Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 17, 2013

Supplement di sepanjang kehamilan

Salam alaik..

Setelah lama menyepi.. Akhirnya muncul juga di blog ni. So just straight to the point. I would like to share suppliment that I took for my pregnancy until now.. Diingatkan semua ubat yang saya ambil ni atas saranan doktor. Tiada suppliment suka2 hati diambil seperti shaklee or herbalife bagai. Since ummi & mak mertua dua2 tak syorkan. Saya menurut perintah ;D

For the 1st trimester (6 weeks -12 weeks) :



Saya cuma ambil ACID FOLIC. Ubat ni dapat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Bandar Seri Putra. Since saya buat monthly check up di 2 tempat which is private & government, saya ambil semua pendapat & saranan ubat yang doktor beri. Folic Acid ni dekat hosp private pun saya dapat ubat ni juga cuma kena bayar ; D Ubat yang dapat sebijik pendek kata sama. So, better ambil yg free je kan, so tak payah ambil dekat hosp private. Hihi. 

Basically acid folic ni elok untuk pertumbuhan rangka otak/ tengkorak bayi. Bagus untuk menggalakkan pembentukkan sel darah merah & darah putih which is good & important for fetus. Dan ianya juga bagus untuk sesiapa yang mahukan zuriat/ merancang untuk dapat anak. Seeloknya ambil 3 bulan awal (it helps u to get pregnant insyaAllah). Banyak lagi kebaikan acid folic. Antara keburukkannya pula menurut my Gynae ialah kita mudah terdedah kepada anemia dan bahan buangan kita akan menjadi extra hitam (so jangan cuak, just take a lot of plain water n fruits). 

Untuk selanjutnya boleh refer disini Pro & Cons Folic Acid

For the 2nd trimester (13 weeks - 24 weeks) : 



Saya stop makan acid folic dan start ambil OBIMIN given by klinik kerajaan (again sebab free & sama je dengan ubat yg private) Biji nya berwarna pink kemerahan & agak besar untuk ditelan. Bila kandungan dah besar, ibu2 digalakkan amik obimin sebab bila baby  makin besar zat yang diperlukan juga bertambah. So asid folic sahaja tak mencukupi untuk tumbesaran kandungan kita. Obimin mengandungi Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper & Iodine. 

My Gynae said Obimin ni dah complete cover all the nutrients need by mummy & baby. So, dia sangat marah bila saya tanya "am I suppose to consume herbalife or shaklee or even amway's vitamin or calcium magnesium?".. hihi. She said, kandungan suppliment orang biasa dengan pregnant woman slighly higher So, jangan simply ambil. Takut overdose & itu juga menyumbang kepada baby terlalu besar (overweight), mak nya pun boleh overweight dan takut access vitamin tu just keep dalam badan tanpa fungsi. Dan diingatkan mitos yg mengatakan makan Obimin ni boleh buat baby besar adalah salah tambahnya lagi. 



Neurogain ni pula disyorkan oleh pakar saya Private hosp which is Hosp Bersalin Umra Shah Alam. Rupa dia macam minyak ikan, saiz molek2 je. Tak sebesar Obimin. Basically ianya bagus untuk ibu mengandung & juga ibu yang menyusukan anak. Ianya elok diambil selepas makan untuk penyerapan yang lebih berkesan. Ia didapati dalam kapsul sayur-sayuran yang dibuat di Jerman (bukan dari sumber babi & adik beradiknya). Neurogain PB mengandungi DHA yang tinggi, EPA rendah dengan AA dan OA untuk membantu wanita hamil dan payudara-makan memenuhi pra & pre bersalin keperluan pemakanan asid lemak yg penting. Dan yang paling penting ianya bukan dalam kategori dadah. So, it's really recommanded :)

For the 3rd trimester (25 weeks until now 28 weeks) :

Saya masih kekalkan apa yang saya makan masa 2nd trimester. cuma kali ini saya tambah dengan makan kurma, kismis, anggur hitam & sengkuang sebab bagus untuk otak bayi disamping bagi tenaga pantas & boleh elakkan bayi dari kena demam kuning.

Sepanjang pregnancy memang saya makan banyak giler buah. Almost everyday saya akan ambil buah. Sebelum masuk kelas pun saya akan mengunyah buah. Classmates semua dah faham. hehe. Tak kira lah jambu ke, anggur ke, tembikai ke, mangga ke, pisang ke. Semua buah saya makan sebab boleh hilangkan loya & meningkatkan selera makan. Seminggu sekali or berkali2 saya akan makan rojak buah & rojak petis (sengkuang timun). I love veges! Kalau baby tak sihat jugak, tak tau nak cakap apa.. hihi.. dan mcm biasa saya tak berapa laju makan nasi. kadang2 sampai mak mertua pujuk2 supaya makan nasi ;'(


Lagi 1,doktor suggestkan pengambilan susu sejak dari awal kehamilan. tapi, to be honest, saya memang tak boleh telan susu :"( i tried so many times. Kembang tekak. I told my Gynae then she said i can shift to yogurt. So, saya memang rajin makan yogurt walaupun khasiat susu tak sebanyak khasiat yogurt. Tak ape lah, atleast ada khasiat nya. 

so, thats all for my sharing tentang makan suppliment sepanjang kandungan berusia 6 weeks sampai sekarang 28 weeks :)

jazakillah 

No comments: