Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 27, 2011

ketuk2 dapur~

salam alaik.

Harini macam rasa nak makan ssesuatu yang ringan. Yang pasti selain daripada nasi sebab dah bosan makan nasi. Dan untuk makluman anda, saya paling kurang gemar makan nasi sejak dua menjak pakai gigi besi. Sampai ada yang kata saya diet lah apa lah, terutamanya Abie saya. Jadi, harini saya plan nak masak Soto sebab I LOVE SOUP! tapi Abie pulak tak suka, jadi terpaksa lah saya masak..

Bihun Goreng Udang Basah + Jeruk Lada Hijau

Masak bihun ni senang je. Abie, Anis dan Aiman semua suka walaupun saya tahu kurang mengenyangkan tapi harini biar lah ikut citarasa saya pula. Perutku juga perlu dibelai kan.. hihi. Yang paling best makan bihun ni, makan dengan chopstick :) *itu merupakan trademark keluarga saya. 

Malam ni saya nak masak Sup Sayur Cendawan :)


sekian sahaja. jazakillah

2 comments:

irini said...

nampaknya enak sis :)
bole bagi resep tak ;)
mau belajar masak buat hubby juga

Syarah said...

bahan2 :
1 bungkus bihun (direndam dalam air biasa)
3 sudu cili blend
5 sudu bawang merah blend
3 biji bawang putih blend/ diketuk
ayam/ udang/ sotong (kuantiti mengikut citarasa)
sayur sawi/ tauge (mengikut citarasa juga)
sedikit belacan & taucu

Cara2 :
tumis bahan2 yang diblend sampai garing (cili+ bawang merah + bawang putih. kemudian tambah air, masukkan udang/ ayam (biar didih dalam 3 minit, jangan lama sangat. nanti liat/ keras). letak sedikit belacan, taucu, sedikit garam dan gula (utk stabilkan rasa masin manis) kemudian masukkan bihun yang telah lembut direndam. gaul sehingga separuh lembut, kemudian masukkan sayur. gaul lagi sampai bihun lembut. jangan gaul terlalu lama (takut sayur terlalu lembut). hidangkan bersama jeruk lada hijau. insyaAllah, selamat mencuba :)