1st day tu macam biasa, lepak2 dalam bilik menghilangkan cramp di punggung akibat terlalu lama di dalam kereta (makcik dah tua nakkk, sengal sane sini ;D). then pusing kiri, pusing kanan, tengok line clear tak then bawa anis pergi swim (kalau ada budak2 ofis abi, malas nak turun, nanti kena temu ramah). just temankan anis swim je sambil duduk kat tepi pool sambil mendengar Kenny G dan baca Reader Digest *kalau duduk bodoh2 je, nanti umi membebel. but then ianya bagus untuk kita jugak :))
Tengah duduk2 tetiba abi datang, huhu. "syah, dah makan belum? dah waktu lunch ni, umi mana?" aku jawab "umi kat atas, nemind kitorang nak tunggu cafe tu lekang tanpa sorang pun workers abi. we need privacy! sambil tersengih2" then abi kata "awak lambat nanti habis lah makanan tu" then abi snap my pic and walked to cafe.
im not ready yet abi dah snap, cesss. tengok tu dah tak cun! *perasan!*
dinner time :)
lepak tepi pool lepas dinner tunggu abi habis taklimat dengan worker.
2nd day baru best. maybe sebab dah nak balik kot. huhu. pagi tu lepas subuh terus pergi pantai. wuuu sunrise lah konon *banyak couple tengah honeymoon time tu, sweet kot! eee dengki nya tengok* then leh kerana semua nya free di sini under nama company lah (jangan tertipu) maka guna lah peluang dengan sebaik nya. 1st main kayak. wuuu serius dah lama tak main kayak. last main kayak masa kat hira' kot (ok fine memang rindu kat hira') then dah puas sampai abang tu kata "mujur harini semua orang serbu swimming pool, awak boleh main puas2" haha. then lepas tu, pergi memanah (sedih gila i lost all my skill. susah nya nak attack! padahal dulu atlet memanah siap belajar memanah lagi, ok dah boleh malu dah) maybe sebab bow dia berat sangat kot. then tak pakai kasut. susah nak aim. tambahan, ramai orang time tu, malu orang dok tengok. then lepas dah puas, lama2 baru kena pada sasar. degil betul arrow ni (arrow jugak dipersalahkan, haha). sorry tak ada pic sebab camera dengan abi.
Dah puas2 main, balik bilik then ambil swimming suit anis, then bawak dia pergi swimming. Alkisah, penemuan kanak2 yang sangat comel! jatuh jantung aku, tak boleh kutip dah. hehe. mula2 nampak budah kecik ni, kecik sangat tapi tak takut air, nama dia umar. huu dia asyik panggil "jom simming pool" dengan pelat2 comel. eeee comelnya. then aku cakaplah "tak nak nanti basah" padahal darurat, hehe. pastu tak tahan. nak jugak pegang dia. then dia ajak snap pic. dia suka pose (parent dia photographer kot. lens panjang gila gaban!) no doubt la dia suka pose :) lepas tu mak si umar ni turun ke swimming pool dengan seorang bayi di dakapannya. mak dia tinggalkan je baby tu kat kerusi pool then apa lagi, grab lah budak tu apa lagi. hehe. nama dia Adam. cakap2 lah dengan dia "baru mandi ye? wangi nye bau dia, bau minyak yu yee. nak angkat boleh? nape tembam sangat ni? geram untie tengok!" then baby adam sengih2 je. dia agah balik. then mak dia datang. mak dia kata "adam tengah belajar nak cakap, membebel je keje dia" dalam hati berkata "masyaAllah lawanya ciptaan Allah. nak macam ni jugek! cewahh ehem2" :)) then baby adam nak susu, so tinggalkan lah dia pergi menyusu badan. then datang budak 'sihat' kat sebelah kerusi tempat aku landing. dah tau dah ni kakak baby tadi. huhu. so tanya lah "hai lawa, nama apa?" the dia jawab "aishah or nama glamour ecah" haha. cehh tak boleh blaaa nak nama glamour! then aku cepat2 "eh gimme 5! nama untie aisyah jugak tapi bukan ecah, tak glamour nyahhh" then she laughted like hell. haha. then tengok semakin banyak budak melayu kat pool ni. then duduk kat tepi je. tetiba umar pergi campak goggle kat tempat dalam dan dia paksa aku masuk dan ambilkan goggle tu. dalam hati "eeew pandai budak ni mempermainkan aku" then masuk jela. kaki jelah yang basah. then umar kate "macehh" wuuuu caer aku weyhhh.
with lovely 2 years old UMAR :)
*jom ikut untie balik jom.
with cutie 3 month ADAM :)
OK COP NAK BABY COMEL & CERDIK MACAM DIA! :)))
with 4 years old AISHAH 'sihat'
*look at her tummy,nyumm sedap!
anis said "nak adik macam umar! cute."
atah said "pergi cakap dekat umi. HAHA"
umi said "cakap kat atah, pergi cari calon yang soleh2, kahwin then bagi anis anak saudara yang comel, umi pun nak!"
atah said "eeeeuuu ape ni? saba2 lek dlu"
with 2 years old ASILAH.
swimming suit dia comel! bagus kecik2 dah menutup aurat :)
orang suruh peace tapi dia pergi buat thumbs up. haha. comelnya lahai.
kenangan terakhir dengan budak2 ni.
dari belakang : asilah's siblings and amoi :)
dari depan : aishah, umar, anis, diyana, luqman,
rasa tak nak balik! uwaaaa -.-,
macam biasa lah kalau nampak MINI CLUBMAN or COOPER, abi mesti nak pose :)
moral of the story is,
"anak itu kurniaan Allah yang tiada tolak bandingnya, ada hikmah disebalik ciptaan Allah. anak lah yang menjadi penyejuk mata tatkala kita resah. anak juga lah yang akan meneruskan perjuangan, dakwah Islami kita (insyaAllah) malah akan mendoakan kita tatkala kita 'kesunyian' di alam sana. maka TARBIYYAH LAH DENGAN ILMU ISLAMI dan JANGAN LAH BUANG ANAK :)"
moral of the story is,
"anak itu kurniaan Allah yang tiada tolak bandingnya, ada hikmah disebalik ciptaan Allah. anak lah yang menjadi penyejuk mata tatkala kita resah. anak juga lah yang akan meneruskan perjuangan, dakwah Islami kita (insyaAllah) malah akan mendoakan kita tatkala kita 'kesunyian' di alam sana. maka TARBIYYAH LAH DENGAN ILMU ISLAMI dan JANGAN LAH BUANG ANAK :)"
semoga kita bertemu lagi ya adik2 comel :)
the end,
salam alaik
1 comment:
kite sokong cadangan makcu! hehe. nek pun tak saba! hahahaha
Post a Comment