Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Air tangan. Show all posts
Showing posts with label Air tangan. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Carbonara Asli

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat merasakan nikmat tidur di rumah sendiri. Golek - golek di katil sendiri. Malam hari tidur ditemani adik bongsu. Pagi - pagi prepare breakfast dan air kopi super power untuk ayahanda tercinta + tergarang sebelum dia pergi kerja. Sedikit sebanyak mengimbau nostalgia zaman anak dara. Ecewah. Nway pagi tadi masa siapkan breakfast untuk abi (which means my ayah), he asked me "ehh badan awak dah naik kan? ada 'apa - apa' ke?" Me just smiling like nangka busuk ^_^ Rasa pelik bila ayah sendiri tanya macam tu dekat anak sendiri.. hee

Ok, itu introduction, back to the topic which is carbonara. Since kahwin ni, dah jarang masak makanan yang sedap ditekak. This is because my hubby loves nasi so much! Bak kata my mother in law "Aem kalau tak makan nasi, boleh mati". So, nak tak nak makan juga lah nasi. Dan kebetulan dekat rumah mertua tu pun bapa mertua memang suka makan nasi. They don't eat ayam. Most of the time makan ikan. *sobs* sepanjang dekat sana, i missed my own cook, which is my favourite food. contohnya Soto, speghetti, nasi ayam, laksa.

Hubby selalu kata, kalau mengidam, masak jelah dekat dapur rumah MIL tu. Tapi honestly saya tak berapa selesa, dah biasa dengan kitchen sendiri. Lagipun rumah MIL, bukan rumah kita sendiri. Maybe tak biasa lagi sebab masih dalam fasa awal perkahwinan. Nanti dah lama - lama insyaAllah biasa.. Time macam - macam boleh masak ikut selera sendiri. Bukan apa, saya tak berapa suka makan nasi. Takut gemuk tu pun ya jugak tapi yang paling utama memang kalau tengok nasi memang automatik loya tekak. Korang pernah rasa tak? huhu

Memandangkan kembali 'bujang', ambil kesempatan ini untuk masak something perut ni nak makan. Saya ni jenis yang bila masak, saya akan guna bahan yang ada dekat dapur. Bak kata chef Wan, just mix n match. Actually since standard 5 lagi my mom dah ajar memasak. she used to say "cuba bayangkan masa masak tu kita dalam keadaan kesusahan/ miskin, tak payah ikut resepi sgt". huhu. Belek  punya belek dapur.. Almaklumlah dah jarang balik rumah sampai gula garam pun lupa letak dekat mana. haha. cz duduk rumah mertua, dapur rumah sendiri dah jarang sentuh melainkan weekend.

So, dengan itu saya decide untuk masak Carbonara. Tapi carbonara saya ni tak guna Prego. Ini yang asli punya. Tengok banyak betul spaghetti dalam cabinet, kalau tak masak harini memang confirm lama - lama masuk plastik hitam. I asked my maid to rebus the spaghetti & letak sikit minyak untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Kuah dia saya yang masak sendiri. My family and I don't really like maid's cooking. Dari dulu lagi kalau bukan saya yang masak, umi yang akan masak.. So, setelah lebih kurang 15 minit bertungkus lumus dekat dapur, Makanya, ini lah hasil nya =)

Maafkan saya, ini hasil hp cap ayam >,< Malas nak shoot beriya guna DSLR hubby

Ramuannya :
1 paket Speghetti (cukup untuk 1 family mkn)
Isi Ayam - dipotong kecil (guna daging cincang pun boleh)
5 biji bawang putih - dicincang halus
1 1/2 biji bawang merah - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - potong halus - halus (i love it, tu yang guna banyak)
1/3 buku mentega - untuk menumis bawang
3/4 kotak susu segar (kotak yg besar tu ya)
6 keping cheddar cheese (guna cheese ori lagi sedap. guna 1/2 cwn shj. yumm!)
arigano - campak2 ikut sedap tekak
garam secukup rasa

Terhasil lah ini :)

Im telling seriously it's super delicious! Dia punya lemak sebijik macam masak guna prego. Ni bukan sebab diri sendiri yang masak tapi....

