Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Dedicated To Future Daddy's The One In My Tummy ^_^

Salam alaik..

Huuu. Malam ni tiba - tiba payah nak tidur. Perut sakit sangat. Rasa sebu dan nak muntah. Benda biasa berlaku lepas makan nasi. My baby dislike nasi i guess. Selalunya malam - malam before tidur, my hubby akan urut - urut bagi hilang loya. Tapi sekarang he's not here besides me.. I miss his massage, his warm hug dll.. hihi. But he's still there, far away in Sarawak :'/

Tengok kiri kanan roomates tengah layan movie apa entah. Then i asked her "Ziha, ada movie best - best tak? nak copy. tak nak cerita hantu tau (well tak elok untuk perempuan mengandung kan)".. Lepas tu copy lah cerita "Untuk 3 Hari" dll.. Honestly saya ni bukan lah suka sangat mengadap movie. Rasa baik tidur dari layan movie. haha

Dah alang - alang tak tahu nak buat apa malam ni, so layan jelah cerita ni. Saya ni cepat bosan, tu yang malas tengok movie. Permulaan cerita macam bosan.. Asyik forward forward & forward. Then sampai klimaks dia macam best sikit lah, dari situ dah tak tekan button forward dah. Towards the end ada scene yang palingggggggggggggggggggggggggg sweet ever! 

Tetiba hati rasa macam sebak & perut rasa panas (erk? hahaha. Maybe lapar kot sebab tadi makan nasi pattaya tapi tak habis). Then only i realised that i miss my husband. wuuuu. Nak call sweet -sweet sikit tapi surely sekarang dia dah tidur.  I just don't want to disturb him ;'( 

scene afdlin nyanyi lagu utk isteri dia.. i love acapella's song like this. soo touched. huu
here goes the chorus (part afdlin nyanyi dlm movie ni) :
Sayang terima kasih
Kerna memilih daku
Untuk menemani hidupmu..

Duniaku ohh kini,
Lebih memberi erti
Kerna kasihmu yang suci
Hidupku bahagia

*Hidup bahagia*
Bila kau bersama
*Bila kau bersama*
Hingga ke akhirnya...
This song is dedicated to my husband & future daddy to my baby,
 Mr Abdul Rahim Bin Mohammad Khalis
I Love You Soo Much =)
"Sayang Terima Kasih, Kerna Memilih Daku, Untuk Menemani Hidupmu.."
lots of love,
 mummy & lil baby =)

Sunday, October 21, 2012

Make over hubby =)

Assalamualaikum WBT..

Harini saya nak share one of the excited feeling sebegai seorang isteri.. Saya rasa isteri je yang mampu & layak untuk lakukannya. Dan ianya tanggungjawab isteri selain jaga zahir batin, makan suami dll. Iaitu jaga pakai nya. Ini bukan kerja mudah honestly. Lagi2 kalau dapat suami yang itu tak nak, ini tak nak. Pendek kata cerewet. Kalau setakat gepren saya rasa tak perlu gelabah nak make over buaya pren. Orang luar tengok pun macam geli pulak tengok kan? Tunggu halal, nak 'make it over' pun volehhhhh? Heee

Basically my husband ni sangat sangat sangat sangat simple.Can u imagine, masa mula - mula kahwin, masa saya bawa baju pergi rumah dia (bertandang), baju saya lagi banyak dari baju dia dalam wardrobe. Baju kerja dia ada dalam 8 helai sahaja which is dia rotate je every week, seluar kerja ada dalam 4 helai (tolak yang dah tak muat pinggang. LOL). Baju jalan pun sama, geram tengok. Tapi Abi (my dad) kata, nemind. Orang laki tak payah particular sangat. grrrr

