Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Make over hubby =)

Assalamualaikum WBT..

Harini saya nak share one of the excited feeling sebegai seorang isteri.. Saya rasa isteri je yang mampu & layak untuk lakukannya. Dan ianya tanggungjawab isteri selain jaga zahir batin, makan suami dll. Iaitu jaga pakai nya. Ini bukan kerja mudah honestly. Lagi2 kalau dapat suami yang itu tak nak, ini tak nak. Pendek kata cerewet. Kalau setakat gepren saya rasa tak perlu gelabah nak make over buaya pren. Orang luar tengok pun macam geli pulak tengok kan? Tunggu halal, nak 'make it over' pun volehhhhh? Heee

Basically my husband ni sangat sangat sangat sangat simple.Can u imagine, masa mula - mula kahwin, masa saya bawa baju pergi rumah dia (bertandang), baju saya lagi banyak dari baju dia dalam wardrobe. Baju kerja dia ada dalam 8 helai sahaja which is dia rotate je every week, seluar kerja ada dalam 4 helai (tolak yang dah tak muat pinggang. LOL). Baju jalan pun sama, geram tengok. Tapi Abi (my dad) kata, nemind. Orang laki tak payah particular sangat. grrrr

1 week lepas kahwin terus saya curi - curi pergi Shopping Mall (i informed him tapi tak cakap la beli apa. haha), i bought for him 4 helai baju kerja yang looks more nead & presentable, belikan stokin, tie, belt, everything head to toe! I bought a lot! rasanya sepanjang hayat, itu lah $$$$$ shopping yang paling tinggi pernah saya keluarkan ketika shopping. Thanks to MARA. LOL. If u asked my mom, saya ni jenis yang sangat saving. Jarang utk lihat saya membazir. Tapi lain pula bila dah jadi isteri orang. Mungkin sebab tak tahan tengok hubby rotate baju. It doesnt mean my hubby tak handsome. I just want him to look more presentable. Saya tak pentingkan jenama mahupun harga. Yang penting berkualiti, selesa, kemas, design dia cantik & segak dimata isteri :) oleh kerana hubby lebih suka kemeja plain (selalu ada meeting. lebih presentable katanya). so, im looking for it

Found this kemeja at Aeon. Love the colour! My heart was like "mesti beli 1 utk hubby"!
Unluckily no size *frust*

My husband bukan macam my two brothers yang particular on their outfit & muka. Hubby tak ada facial cleanser, lotion dll pun. Tapi yang pelik muka dia bersih. Tak oily & tak ada jerawat langsung. "kuasa wudhuk" katanya. My hubby cuma ada minyak rambut & perfume (alhamdulillah ada juga alat pendandan. kui3). Tapi apa2 pun alhamdulillah dia still jaga kebersihan. Tak ada bau badan. Itu yang paling penting! So far, tak pernah lah balik kerja tak mandi. Hee. So, Im the biggest fan of his ketiak. Im telling u frankly! Saya rasa semua isteri macam tu. Klu refer kajian, ketiak suami boleh buat isteri tidur lena. Personally i agreed! =p

Found this at Aeon too. Suka yang kiri tu sebab Im looking for baju yang warna hubby tak ada.
Again no size *tabahkan hati*

oleh kerana masa zaman muda - muda aka zaman anak dara saya dulu dah terbiasa siapkan attire abi (my dad), so regim itu dibawa sampai ke kahwin. Saya yang mix & match kan baju husband. Kalau ikut hubby, dia pakai sauk je mana ada. So, saya yang akan prepare everything. Tak kira lah baju kerja or baju jalan or baju duduk rumah or baju tidur. Biar sedap mata memandang. Biar nampak lah gaya ada orang jaga. Tak nak lah, before & after kahwin sama je. Yang best nya, hubby saya ni cool, dia pasrah dimake over kan. Good enough isn't? Cool~ hehe