ini buktinya :)

ini jadinya bila my lil sister balik sekolah. Masuk rumah, dia bau sedap.. terus campak beg & pergi dapur. Ada rasa terharu disitu.. ahaks! By the way, let me tell u something, I used to prepare food for my family since primary school. Even untuk open house pun saya yang masak. Umi just order "ok aisyah kita masak ni, masak tu" Bila tengok orang selera makan masakan kita tu, automatik kita yang lapar ni jadi kenyang.. Kalau dulu, ada aiman & ali which is my adiks lelaki yang kuat makan tukang menghabiskan makanan.. sekarang tinggal anis (the one in the picture) sahaja yang jadi tukang rasa, tukang habiskan makanan. The conclusion is, harini makan sikit sebab kenyang tengok orang berselera makan masakan kita.

ok, sekian sahaja update untuk hari ini. bagi anak - anak dara diluar sana. Selamat mencuba. Yang tak pernah masuk dapur, masuk - masuk kan lah ya. Rugi & malu sangat kalau orang perempuan kalau tak reti masak. Yang simple pun jadi lah. Air tangan isteri pengikat kasih suami. Heeeee.. Till we meet again..

Jazakillah =)

Thursday, May 5, 2011

ketuk2 dapur~

salam alaik.

malas nak update hal berkaitan jiwa dan raga sebab malas nak jadi orang yang tak bervisi dan bermisi makanya saya spend time di dapur. untuk masakan tengahari pada hari ini, saya masak

Asam Pedas Ikan Pari *favourite! makan dengan roti :)

Kangkung Masak Belacan :) *favourite juga
untuk pengetahuan anda, Kangkung ni kebun sendiri dekat belakang rumah. termasuk lah lada merah :))


btw, rumah saya tengah meriah sebab kakak aimi  dah cuti sem, aiman, ali, anis semua ada. thats why rajin masak sedap2 dan banyak2. bila mulut yang nak makan banyak, tukang masak punya tahap kerajinan pun banyak. hihi

jazakillah~

Wednesday, April 27, 2011

ketuk2 dapur~

salam alaik.

Harini macam rasa nak makan ssesuatu yang ringan. Yang pasti selain daripada nasi sebab dah bosan makan nasi. Dan untuk makluman anda, saya paling kurang gemar makan nasi sejak dua menjak pakai gigi besi. Sampai ada yang kata saya diet lah apa lah, terutamanya Abie saya. Jadi, harini saya plan nak masak Soto sebab I LOVE SOUP! tapi Abie pulak tak suka, jadi terpaksa lah saya masak..

Bihun Goreng Udang Basah + Jeruk Lada Hijau

Masak bihun ni senang je. Abie, Anis dan Aiman semua suka walaupun saya tahu kurang mengenyangkan tapi harini biar lah ikut citarasa saya pula. Perutku juga perlu dibelai kan.. hihi. Yang paling best makan bihun ni, makan dengan chopstick :) *itu merupakan trademark keluarga saya. 

Malam ni saya nak masak Sup Sayur Cendawan :)


sekian sahaja. jazakillah

Monday, April 25, 2011

ketuk2 dapur

salam alaik.

dah lama saya tak update tentang dapur saya. sebab leceh nak snap2 picture masa masak. so harini saya aman berada di dapur tanpa bibik. dia masuk dalam bilik gara2 takut kena 'tembak' lagi. serius aman, tak sakit mata tengok muka dia. lagipun memang dah selalu masak & tak harapkan dia sangat. so hari ni saya nak mengubati mood saya dengan masakan favourite saya FOREVER n ever which is,

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API :)

For me, kalau ada lauk ni, tak ada lauk lain pun tak apa. tak tahu kenapa serius SUKA GILA! dari kecik lagi mmg menggila dgn siput sedut. biar lah orang kata geli lah, kotor lah, berlendir lah. for me personally im prefer masakan kampung. dan tak memilih bab2 makan ni. bagi lah ulam ke, budu ke tempoyak ke sambal belacan ke, apa sahaja yg dihidang saya pasti akan makan. ini adalah tarbiyyah drpd kedua ibubapa saya agar sentiasa bersyukur *bayangkan kita berada dalam situasi di Palestine* :)  

Oleh kerana saya tukang masak dekat rumah dan rapat adik bongsu, Anis, maka dia pun telah berjangkit suka dengan siput sedut. so kita tunggu dia balik sekolah, campak beg sekolah & serbu lauk favourite dia ni. tapi Abie did'nt like it much. so i have to cook lauk sampingan. antaranya, 

BENDI GORENG :)

 ni ikan favourite Abie, dia suka IKAN SELAR KUNING. 