1 week lepas kahwin terus saya curi - curi pergi Shopping Mall (i informed him tapi tak cakap la beli apa. haha), i bought for him 4 helai baju kerja yang looks more nead & presentable, belikan stokin, tie, belt, everything head to toe! I bought a lot! rasanya sepanjang hayat, itu lah $$$$$ shopping yang paling tinggi pernah saya keluarkan ketika shopping. Thanks to MARA. LOL. If u asked my mom, saya ni jenis yang sangat saving. Jarang utk lihat saya membazir. Tapi lain pula bila dah jadi isteri orang. Mungkin sebab tak tahan tengok hubby rotate baju. It doesnt mean my hubby tak handsome. I just want him to look more presentable. Saya tak pentingkan jenama mahupun harga. Yang penting berkualiti, selesa, kemas, design dia cantik & segak dimata isteri :) oleh kerana hubby lebih suka kemeja plain (selalu ada meeting. lebih presentable katanya). so, im looking for it

Found this kemeja at Aeon. Love the colour! My heart was like "mesti beli 1 utk hubby"!
Unluckily no size *frust*

My husband bukan macam my two brothers yang particular on their outfit & muka. Hubby tak ada facial cleanser, lotion dll pun. Tapi yang pelik muka dia bersih. Tak oily & tak ada jerawat langsung. "kuasa wudhuk" katanya. My hubby cuma ada minyak rambut & perfume (alhamdulillah ada juga alat pendandan. kui3). Tapi apa2 pun alhamdulillah dia still jaga kebersihan. Tak ada bau badan. Itu yang paling penting! So far, tak pernah lah balik kerja tak mandi. Hee. So, Im the biggest fan of his ketiak. Im telling u frankly! Saya rasa semua isteri macam tu. Klu refer kajian, ketiak suami boleh buat isteri tidur lena. Personally i agreed! =p

Found this at Aeon too. Suka yang kiri tu sebab Im looking for baju yang warna hubby tak ada.
Again no size *tabahkan hati*

oleh kerana masa zaman muda - muda aka zaman anak dara saya dulu dah terbiasa siapkan attire abi (my dad), so regim itu dibawa sampai ke kahwin. Saya yang mix & match kan baju husband. Kalau ikut hubby, dia pakai sauk je mana ada. So, saya yang akan prepare everything. Tak kira lah baju kerja or baju jalan or baju duduk rumah or baju tidur. Biar sedap mata memandang. Biar nampak lah gaya ada orang jaga. Tak nak lah, before & after kahwin sama je. Yang best nya, hubby saya ni cool, dia pasrah dimake over kan. Good enough isn't? Cool~ hehe

Kalau kemeja yang stripe, saya suka design mcm ni ^_^

Kadang - kadang taste saya toooo young katanya. Ayat standard "I dah tua lah sayang. Itu utk org muda mudi". Sampai kena paksa pakai baru dia pakai. Dah nama pun kerja dekat company 'Earns & Young'. Harus lah nampak young kan? haha. Tu belum tengok selipar dia lagi. semua occasion sama je selipar je. Isteri yang melihat pasrah habis. Bukan tak ada kasut, ada je.. semua dia simpan. Bila kena paksa & buat muka separa bayi (tolong jangan bayangkan. haha) baru dia pakai.. Kasut kerja yang lawa (kasut beli utk kahwin), sayang nak pakai pergi kerja katanya. Pakai juga kasut yang lama, yang cantik semua simpan dalam bonet kereta. Apa pun tak boleh~  =p

Im planning to buy this shoe for him. Sesuai utk pergi wedd & jalan2. Sesuai jugak pakai kalau ada job photoshoot. Boleh pakai walau dimana jua. Yang penting senang nak pakai - cabut. Tapi nak cari yang leather supaya long lasting. any idea? Brand polo ni material PU je tapi harga macam kasut leather. Saya pengguna yang bijak. mahap Polo! *tu tangan my youngest sister, nak juga interframe*

