Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Terkenang arwah

Assalamualaikum WBT =)

alhamdulillah summal hamdulillah 'ala kulli hal. Video arab dah settle. Yeay! Tinggal nak edit & letak subtitle sahaja. Harini terlalu sibuk sampai tak sempat nak sarapan & lunch. Acane nak ada baby kalau sibuk macam ni (i told u you my schedule too pack!) Just now sempat singgah pasar malam atas KUIS ni. So, beli lah my favourite food ever which is Yong Tau Foo *yummm*

Berbalik kepada topik asal. Pada mulanya bukan nak menakut - nakut or mengenang suatu yg dah pasti tak akan kembali.. Cuma tersentuh bila petang tadi masa hectic drive sana sini settle kan kerja. Dalam kereta pasang lah CD Maher Zain yang latest tu. Sekali terdengar lagu ni ,



Seriously it reminds me to my beloved ex schoolmate Arwah Nur Ain Ahmad *tears* :"(

Arwah's at the center

kalau dihayati maksud lagu So Soon nyanyian Maher Zain tu, orang yang tengah vroom 140km/h, automatically boleh turun kepada 80km/h. haha. Im teling u seriously! It happen to me for soo many times (bagus jugak. tak payah tunggu port camera dekat highway je nak bawak slow kan?) Bukan 1st time tapi everytime pasang CD Maher Zain dalam kete, part lagu so soon ni, music intro dia je dah boleh berdiri bulu roma.. Serius cuak >_<

Jom hayati makna lagu dia. Serius sebijik macam apa yang saya nak luahkan dekat ain :'(

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

(chorus)
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
There were days when I had no strength to go on

(chorus)
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?” 
But I got through all the pain when I truly accepted 
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

(chorus)

Spotted in the red one. Ni masa 2nd last jumpa dia masa dia sihat..
Masa reunion dekat Taman Rakyat. Masa ni belum kahwin lagi. hee

Last jumpa dia dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah tapi time tu rasanya dia mamai. Dia dalam ICU, which is kritikal. Sedih sangat - sangat tengok mesin yang bergantung dekat badan dia with "tit tot tit tot"  sounds.. Then  2 hari kemudiannya dapat tahu dia dah kembali ke rahmatullah.. Alfatihah. *Tears again*

Siapa sangka diusia muda, seawal usia 20 tahun nyawa kita diambil oleh Allah. Tatkala anak muda dilamun cinta, dilamun misi & visi masa hadapan, dilamun segala - galanya tapi nyawa dijemput terlebih dahulu. Ternyata jodoh & MAUT ditangan Allah. Dalam pada itu, sejauh mana persediaan kita dalam menyambung kedatangan zakratul maut? ARE YOU READY?

Pernah tak kita rasa berdosa? Pernah tak rasa ingin bertaubat dengan dosa kita selama ni? Kalau ada, means alhamdulillah Allah masih disisi kita. Kalau tak ada, we better do something. Rasanya tak perlu bebel panjang - panjang. Just that fikir balik apa yang mampu kita bawa dekat akhirat sana. Yang wajib sempurna atau pun tidak, yang sunat disemarakkan mahu pun tidak. 

Sesungguhnya rasa benci akan dosa itu adalah 1 nikmat yang teramat bernilai!
*Let's muhasabah together*

Jazakillah

Friday, November 11, 2011

Menanti esok~

Salam alaik.. 


Alhamdulillah masih dikurniakan Iman, Islam, roh (nyawa), tubuh badan yang sihat serta apa sahaja yang berada disekeliling. InsyaAllah hari esok ditangan Allah. Memang dup dap dup dap. I just prepared the 'things to do" and so on. Esok akan dibincangkan bersama jika tiada aral melintang (Allahumma aminn) Jika benar itu kehendakNya, jika benar apa yang Dia beri kepada aku ini suatu anugerah yang dimana mampu mendekatkan dengan diriku akan diriNya, manakan mampu untuk aku menolak. Fitrah manusia itu akan tunduk kepada Rabb nya :)