Abie tak banyak songeh, dia suka ikan ni di goreng rangup. tapi pada saya, saya malas nak masak ikan ni, sebab kecik sangat. then kena siang & goreng banyak2. agak leceh (sebenarnya MALAS!) haha. tapi apa2 pun, ikan ni sedap, dia kecik so cepat mesra dengan kunyit + bawang putih + garam. so takde lah rasa ikan yg bodoh2 je kan :)


dan lagi satu lauk sampingan, iaitu.....

SAMBAL TEMPE + KENTANG + IKAN BILIS + KACANG TANAH

Saya buat sambal tempe ni banyak2 then simpan dalam tupperware kecik2. 1 of it ada dalam bilik, saya dalam almari. kena sorok! kalau tak comfirm habis! lagi2 kalau aiman ada. thats why kena simpan. kalau tak, waktu tak darurat confirm kena bedal dek dia.  dan lagi 1 dekat tepi meja lappy ni. yang lain2 baru lah letak dekat dapur. hihi *kedekut* kalau darurat aka lapar sangat malam2 dan malas nak masak, boleh makan dengan roti :) 

ok, itu sahaja lauk utk harini. lunch family saya simple2 je :)
jazakillah 

Thursday, January 13, 2011

Tekak ohh tekak..

salam.

huhu. harini aku mengidam.... memanjang ngidam.. haih. actually niat nak puasa. tapi........ terbeli sarapan pagi tadi then masa nak sampaikan usrah tu perut dah pedih gila. tekak pun rasa pahit (angin dah naik) so daripada muntah dek kerana gastrik. baik makan. n actually niat nak puasa bukan sebab nak tambah pahala (astaghfirullah) ,, ada lah niat tu tapi more towards dah muak makanan kat kuis ni. tak tau nak makan apa, nak makan makanan yg diidamkan je. then sakit gigi. so decide nak puasa.

btw, lately aku mengidam kek blueberry cheese n oso lasagne kat SR. huhu. before that ngidam ayam percik ayamas. then ngidam pizza dominos. roomate aku kata "kau tekak barat doe. tak agak2!" haha.




  

im not preggy ok, harap maklum~ well mengidam kan simptom2 org yg pregnant.
sape nak sedekah makanan2 yang aku ngidam ni? tafadhol,,, just come over to parcel 9 KUIS :)

salam alaik...

Thursday, August 19, 2010

owh bulannnn...

salam alaik :)) 
hows ur ramadhan so far? saya tak ponteng lagi ok ;DD 
semoga amalan kita diterima.          

        harini saya mengidam sup ekor yang panas + nasi bubur (well orang gigi tak kuat gara2 bracess). lawan dengan air teh bunga panas (kenapa perlu panas? untuk penghadaman yang lebih efisyen, baru lah slim) lepas tu makan gula gula kapas dan blablabla :) dengan makan kita boleh menstabilkan balik emosi kita. wuu. seriously rasa macam nak makan malam2 buta kat tepi pantai, SORANG2. hmmm haram lah abi bagi keluar sorang2, malam2 buta. apa yang saya mahu ialah BERSENDIRIAN :(

 mudah mudahan Mr Sup Ekor dapat mengubat duka lara. 

 nak makan cotton candy macam ni, gila heaven but then kena diabetes lah nanti.
*terfikir, kalau ada orang propose cmni kan best. mmg memorable + sweet habiss
ok aisyah, please jangan berangan!  sila berpijak dibumi yang nyata! drrrr

jumpe next entry, salam alaik.
* saya memang peminat sup no 1 kat dunia. tak kira lah sup apa pun. boleh survive dgn makan sup dr mkn nasi kot, boleh diet :))