Dari mula kahwin, mission saya adalah untuk menghandsomekan suami saya. Even dia selalu cakap "Mak cakap I dah cukup hensem dah sayang" sambil naik2 kening dia. oleh kerana itu, setiap kali shopping, saya mesti belikan dia apa - apa. Sebab rasa tak adil, beli baju utk diri sendiri tapi tak belikan utk suami sekali. Kalau dulu single boleh lah fikir diri sendiri je kan. Itu lah indahnya jadi seorang isteri. Semua fikir berdua. The effect of two :)

So, semalam puas shopping ini hasil rembatan untuk suami tercinta. In love with ala - ala Burberry print kemeja (kanan). Boleh match dengan my Burberry maxi dress too! Yang kiri tu saje beli sebab hubby tak ada kemeja long sleeve purple untuk jalan - jalan & boleh match with my purple maxi dresses too! :)

Perkara utama kalau saya nak belikan baju untuk suami :
1. Kalau baju kerja, warna dia mesti menarik match dengan seluar kerja. Warna tak striking sangat
2. Baju yang design & warna yang hubby tak pernah ada. Supaya koleksi baju lebih bervariasi
3. Kalau baju jalan, saya akan pilih design & warna yang boleh match dengan baju2 jalan saya (sedondon itu wajib!)
4. Size pula saya akan pilih yang ngam2 which is 15 1/2 (M size). Tapi moto saya "biar terkecik, jangan terbesar" Kalau terkecik, dah alang2 boleh kecikkan badan sekali. LOL!
5. prefer cutting 'slim fit' usually brand SEED/ PDI/ Suave. Brand yang cutting biasa kena beli yang 1 size kecik baru fit & tak gelebeh
6. untuk seluar, prefer yang tak gelebeh dekat punggung. I dont know the specific name


next nak cari kemeja bunga macam ni plak utk hubby. Handsomekan?
Tapi confirm kena buat muka sedih + gadugh sikit dulu baru hubby pakai baju ni. haha!

Walau apa2 pun, biar pun saya tak dikurniakan seorang suami yang kaki fashion, yang paling penting saya dikurniakan suami yang kaki masjid. Alhamdulillah. Good enough for me. Yang lain bisa diberesin ya ibuk ibuk. Ni bukan nak puji/ riak ke apa. It comes from the bottom of my heart. IM LUCKY TO HAVE A IMAM who are always hold my hand to Jannah insyaAllah. Make over suami pun dapat pahala akhirat kan? Alhamdulillah. Heeeee :')

InsyaAllah that's it for today. See u in the next entries.

Jazakillah :)

Monday, October 15, 2012

Pabila Suami Outstation :"(

Assalamualaikum..

i dont know how to start but i miss my husband. Masa 1st week hubby pergi sarawak tu i was like a baby.. crying like hell. i didnt stop pujuk hubby "sayang, please dont go :(", on the way pergi LCCT saya sempat doa supaya dia tertinggal flight! hahahaha. to be honest, saya memang suka berkepit dengan suami. saya nak kasih sayang masa mula kahwin berkekalan sampai bila - bila. i want the same momentum! everyday is wedding day =)

saat - saat ditinggalkan :"(

oleh kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu (3 bulan tu sementara ke?), tabah kan juga lah hati ni. lagi - lagi ketika waktu kritikal dimana i need him, which is waktu exam. can u imagine lepas hantar hubby dekat lcct, dek kerana super sedih, tak boleh terima that i have to leave him, saya boleh tersesat ke dengkil yang sepatutnya saya lalu jalan dalam untuk pulang ke KUIS. otak serabut sangat masa tu.