Kalau kemeja yang stripe, saya suka design mcm ni ^_^

Kadang - kadang taste saya toooo young katanya. Ayat standard "I dah tua lah sayang. Itu utk org muda mudi". Sampai kena paksa pakai baru dia pakai. Dah nama pun kerja dekat company 'Earns & Young'. Harus lah nampak young kan? haha. Tu belum tengok selipar dia lagi. semua occasion sama je selipar je. Isteri yang melihat pasrah habis. Bukan tak ada kasut, ada je.. semua dia simpan. Bila kena paksa & buat muka separa bayi (tolong jangan bayangkan. haha) baru dia pakai.. Kasut kerja yang lawa (kasut beli utk kahwin), sayang nak pakai pergi kerja katanya. Pakai juga kasut yang lama, yang cantik semua simpan dalam bonet kereta. Apa pun tak boleh~  =p

Im planning to buy this shoe for him. Sesuai utk pergi wedd & jalan2. Sesuai jugak pakai kalau ada job photoshoot. Boleh pakai walau dimana jua. Yang penting senang nak pakai - cabut. Tapi nak cari yang leather supaya long lasting. any idea? Brand polo ni material PU je tapi harga macam kasut leather. Saya pengguna yang bijak. mahap Polo! *tu tangan my youngest sister, nak juga interframe*

Dari mula kahwin, mission saya adalah untuk menghandsomekan suami saya. Even dia selalu cakap "Mak cakap I dah cukup hensem dah sayang" sambil naik2 kening dia. oleh kerana itu, setiap kali shopping, saya mesti belikan dia apa - apa. Sebab rasa tak adil, beli baju utk diri sendiri tapi tak belikan utk suami sekali. Kalau dulu single boleh lah fikir diri sendiri je kan. Itu lah indahnya jadi seorang isteri. Semua fikir berdua. The effect of two :)

So, semalam puas shopping ini hasil rembatan untuk suami tercinta. In love with ala - ala Burberry print kemeja (kanan). Boleh match dengan my Burberry maxi dress too! Yang kiri tu saje beli sebab hubby tak ada kemeja long sleeve purple untuk jalan - jalan & boleh match with my purple maxi dresses too! :)

Perkara utama kalau saya nak belikan baju untuk suami :
1. Kalau baju kerja, warna dia mesti menarik match dengan seluar kerja. Warna tak striking sangat
2. Baju yang design & warna yang hubby tak pernah ada. Supaya koleksi baju lebih bervariasi
3. Kalau baju jalan, saya akan pilih design & warna yang boleh match dengan baju2 jalan saya (sedondon itu wajib!)
4. Size pula saya akan pilih yang ngam2 which is 15 1/2 (M size). Tapi moto saya "biar terkecik, jangan terbesar" Kalau terkecik, dah alang2 boleh kecikkan badan sekali. LOL!
5. prefer cutting 'slim fit' usually brand SEED/ PDI/ Suave. Brand yang cutting biasa kena beli yang 1 size kecik baru fit & tak gelebeh
6. untuk seluar, prefer yang tak gelebeh dekat punggung. I dont know the specific name


next nak cari kemeja bunga macam ni plak utk hubby. Handsomekan?
Tapi confirm kena buat muka sedih + gadugh sikit dulu baru hubby pakai baju ni. haha!

Walau apa2 pun, biar pun saya tak dikurniakan seorang suami yang kaki fashion, yang paling penting saya dikurniakan suami yang kaki masjid. Alhamdulillah. Good enough for me. Yang lain bisa diberesin ya ibuk ibuk. Ni bukan nak puji/ riak ke apa. It comes from the bottom of my heart. IM LUCKY TO HAVE A IMAM who are always hold my hand to Jannah insyaAllah. Make over suami pun dapat pahala akhirat kan? Alhamdulillah. Heeeee :')

InsyaAllah that's it for today. See u in the next entries.

Jazakillah :)

Abaya Kanak - kanak Perempuan

Assalamualaikum WBT..

Keifa hal? How's ur weekend? Hee. Mine, alhamdulillah.. Fully booked with families programs ect. Lucky enough to have 2 big family. Banyak program bersama. Eventhough suami takde, I still need to survive, and mix with all relatives including his',

Straight to the point. Yesterday i went toAeon Bukit Raja. I love shopping! yeay =p  At the in front of KFC, ada bazar muslim. i dont know the exact name. but semua yang jual tu utk orang Islam, contoh nya Jubah, dress, tudung, pin tudung dan lain - lain.

Masa jalan - jalan tu nampak jubah kanak - kanak. Then tiba - tiba teringat ada janji dengan my youngest sister. Janji nak belikan dia jubah arab. So, belek - belek.. Macam - macam design ada. For me, I prefer jubah design Burbery & Jubah yang print leopard sikit - sikit cz nampak different & soooo fashionable. Tapi macam tak sesuai utk kanak - kanak. And she's prefer yang simple.

Princess cut abaya, lining pink dekat tangan & leher (covered by shayla). Come with shayla. 


the price is RM70 only. For me the Abaya soo cantik & affordable sebab dah jenuh survey online. Semua tak cantik, tak ada arab's looking at all. I mean cutting jubah biasa (ala2 indon/ M'sia)  + design entah apa2. Kalau ada pun harga merepek meraban. Pernah servey sampai RM200 ++ Dari mesir/ Abu Dhabi katanya -.-

I bought dekat booth dia Aeon Bukit Raja. The owner's are very friendly. Dia buat pembelian online. Jubah orang dewasa pun ada. Dari yang mahal sampai ke murah. Harga depends on 'lampu' katanya (lip lap lip lap uolsss). Harus lah mahal =p
Boleh roger FB diorang dekat sini Beautiful Abaya

Kalau untuk jubah untuk saya sendiri pakai, saya prefer beli direct dari Egypt which is kirim dari my bro.. Sebab harga disana far way cheaper! Dan saya kalau beli jubah, tak sah kalau tak 4 5 pasang. Kalau beli dekat sini or beli online memang parah lah poket ni. I AM A BIG FANS OF ABAYA! Hee

Muka budak excited ada 1st Jubah dari Abu Dhabi.

nway, kalau nak beli Abaya kanak - kanak & dewasa yang ready stock. Nak ur own design (exclusive) dari Abu Dhabi, boleh cuci mata dekat sini Habaya N Silk Collection. Kalau nak ekslusif dari Qatar, boleh lihat disini Butik Abaya Tini. Kadang2 saya curi design Abaya dekat sini then saya tempah utk jahit jubah *mahal lah tapi* Their Abayas are superb! owh dunia~

ok, dah lepas 1 baju raya haji utk adik maniss peneman tidurku tatkala suami jauh nun di sana =') 

Thats's it for today,

Jazakillah

Saturday, March 26, 2011

rambut lawa yang disalah tafsir. hukum disebaliknya

Salam alaik..
sedar kah anda, Malaysia getting hotter and hotter... 
ya, saya tahu akhirat lebih panas kan :) *insafffff*


                Pernah tak anda rasa rimas dengan rambut anda sendiri dan ini membuatkan anda moody (seperti gambar diatas). sekarang ni musim panas kan, lagi2 time masak kat dapur, perghh memang rasa macam tengah stim kepala ni. rasa macam nak tanggalkan rambut ni then pakai balik. haha *mcm rmbt pelesu pulak kan*. i told my dad that i wanna cut my hair. then i show him all this pictures for him to choose. 



then he said "no need lah, bersyukur dengan apa yang awak ada. orang yang rambut pendek nak rambut panjang, yang awak terbalik pulak" saya pun terima sahaja dengan pasrah..


this is my brother's choice. booo saya tak suka! sebab kalau rambut tak rebonding,tak lawa potong macam ni. nanti tak ada 'movement'.. cehh. kalau nak lawa kena buat rebonding. 

and hukum rebonding ialah.... HARUS HANYA UNTUK SUAMI. 
TETAPI hukumnya HARAM jika berniat untuk tontonan umum.
mengapa? bagaimana? hujahnya, sila refer disini mediaislam dan halaqah.net


              Yang ini pula, my youngest sister's choice. sejujurnya saya pun pernah teringin nak colour kan rambut seperti ini.. astaghfirullah.. *mengucap mengucap*.. dulu je, sekarang dah tak. fikrah itu yang membezakan diantara baik dan sebaliknya. biar pun ada pendapat segelintir ulama' yg mengatakan boleh colourkan rambut, bergantung kepada material yg digunakan *tidak sahih lagi* (kira kalau guna pewarna rambut Safi dll yang dikatakan halal tu dibenarkan) namun, bagi saya, apa yang saya boleh katakan, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. *check iman masing, apa niat nak colourkan ia*

Hukum mewarnakan rambut adalah HARUS dengan syarat tertentu (sakit dll)
 tetapi HARAM bagi tontonan umum. 
sama seperi teknik rebonding. SO TAK PAYAH COLOUR. hitam pun dah lawa kan :)
boleh refer disini ustazsaifuddin dan halaqah.net 

kupas tentang isu ini, membuatkan saya rindu di bumi Hira' yang pernah saya duduki satu masa dahulu, dimana Muallimah tidak membenarkan/ tidak menggalakan kami (pelajar perempuan), anak muridnya yang perempuan untuk berambut pendek. 

Beliau sering ingatkan 

"elakkan perkara yang tidak disangka. takut kita tertarik dengan style kaum adam. kalau dijadikan kebiasaan tidak mustahil 'perkara yg luar kebiasaan' menjadi kebiasaan iaitu tomboy dan adik beradiknya"

 dan tambahnya lagi, 

"perempuan, rambut PANJANG dan lawa itu lah serinya. itu yang bisa mengoncang hati semua kaum adam. sebab lelaki tak boleh nak rambut panjang lebih2 kan. dan itu lah aset yang akan menambat hati bakal suami kelak selain daripada skill memasak, menjahit dll"


dan saya sangat2 bersetuju dengan hujahnya. itu lah fungsi fikrah. ia membezakan perkara yang baik dan buruk dan kita boleh kaitkan dengan semua perkara. IA MEMATANGKAN KITA! apa2 pun terpulang kepada taste hubby kita. as long as tak melanggar syara', tafaddhol masykura.. silakan...


tapi tak payah la sampai macam ni sekali, serius hubby tengok pun dia lari! haha. lagi 1, membazir syampu je cz hari2 kena syampu banyak2 ;D


the conclusion is, 
Again and again... BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA..

Monday, March 21, 2011

erti disebalik Muslimah's Fashion. apa perlu ada?

salam alaik. bismillah, alhamdulillah 'ala kulli hal.

                   Hajat utk bisnes jubah masa sem lepas tidak kesampaian kerana terlalu busy utk menyuaikan diri di KUIS. insyaAllah next sem, depends pada schedule. last sem pun agak busy. actually by doing jubah's business, i can spread my dakwah. sebab saya lihat di KUIS, peraturan berpakaian semakin ketat (pakaian yang menutup aurat sahaja!) saya percaya medan fashion boleh menjadi medan dakwah bagi saya! so saya boleh offer kawan2 jubah yang cantik ,MENUTUP AURAT, mudah dan flexible (klu bgn lambat ke kelas, boleh sarung je!) huhu. slowly boleh la tarbiyyah dan rasional kan kawan2 yang baru nak mengenali erti kata Islam yang sebanar. ini lah tugas naqibah, naqibah juga perlu ada strategi dalam berdakwah. so ini lah strategi saya untuk terus dekat dengan mad'u. jadi naqibah je pun busy tau. kena improve diri dari masa ke semasa dan kena prepare dengan segala ilmu sebelum menyampaikan apa2, agar ia menjadi hujah yang sahih. bukan main cakap je masa usrah tu thats why la i said i've no time to do business. kalau ikut kan my dad he wont allow me. he said, "i can support you totally". but im very indie type. i dont like to say "umi/ abi, i want some money" and dia takut i cant focus on my studies. kalau bisnes, atleast i have my OWN money. so i can spend like my own! hehe. apa2 pun study is my priority :) 

             By the way, i have my very own taste dalam memilih jubah. i wanna it to be my very own TRADEMARK also. saya suka jubah yang sesuai dengan bentuk badan, it doesnt mean perlu ada cutting dekat baju tu tapi tak nak jubah yang gelebeh2, nanti susah nak ke hulu ke hilir. nak drive pun susah, selain tu, colour dan corak yang menarik dan lain daripada yang lain,  coz usually my jubahsss is quiet difficult to be find. usually it comes from other country (syria, jordan dll) sekarang dah jarang pakai dress coz malas nak pakai berlapis2 (inner/ cardigan + dress). tapi dress yang agak memenuhi wardrobe ni saya pakai lah jugak (dolu2 punya koleksi. huhu). sekali sekala nak melaram tu boleh lah. tapi bukan selalu. below are my choices for class attire / usrah attire/ d whole day attire dll. casual je coz it's made up from COTTON 100%. so sesuai utk cuaca dekat M'sia yang sangat sejuk! 