Apa - apa pun saya nak kongsi, DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN



Maksudnya :

"Ya Allah, Tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya engkau kehendaki"

Bawah ni doa fovourite saya sejak dua menjak ni. hehe 

Ihsan Mr google

Last but not least, saya harap tiada mana - mana pihak yang berkecil hati. Saya hanya manusia biasa. Saya tidak mempermainkan mahupun dimainkan oleh sesiapa. Saya hanya mahu menjauhi fitnah dunia seiring menyempurnakan tuntutan agama.. Memenuhi fitrah seorang manusia yang alhamdulillah, normal. Semoga ianya dapat membuka mata kita (saya terutamanya) untuk melompat ke fasa yang lebih orang kata matang. Untuk menjadi yang lebih baik, lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih berlapang dada, mampu mengawal emosi, mampu mengawal keadaan, mampu membuat keputusan mengikut apa Allah kata. InsyaAllah saya akan lebih bersedia dan sentiasa bersedia. Aminn

Saya tidak menjadikan paras rupa, ekonomi, pendidikan dll sebagai perkara utama tapi Keimanannya dan tidak dinafikan juga dinilai dari sudut hati saya juga ;)

Doakan 'hari esok' saya. Layak kah, mampu kah, perlu kah, mengapa kah saya melakukan sedemikian mahupun tidak terserah kepada diri anda. Saya tidak mampu menyekat pemikiran anda berhenti berfikir. Yang pasti orang - orang utama dalam hidup saya yang mengenali luar dan dalam saya, dari kecil sehinggalah besar, menerima dengan hati terbuka. Maaf saya tidak akan uar - uarkan apa - apa video mahupun gambar.. Kerana saya hanya ingin mengikut sunnah ataupun syariatullah. Yang dimana biar lah Zuhud (low profile). Please don't ask for more my dear friend. Maaf bukan 'poyo' tapi berubah ke arah yang lebih baik. 

All you need is ♥. Iaitu ♥ yang mengutamakan Allah, sekaligus memelihara dan membimbing kita.




jazakillah :)

Tuesday, April 26, 2011

Tugasan Malam~

Salam alaik.

Kaifa hal?

Pada subuh yang mulia ini, alhamdulillah saya tidak dapat tidur dengan aman dek kerana MR NYAMUK. Habis badan saya diserang oleh nya. Kemudian apabila ditepuk, darahnya bukan main banyak. Walaupun saya tak sedar bila masa lah dia sedut darah saya. Mungkin saya memang spesis 'darah manis' sebab itu nyamuk gemar. Alhamdulillah harini saya begitu pemurah membiarkan darah saya disedut. Kita fikir positif ya, tentu ada hikmah disebalik ciptaan nyamuk. jadi jangan salah kan nyamuk "kenapa kau sedut darah aku"



Dah memang itu fitrahnya. Dan sudah tentu ada hikmahnya juga. Kenapa dia gigit pukul 3 pagi? Tu tandanya dia nak tolong kejut  mengerjakan Qiammullail. Kita berfikiran positif, jangan sempitkan minda kita dengan "bodoh la nyamuk ni! dia kacau aku nak tidur. nanti aku tak cukup tidur, mengantuk gila dan lain - lain". tapi ucapkan lah Alhamdulillah dalam setiap apa yang berlaku. motivasi kan diri balik agar kita menjadi orang yang lebih rasional dan matang. Jadi sekarang saya baru selesai mandi untuk menyegarkan badan, makanya mari kita beribadah tatkala semua orang sedang lena kerana Allah menyeru kepada kita :


“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)



Qiamullail lebih dituntut dalam kalangan kaum adam kerana hikmah qiamullail amat lah besar sehingga dapat mengawal emosi mereka (yang secara lazimnya lebih panas berbanding kaum hawa) dan terbukti dalam suatu masa ketika Rasulullah SAW hendak memilih tentera yang akan berada di saf yang paling hadapan tatkala peperangan adalah baginda mengambil mereka yang bangun pada satu pertiga malam dimana mereka yang bermunajat kepada Allah tatkala yang lain sedang lena tidur. Ini membuktikan, hikmah qiamullail bukan setakat kita boleh lihat pada kesihatan jasmani kita malahan rohani kita lebih kental dan dikawal rapi. Makanya kalau nak tahu dengan lebih mendalam, kena lah cuba dan jadikan amalan.

kesimpulannya, 
Mari kita mendidik diri kita agar lebih berfikiran positif, kerana orang positif datang daripada qalbu yang sihat dan bersih. Serta menjadikan Qiamullail sebagai suatu amalan/ kebiasaan agar kita dapat menghindarkan diri dari perkara yang mendorong kita kepada kemaksiatan.

Saya masih dalam proses membakukan ayat. mulai sekarang saya tidak akan menggunakan bahasa pasar. tetapi saya akan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris secara PENUH. insyaAllah

Jazakillahu khairan kasira.

Thursday, April 14, 2011

perasan atau kenyataan?

salam alaikkk..

Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ini, tapi ada dalam kalangan sahabat2 terutamanya lelaki, mengatakan "syarah, sice you pakai braces, muka you naik seri.. makin lawa, makin hot". kalau anda (perempuan diluar sana), surely banggakan? but for me honestly saya rasa geli.

In the first place, what are you trying to say? second, kalau ya saya lawa, alhamdulillah, but seriously i don't think soooo. eye bag besar gila kalah mata panda, lawa hape mende nye. third, hot celah mana? pakai jubah weyhh bukan tayang apa2 pun yang nak dikatakan hot. forth, kalau ya pun saya lawa, tak perlu puji direct ya. sebab saya sudah biasa dididik oleh ibubapa yang jarang memuji anak2nya (it doesnt mean kurang kasih sayang ke apa ke) so bila orang puji, saya rasa "eee pahal ni" rasa naik segala bulu roma + emosi tak pasal2. itu tidak bermakna saya tidak normal/ lesbian. tetapi bimbang jika pujian itu melemahkan pihak yang memuji. dan saya rasa macam diperli (mungkin mereka yang memuji tidak berniat begitu) dan yang paling saya takut9 pujian itu bisa melemahkan iman saya -,-'

bukan lelaki sahaja harus menundukkan pandangan, wanita juga perlu. wanita juga perlu mengelakkan dirinya menjadi perhatian

Saya rasa jika perkara ini berterusan, saya rasa i need to put on the niqab/ purdah untuk mengelakkan fitnah dan zina mata terutamanya bagi kaum adam. sebab saya ni seorang yang peramah, saya the only girl dalam kelas yang berani bersuara tak kira presentation/ discussion. dan saya mendapati n even kawan2 perempuan juga mendapati, rakan2 lelaki suka melihat melihat wajah saya dalam jangka masa panjang maksudnya tengok2 lama2. lagi2 part gigi. ok no doubt, braces memang menarik perhatian.

In the 1st place, saya bukan pakai braces untuk populariti (tapi untuk betulkan position gigi) dan bukannya inginkan perhatian. kerana saya tahu perhatian itu boleh menjadi fitnah. bak kata pepatah melayu "dari mata turun ke hati" haaaaa itu yang saya takut, mengikut apa yang saya pelajari sebelum ini, jikalau seseorang wanita berada di dalam situasi begini WAJIB BAGINYA MENJAUHI/ MENANGANI FITNAH INI.

so sekarang ni, the only solution are cabut braces atau MEMAKAI PURDAH. tapi saya tak pasti lelaki suka tengok part mana. apa2 pun, mana ada lelaki yang tidak tertarik dengan wanita kan. tapi saya memang tak boleh buka braces sekarang sebab gap antara 4 gigi yang dicabut sebelum ni masih belum ditutupi. kalau cabut gigi, gongak lah saya ;(

ini lah sebaik2 solusi. mengapa tidakkan? alhamdulillah KUIS membenarkan pelajar memakai purdah :)
insyaAllah suatu hari nanti saya akan maju selangkah menuju redha Allah. doakan saya..
*gambar ini menunjukkan purdah tidak menghalang kita untuk berkomunikasi sekaligus berjaya!