Oleh krn terlalu sedih, i drop by dekat RnR dengkil.. Nangis puas2, amik wudhuk & solat zohor.. lepas tu baru boleh focus on driving.then safely arrived at KUIS.  im telling the truth. Biar lah orang nak kata gedik ke apa ke. Yang penting itu suami kita. dah halal kan :) I dont know tapi feel jadi isteri ni lain. Lebih - lebih lagi kalau yang bercinta selepas nikah. The sweetness is far way delicious! hehe

mula - mula tu macam tak biasa tidur without hubby. Nak makan pun tak ada selera, dan selalu nya hubby yang paksa makan. nak solat pun jalan slow je sebab tak ada imam yang berdiri depan. Tidur pun tak lena cz he used to urut my belakang badan due to my pernafasan yang kadang - kadang tersangkut malam - malam. i miss his massages & warm hug (kalau dekat rumah warm lah kot sebab bilik aircond, kalau dekat kuis ni jadi hot sebab bilik ni panas). 

The only man who make me cry happily & laugh crazily

So the next week oleh kerana terlalu rindu dekat suami, i drove back Meru.. huhu.. masuk je perkarangan rumah, tengok kereta hubby dah jadi sayu semula. teringat saat2 'rempit' dengan hubby siapa sampai rumah dulu. sempat jugak lah leleh dalam kereta.. Then naik bilik, terbayang bila buka pintu hubby hug me from my back. tapi masa masuk bilik tu bau hubby je ada. No warm hug as usual. kalau dia tak hug pun, mesti dia tidur atas katil sebab penat balik kerja. I looked at the katil.. kemas je.. Masa tu mata meleleh gila - gila.. I miss my husband ya Allah!

part yang paling kelakar & sedih ialah i dont know why tetiba boleh lari dekat laundry basket, then terbalik kan semua baju kotor untuk carik baju kotor hubby.. Unluckily, i washed all of em before keluar untuk hantar hubby ke LCCT.. Time tu gila drama.. selongkar baju sambil berjurai air mata. can u imagine? siap meraung. tak jumpa dalam laundry basket, masuk toilet just in case hubby ada sangkut baju kotor dekat penyangkut.. tapi still tak ada. then i bukak almari nak cari baju yang ada bau husband.. then i found his Jubah that he used to wear to masjid/ surau.. 

Time tu pun lawak lagi, terus amik, peluk then berjurai - jurai sampai terlena atas katil.. Bila bangun kepala sakit & i call my husband just to say "I love you"..mujur last week i dah book awal - awal 2 helai baju kotor hubby to bring back to KUIS. I dont know why tapi bau baju hubby boleh mengubat rindu. Im sure isteri - isteri dekat luar sana yang mungkin masih dalam fasa baru berkahwin did the same thing.. hehe..

habis kena selongkar macam orang gila >_<

and yet, im still wearing his baju kotor even dah mandi. huhu. nway, malam tadi terfikir.. What happen to me if Allah ambil nyawa suami saya? Am i going to be crazy woman or what? Hidup berhenti sampai disitu sahaja kah? Suami segala - segalanya selepas Allah SWT? Tiba - tiba tersedar that hubby tu pinjaman Allah. I need to bersedia bila - bila masa Allah nak ambil dia.


Saya hanya mampu berdoa agar segala nikmat ini dikekalkan tanpa melalaikan. Diberi kami kesempatan untuk bercinta sampai ke syurga. Melayari bahtera rumah tangga dengan penuh sakinah mawaddah wa rahmah (aminnn).. Suami itu nikmat yang teramat besar, sebagai tulang belakang kita. Thats why bila tulang belakang tak ada, kita akan rasa loss.. Tapi jangan sesekali lupa kepada tuhan pencipta kehadiran tulang belakang kita itu.


"Rabbana waj`alna muslimayni laka wamin zurriyyatina ummatan muslimatan laka wa’arina manasikana watub `alayna innaka anta t-tawwabur rahim" [Al-Baqarah: 128]

"Tuhan kami, dan jadikan kami dua orang yang berserah kepada Kamu, dan daripada keturunan kami, sebagai suatu umat yang berserah kepada Kamu, dan tunjukkan kepada kami manasik kami dan terimalah taubat ke atas kami, sesungguhnya Kamu adalah yang maha Penerima Taubat, yang maha pemurah"