sekali sekala nak melaram macam ni boleh la kot. kalau ada function mungkin akan pakai jubah camni. tapi bukan dengan tudung diatas yang totally OUT from muslimah's list! tolong jangan nak tipu. nak kata tu style tudung muslimah bagai. dada tu bukan aurat? out ok OUT! ok emo plak aku -.-'





jubah kat atas ni semua unik kan! jarang nak jumpa. harga pun JARANG jugak :D  100% kain cotton (sejuk) design lawa, tak jarang. yang paling best susah nak jumpa orang yang pakai jubah yg sama macam kita punya kat atas ni. ngeh3 ;)

dua2 ni sesuai untuk pergi pantai/ muslimah's beach party. 


ok, kat bawah ni my favourite ever! sgt stylo. sangat plexible, senang nak pakai & buka. kain dia macam COAT, agak panas tapi style! boleh pakai dengan jeans (macam minah arab)
winkwinkwink -.*


 

arghhh so cairrrrr. sekarang masih mengumpul jubah2 seperti ini. hoho. this is sooo me! gimme some money pleaseeeee.


worse comes towards let me be the muslimah's fashion icon thats follow 100% syara'. hmm why not kan. dah tu semua yang label diri tu muslimah fesyen tu hampehh. btw during my last sem, waheeda n akil haiy ada datang ke KUIS, i think waheeda punya transformasi patut di gembar gemburkan agar menjadi contoh! walaupun dia berpurdah, berstokin, bersarung tangan, TUTUP LITUP. tapi dia masih berfesyen. itu lah yang dipanggil muslimah fashion! sejuk mata memandang. bukannya dengan tudung yang belit sana sini, pakai berlapis2 (byk kot kainnya) tapi dada, leher tak ditutupi. ape cer? apa nak jadi?? insaf lah wahai wanita. maruah/ auratmu ibarat permata! kalau kita punya permata comfirm kita simpan dalam peti besi kan. so kita punya aurat pun harus ditutupi juga. renung2 kan selamat beramal.

 sejuk mata memandang ~

the conclusion are,
apa2 pun design/ corak/ colour sume tu jatuh no 2, yang paling penting MENUTUP AURAT! sekarang ni susah nak jumpa style yg betul2 ikut syara'. kekadang sedih rasa. sesuka hati je label fesyen yang terdedah sana sini (dada, leher dll) sebagai MUSLIMAH's FASHION? what the fish! kepada muslimah2 di luar sana. jangan jadi bodoh. jangan kejar dunia sangat, nanti akhirat berciciran. kita kena bersuara agar masalah ini tak berleluasa :)

mengidam~

salam alaikkk..

          Pertama sekali.. saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana sudah tidak lagi melekat di shopping kompleks. hoho. alhamdulillah... nampaknya DUNIA sudah tidak lagi melekat dalam jiwa ini.

