendandan. kui3). Tapi apa2 pun alhamdulillah dia still jaga kebersihan. Tak ada bau badan. Itu yang paling penting! So far, tak pernah lah balik kerja tak mandi. Hee. So, Im the biggest fan of his ketiak. Im telling u frankly! Saya rasa semua isteri macam tu. Klu refer kajian, ketiak suami boleh buat isteri tidur lena. Personally i agreed! =p

Found this at Aeon too. Suka yang kiri tu sebab Im looking for baju yang warna hubby tak ada.
Again no size *tabahkan hati*

oleh kerana masa zaman muda - muda aka zaman anak dara saya dulu dah terbiasa siapkan attire abi (my dad), so regim itu dibawa sampai ke kahwin. Saya yang mix & match kan baju husband. Kalau ikut hubby, dia pakai sauk je mana ada. So, saya yang akan prepare everything. Tak kira lah baju kerja or baju jalan or baju duduk rumah or baju tidur. Biar sedap mata memandang. Biar nampak lah gaya ada orang jaga. Tak nak lah, before & after kahwin sama je. Yang best nya, hubby saya ni cool, dia pasrah dimake over kan. Good enough isn't? Cool~ hehe

Kalau kemeja yang stripe, saya suka design mcm ni ^_^

Kadang - kadang taste saya toooo young katanya. Ayat standard "I dah tua lah sayang. Itu utk org muda mudi". Sampai kena paksa pakai baru dia pakai. Dah nama pun kerja dekat company 'Earns & Young'. Harus lah nampak young kan? haha. Tu belum tengok selipar dia lagi. semua occasion sama je selipar je. Isteri yang melihat pasrah habis. Bukan tak ada kasut, ada je.. semua dia simpan. Bila kena paksa & buat muka separa bayi (tolong jangan bayangkan. haha) baru dia pakai.. Kasut kerja yang lawa (kasut beli utk kahwin), sayang nak pakai pergi kerja katanya. Pakai juga kasut yang lama, yang cantik semua simpan dalam bonet kereta. Apa pun tak boleh~  =p

Im planning to buy this shoe for him. Sesuai utk pergi wedd & jalan2. Sesuai jugak pakai kalau ada job photoshoot. Boleh pakai walau dimana jua. Yang penting senang nak pakai - cabut. Tapi nak cari yang leather supaya long lasting. any idea? Brand polo ni material PU je tapi harga macam kasut leather. Saya pengguna yang bijak. mahap Polo! *tu tangan my youngest sister, nak juga interframe*

Dari mula kahwin, mission saya adalah untuk menghandsomekan suami saya. Even dia selalu cakap "Mak cakap I dah cukup hensem dah sayang" sambil naik2 kening dia. oleh kerana itu, setiap kali shopping, saya mesti belikan dia apa - apa. Sebab rasa tak adil, beli baju utk diri sendiri tapi tak belikan utk suami sekali. Kalau dulu single boleh lah fikir diri sendiri je kan. Itu lah indahnya jadi seorang isteri. Semua fikir berdua. The effect of two :)

So, semalam puas shopping ini hasil rembatan untuk suami tercinta. In love with ala - ala Burberry print kemeja (kanan). Boleh match dengan my Burberry maxi dress too! Yang kiri tu saje beli sebab hubby tak ada kemeja long sleeve purple untuk jalan - jalan & boleh match with my purple maxi dresses too! :)

Perkara utama kalau saya nak belikan baju untuk suami :
1. Kalau baju kerja, warna dia mesti menarik match dengan seluar kerja. Warna tak striking sangat
2. Baju yang design & warna yang hubby tak pernah ada. Supaya koleksi baju lebih bervariasi
3. Kalau baju jalan, saya akan pilih design & warna yang boleh match dengan baju2 jalan saya (sedondon itu wajib!)
4. Size pula saya akan pilih yang ngam2 which is 15 1/2 (M size). Tapi moto saya "biar terkecik, jangan terbesar" Kalau terkecik, dah alang2 boleh kecikkan badan sekali. LOL!
5. prefer cutting 'slim fit' usually brand SEED/ PDI/ Suave. Brand yang cutting biasa kena beli yang 1 size kecik baru fit & tak gelebeh
6. untuk seluar, prefer yang tak gelebeh dekat punggung. I dont know the specific name


next nak cari kemeja bunga macam ni plak utk hubby. Handsomekan?
Tapi confirm kena buat muka sedih + gadugh sikit dulu baru hubby pakai baju ni. haha!

Walau apa2 pun, biar pun saya tak dikurniakan seorang suami yang kaki fashion, yang paling penting saya dikurniakan suami yang kaki masjid. Alhamdulillah. Good enough for me. Yang lain bisa diberesin ya ibuk ibuk. Ni bukan nak puji/ riak ke apa. It comes from the bottom of my heart. IM LUCKY TO HAVE A IMAM who are always hold my hand to Jannah insyaAllah. Make over suami pun dapat pahala akhirat kan? Alhamdulillah. Heeeee :')

InsyaAllah that's it for today. See u in the next entries.

Jazakillah :)

1 comment:

sheera aya said...

untung suami dpt make over cmtu :)

btw,aya dah follow blog sis.
follow bloy aya ye. thank you :)

http://sheeraya.blogspot.com/