Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, October 18, 2012

Carbonara Asli

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat merasakan nikmat tidur di rumah sendiri. Golek - golek di katil sendiri. Malam hari tidur ditemani adik bongsu. Pagi - pagi prepare breakfast dan air kopi super power untuk ayahanda tercinta + tergarang sebelum dia pergi kerja. Sedikit sebanyak mengimbau nostalgia zaman anak dara. Ecewah. Nway pagi tadi masa siapkan breakfast untuk abi (which means my ayah), he asked me "ehh badan awak dah naik kan? ada 'apa - apa' ke?" Me just smiling like nangka busuk ^_^ Rasa pelik bila ayah sendiri tanya macam tu dekat anak sendiri.. hee

Ok, itu introduction, back to the topic which is carbonara. Since kahwin ni, dah jarang masak makanan yang sedap ditekak. This is because my hubby loves nasi so much! Bak kata my mother in law "Aem kalau tak makan nasi, boleh mati". So, nak tak nak makan juga lah nasi. Dan kebetulan dekat rumah mertua tu pun bapa mertua memang suka makan nasi. They don't eat ayam. Most of the time makan ikan. *sobs* sepanjang dekat sana, i missed my own cook, which is my favourite food. contohnya Soto, speghetti, nasi ayam, laksa.

Hubby selalu kata, kalau mengidam, masak jelah dekat dapur rumah MIL tu. Tapi honestly saya tak berapa selesa, dah biasa dengan kitchen sendiri. Lagipun rumah MIL, bukan rumah kita sendiri. Maybe tak biasa lagi sebab masih dalam fasa awal perkahwinan. Nanti dah lama - lama insyaAllah biasa.. Time macam - macam boleh masak ikut selera sendiri. Bukan apa, saya tak berapa suka makan nasi. Takut gemuk tu pun ya jugak tapi yang paling utama memang kalau tengok nasi memang automatik loya tekak. Korang pernah rasa tak? huhu

Memandangkan kembali 'bujang', ambil kesempatan ini untuk masak something perut ni nak makan. Saya ni jenis yang bila masak, saya akan guna bahan yang ada dekat dapur. Bak kata chef Wan, just mix n match. Actually since standard 5 lagi my mom dah ajar memasak. she used to say "cuba bayangkan masa masak tu kita dalam keadaan kesusahan/ miskin, tak payah ikut resepi sgt". huhu. Belek  punya belek dapur.. Almaklumlah dah jarang balik rumah sampai gula garam pun lupa letak dekat mana. haha. cz duduk rumah mertua, dapur rumah sendiri dah jarang sentuh melainkan weekend.

So, dengan itu saya decide untuk masak Carbonara. Tapi carbonara saya ni tak guna Prego. Ini yang asli punya. Tengok banyak betul spaghetti dalam cabinet, kalau tak masak harini memang confirm lama - lama masuk plastik hitam. I asked my maid to rebus the spaghetti & letak sikit minyak untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Kuah dia saya yang masak sendiri. My family and I don't really like maid's cooking. Dari dulu lagi kalau bukan saya yang masak, umi yang akan masak.. So, setelah lebih kurang 15 minit bertungkus lumus dekat dapur, Makanya, ini lah hasil nya =)

Maafkan saya, ini hasil hp cap ayam >,< Malas nak shoot beriya guna DSLR hubby

Ramuannya :
1 paket Speghetti (cukup untuk 1 family mkn)
Isi Ayam - dipotong kecil (guna daging cincang pun boleh)
5 biji bawang putih - dicincang halus
1 1/2 biji bawang merah - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - potong halus - halus (i love it, tu yang guna banyak)
1/3 buku mentega - untuk menumis bawang
3/4 kotak susu segar (kotak yg besar tu ya)
6 keping cheddar cheese (guna cheese ori lagi sedap. guna 1/2 cwn shj. yumm!)
arigano - campak2 ikut sedap tekak
garam secukup rasa

Terhasil lah ini :)

Im telling seriously it's super delicious! Dia punya lemak sebijik macam masak guna prego. Ni bukan sebab diri sendiri yang masak tapi....

ini buktinya :)

ini jadinya bila my lil sister balik sekolah. Masuk rumah, dia bau sedap.. terus campak beg & pergi dapur. Ada rasa terharu disitu.. ahaks! By the way, let me tell u something, I used to prepare food for my family since primary school. Even untuk open house pun saya yang masak. Umi just order "ok aisyah kita masak ni, masak tu" Bila tengok orang selera makan masakan kita tu, automatik kita yang lapar ni jadi kenyang.. Kalau dulu, ada aiman & ali which is my adiks lelaki yang kuat makan tukang menghabiskan makanan.. sekarang tinggal anis (the one in the picture) sahaja yang jadi tukang rasa, tukang habiskan makanan. The conclusion is, harini makan sikit sebab kenyang tengok orang berselera makan masakan kita.

ok, sekian sahaja update untuk hari ini. bagi anak - anak dara diluar sana. Selamat mencuba. Yang tak pernah masuk dapur, masuk - masuk kan lah ya. Rugi & malu sangat kalau orang perempuan kalau tak reti masak. Yang simple pun jadi lah. Air tangan isteri pengikat kasih suami. Heeeee.. Till we meet again..

Jazakillah =)

6 comments:

ark said...

nakkkkk jugakkkkk

Syarah said...

come fast syg then only i can cook this for u. I suap sekali. only for u ;*)

ark said...

sdpppppp.nakkk gak

Syarah said...

errr ni dh knpe? haha. blk nnti i mskkn ya syg

Aina Adam said...

Salam.. hye..
Thanks sebab share resepi.
Saya dah try buat untuk buka puasa harituh..
Tapi kering lah.. suami suka yang berkuah..
Macam mana sis buat ye? Nampak macam berkuah tu. Menyelerakan sungguh!

Unknown said...

Assalamualaikum kak... die berkuahh sebb dieee letakk susu dengan kuantiti yang banyak jeeee... 😊😊😊😊