          Ceritanya begini,  saya gerak seorang diri dari office umi pada pukul 10 pagi dengan menaiki LRT ke sebuah shopping kompleks di KL. saya sampai disana lebih kurang pukul 10.30 pagi. setibanya disana, saya terus pergi menuju ke kedai yang saya dah 'aim' since a few weeks ago. guess what, for the first time saya hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk membeli barang, kemudian for the first time (again) saya rasa boring, tak tahu nak pergi mana dan merasakan shopping kompleks bukan lah suatu tempat yang best untuk dikunjungi SELALU. sekali sekala syok la kot. tempat banyak syaitan mana tak best! haha. bila pikir2 balik. "patut lah, tempat yang aku pergi ni tak ada jual apa yang melambangkan diri aku seperti jubah dll" oleh kerana dah tahu nak pergi mana, makanya saya pun pergi ke The Body Shop untuk membeli pengilat kuku (wajib beli minimum 3x setahun!) yang ni halal dipakai tau, dun worry, air sembahyang lalu. dont missunderstood pula. ini sekadar minat. suka apabila melihat kuku sendiri bersih dan berkilat. kemudian saya singgah di Watsons. i bought a compact powder for umi. the rest i just spend time at Kinokuniya dan MPH di samping nak servey harga buku financial accounting dll. and again bertambah pelik sebab ni for the first time (again) saya duduk dalam kedai buku yang berada dalam shopping kompleks selama 1 jam dan diisikan dengan MEMBACA! haha. honestly tak pernah pun ada hati nak membaca, lagi2 kalau kat dalam shopping kompleks, comfirm2 lah hati dah tak tahan nak shopping, dulu lah tapi.. skrg dah tak. sekarang ni im totally different! rasa macam pelik bila lalu2 dekat kedai2 yang boleh dikatakan WAJIB UTK SINGGAH! seperti Nose, Elle, Voir, Vincci, PDI, Nichii, MNG dll saya rasa macam "errrrr kalau aku masuk pun, bukannya padan dengan fesyen aku sekarang. baju semua atas punggung + jarang + ketat gila nak matiiiiii" then jalan je tanpa berpaling dekat kedai2 tersebut. huhu. kelebihannya alhamdulillah kurang dosa pakai pakaian yang tidak menutup aurat + SEP DUIT AKU!!!! hahahaha. im soo glad now ;) tapi minat terhadap handbag tidak dapat dipisahkan sebab handbeg tak ada isu menutup aurat ataupun tidak (well ni namanya alasan utk terus mengumpul handbeg).

                Sekarang ni, masih dan tengah servey handbag untuk pergi majlis orang kahwin/ shopping. it means ladies bag yang matching dengan jubah, baju kurung. dan 1 beg kasual untuk dibawa ke kelas. huhu. haritu macam dah tertarik dengan Elle's casual beg. tapiiiiii mak aii harga dia. then bila fikir2 balik "nak bawa pergi kelas je pun, tak payah gelabah sangat" kemudian dah boring tahap gaban,  i went back to umi's ofis. then umi is kinda shocked! she said "eh apasal awak pergi cepat sangat? mana barang yang awak beli?" haha nampak macam sama je masa pergi tadi. kerana semuanya telah disumbat di dalam handbag. well kan hari sabtu adalah hari tanpa beg plastik. so i've to campak all those things in my handbag. nasib baik handbag besar. huhu. haritu shopping lupa nak servey handbeg.. here are some of the handbag yang membuatkan ku TAK TIDUR MALAM untill now! -..-'


beg ni best! ada 3 compartmen (compulsory, wajib! 1 utk wallet & hp, 1 utk blablabla and 1 utk blablabla)
 ada 2 cara pegang (pegang dengan tangan/ sandang dekat bahu) 
boleh bawa utk pergi kelas/ kerja part time/ shopping ;)

beg ni colour dia yang menarik perhatian coz I LOVE GREEN! beg ni design dia lain dari lain. sama macam dekat atas. ada 2 cara pegang. nampak agak kasual. tapi tak ada compartmen je. susah nak cari barang. coz kena campak dalam 1 lubang yang sama. huhu

 ni pun sama macam kat atas. cuma yang ni umi yang recommend kan. she said hitam we can match with anything & nampak lebih elegant. 

tertarik with this 2 LV's handbeg sebab made of kain. but then the price macam nak beli emas! haha. tapi apa2 pun, i dont know why but im prefer kain rather than leather/ PU. taste orang muda mungkin. sebab susah nak jumpa handbeg leather yang ikut my very own taste. selalunya design nya agak ketuaan. well orang tua je yang mampu beli leather kerana kualitinya yang amat tinggi.


i also love this sebab warna dia one of my fav colour (my hp casing's colour + my blog background's colour) which is BLUE TURQUOISE . design pun boleh tahan. huhu. cuma tak banyak compartment! grrr

here we talk about my fav ever! which is COACH. yeeeeeeehaaaaaaaa..