              Post ini BUKAN cuba untuk mengatakan yang SAYA LAWA YA PAKCIK MAKCIK. tapi saya cuba untuk mencari solusi untuk menjauhi fitnah. mungkin anda tak rasa apa yang saya rasa.apa2 pun, tepuk dada tanya iman. saya sedaya upaya mahu menjaga iman saya dan iman orang di sekeliling saya juga ;)

 saya mahu kesudahan seperti ini. in order mahukan yang terbaik, kita harus menjadi yang TERBAIK! 
semoga saya tegar dalam jalanNya.

the conclusion are,
wanita merupakan fitnah yang jelas didunia ini.

jazakillah ;)

Wednesday, April 13, 2011

permainan syaitan = perjuangan jiwa

salam alaikk..

             saya tak tahu kenapa lately saya kerap mimpi 'seseorang' yang saya rasa sudah lama saya jauhi. saya tak minta didekatinya. sebab saya tahu ia bukan lah suatu yang menuju redha Allah. dan saya tak boleh pimpin dia memandangkan dia memang tidak terpimpin buat masa sekarang ni. maka saya relakan dia pergi. saya tidak mahu hanyut dek kerananya. saya diselebungi rasa bersalah. adakah saya terlalu memilih? adakah saya terlalu mementingkan diri sendiri? adakah saya bersalah kerana meletakkan tuntutan agama sebagai platform utama dalam membuat keputusan walaupun saya tahu ianya pahit?

             adakah rasa ini yang menyebabkan dia kerap muncul di dalam mimpi saya? mimpi macam mana tu jangan tanya lah kan. persoalannya kenapa mesti dia? kalau sekali je mimpi tak apa, ni sampai 4, 5 kali. sampai frustrated apabila bangun pagi pada keesokan harinya. tapi saya pernah dengar orang tua2/ dolu2 kata "kalau kita mimpi orang tu, maknanya orang tu sedang merindui dan menunggu kita" adakah kata2 pujangga ini benar? tapi minta dijauhkan sebab tak syari'e langsung. wahai syaitan nirrojimmm please stay away! semoga saya dapat beristiqamah + bermujahadah. 

              sejujurnya, saya sudah ada 'pembimbing setia' saya sekarang ini. tapi TIADA ISTILAH BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN. kami menjaga hijab ya sila faham & teliti maksud HIJAB tu. saya biarkan sahaja ia berjalan. kalau benar itu ketentuan Allah, tentu ada jalannya. ini kerana itu bukan keutamaan saya buat masa sekarang. saya nak habiskan diploma. saya sudah ada perancangan jangka masa panjang. priority saya buat masa ini adalah agama, keluarga dan pelajaran. saya mahu kehidupan yang diredhaiNya dan diredhai kedua ibu bapa saya juga. saya akan buka apa yang patut apabila sudah tiba masanya. apa2 pun, kita merancang, tetapi Allah lah sebaik2 pernacang dan menentukannya. Buat masa sekarang, biar lah semuanya menjadi rahsia. cukup lah penjelasan ini untuk menutup segala persoalan dan harapan 'seseorang' selama ini.

the conclusion is,
Rujuklah peganganmu/ agamamu dalam setiap tindak tandukmu, nescaya kamu akan peroleh barakah :)


1000 kemaafan dari hamba Allah yang lemah ini,
jazakillah..

Wednesday, March 30, 2011

la tahzan~

salam alaik..