1st : kalau buka plastik nmpk lbh lawa. design n colour dia unik. i like! byk compartment. tapi tak boleh pegang dekat lengan. kena sandang dekat bahu all d time ;(


simple tapi elegant! pink dia very soft. soo soothing :) brand coach je yang ada this kind of pink. so cair oneee


ni boleh pegang kat lengan, design dia lain dari lain. but it looks soo anis (my lil sis) cz she addicted to pinkies. arghh lemah aku! haha

this one sooo casual. design ni dah lama tapi tak pernah lapuk. love love love it!


hey2, this is my current wallet :) and i love it! 
worth beli. serius cakap. sampai sekarang tak cedera. alhamdulillah sihat. cuma kulit dia comot sikit :)
mampu beli sekali je (wallet je) handbegnya tak mampu dah. demmm! tunggu aku kerja nanti! haha

so which one yang paling best? i prefer Coach! kalau tak pun Sembonia. Elle dll. saya agak cerewet dalam membeli sesuatu sebab saya nak sesuatu yang saya beli tu tahan lama n saya nak pakai bertahun2 sampai koyak rabak. tak kisah kalau mahal asalkan tak payah nak tuka2 i mean beli yang cikai punya, then salu rosak n kena beli baru (memang cukup tak suka!)

 Here are my SYARAT :
1. boleh pegang dgn tangan & sandang dekat bahu 
2. design yang boleh jadikan beg kasul/ beg utk resepsi. (malas nak gelabah2 tukar2 beg)
3. beg yang berkualiti tak cepat jahanam.  kain denim/ genuine leather.
4.  sizenya tak nak kecik sangat & tak nak yang besar sangat (londeh bahu denn)
5. nak colour yang kena dengan designya. kalau yang casual nak warna hijau/ biru/ yang unik! yang straight plak, either black or cream.


the conclusion are ..
berbelanja lah untuk apa yang perlu dibelanjakan, dengan hasil yang halal. tanamkan sifat zuhud agar kamu lebih dekat dengan naunganNya. yang penting, niat kena jaga. jangan berlagak hanya kerana kita mampu membeli beg berjenama yang ORIGINAL. berbangga lah kamu dengan apa yang bisa membawamu dekat kepadaNya :)

hopefully i could find the best 1. cz i dont wanna waste my money anymore with the dunia's stuff. hoho.that's it. jazakillah.. :))


Wednesday, July 14, 2010

Waiting list. winkwink -.0

              Kalau dulu hobi suka kumpul shawls,  sekarang ada hobi baru, iaitu

KUMPUL DRESS & ABAYA :)

Ini kerana tempat gantung shawls dah penuh, tandanya suruh stop buying shawls kot. haha. no lah, sebenarnya, dah muak tengok shawl sebab sendiri pun dah bisnes shawl, nak tukar selera plak. lagipun sekarang tengah musim shawl, semua orang sibuk pakai yang sama. TAK ADA SPECIALITY LANGSUNG! ;D bila cakap dengan umi nak shopping dress, umi mesti cakap "awak ni, memang kayap lah laki awak, asyik nak shopping je" ok fine, so cari duit dan beli sendiri lah jawapan nya. IM KINDA INDEPENDENT PERSON :) serius tak tipu! :) so my future husband don't have to worry, PERHAPS harharhar:D tak main lah perent belikan, apa barang (cukup lah dari kecik dah menyusahkan betul tak?) lagipun bukan nak suruh umi belikan pun just nak minta izin nak keluar shopping dengan anis (also known as my daughter) -.-
I WISH I GET THIS 2 FOR MY 2010 RAYA :)
 i found this 2 in Mawar Closet's facebook click here
I love beeds, i love cotton and I LOVE GREEN! cost RM250 
(agak mahal la, myb skrg cotton tgh demand, so harga nak mark up la)
I LOVE ABAYA too :) cost RM200 
(harga nya boleh tahan, huhu. jom main kutu untuk beli abaya! HAHA)

BELOW ARE DRESS FOR MY LEPAK, DATE (perhaps), SANTAI
                                   
psstt belum waiting list for wedges n handbegs. HAHA.
CANT WAIT TO GRAB ALL THIS FROM KOREA.

the conclusion is~
OK AISYAH, SABAR! PLEASE JANGAN BOROS! BOROS KAWAN SYAITAN! HAHA ;D