                 Sejak akhir2 ni, emosi saya tidak stabil, pantang disentuh, meleleh lah jawabnya. i don't know whats wrong with me. WHATS WRONG WITH YOU AISYAH!! well, to be honest, dah makin tua ni.. saya prefer simpan perasaan saya sebab saya tak rasa kalau meluahkannya kepada sesiapa, masalah saya itu akan selesai. jadi saya lebih suka simpan dan bertahan semampu yang boleh. CUKUP LAH ALLAH SEBAGAI PENDAMPING DIKALA SUKA DAN DUKA. malangnya, sekarang SAYA DAH TAK MAMPU.. saya rasa nak meletup.. bukan meletup dekat orang. tetapi entah la....

saya rasa nak menangis. huwaaaa ;'(


 

 Dan menjerit sekuat hati. .. arghhhhhh

tetapi dimana tempatnya?? DIMANA?? saya perlukan tempat itu~


                  Maaf kepada orang2 yang terkena tempias 'moody' saya yang entah apa2 ni. terutamanya orang yang paling saya rapat. i dont meant it, im sorry -,-' let me be, just leave me alone. saya sedang bermuhasabah. saya rasa macam nak masuk gua sorang2 tanpa sebarang alat komunikasi. TANPA HANDPHONE, LAPPY, FACEBOOK, BLOG dan anak beranak. saya nak berkomunikasi dengan Allah seorang diri dalam keadaan yang sangat berprivasi.. apabila saya dah ok, saya akan keluar dengan wajah yang baru, dengan semangat yang baru..

 lepaskan saya,, saya nak masuk gua sorang2. biarkan saya seorang diri buat sementara waktu ni..

by the way,,,,,

SAYA MERINDUI BUMI KUIS TERCINTA.. 

SAYA MAHU MENYIBUKKAN DIRI AGAR LEBIH MUDAH UNTUK SAYA MELUPAKAN MASALAH2 DUNIA.. SUPAYA SAYA BOLEH TERIAK BEGINI..
Qola masyghul "ana masyghul!!" 
Katakan kepada kesebokkan"aku sebok!!"
ya saya pasti, itu lah solusi yang terbaik :(


the conclusion are,,,
"la takhof wa la tahzan, innallaha ma'ana" 
("jangan takut dan jangan bersedih. sesungguhnya Allah SENTIASA bersama kita")
CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENDAMPING KU DI WAKTU SUKA DAN DUKA

Saturday, March 26, 2011

rambut lawa yang disalah tafsir. hukum disebaliknya

Salam alaik..
sedar kah anda, Malaysia getting hotter and hotter... 
ya, saya tahu akhirat lebih panas kan :) *insafffff*


                Pernah tak anda rasa rimas dengan rambut anda sendiri dan ini membuatkan anda moody (seperti gambar diatas). sekarang ni musim panas kan, lagi2 time masak kat dapur, perghh memang rasa macam tengah stim kepala ni. rasa macam nak tanggalkan rambut ni then pakai balik. haha *mcm rmbt pelesu pulak kan*. i told my dad that i wanna cut my hair. then i show him all this pictures for him to choose. 



then he said "no need lah, bersyukur dengan apa yang awak ada. orang yang rambut pendek nak rambut panjang, yang awak terbalik pulak" saya pun terima sahaja dengan pasrah..


this is my brother's choice. booo saya tak suka! sebab kalau rambut tak rebonding,tak lawa potong macam ni. nanti tak ada 'movement'.. cehh. kalau nak lawa kena buat rebonding. 

and hukum rebonding ialah.... HARUS HANYA UNTUK SUAMI. 
TETAPI hukumnya HARAM jika berniat untuk tontonan umum.
mengapa? bagaimana? hujahnya, sila refer disini mediaislam dan halaqah.net


              Yang ini pula, my youngest sister's choice. sejujurnya saya pun pernah teringin nak colour kan rambut seperti ini.. astaghfirullah.. *mengucap mengucap*.. dulu je, sekarang dah tak. fikrah itu yang membezakan diantara baik dan sebaliknya. biar pun ada pendapat segelintir ulama' yg mengatakan boleh colourkan rambut, bergantung kepada material yg digunakan *tidak sahih lagi* (kira kalau guna pewarna rambut Safi dll yang dikatakan halal tu dibenarkan) namun, bagi saya, apa yang saya boleh katakan, MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. *check iman masing, apa niat nak colourkan ia*

Hukum mewarnakan rambut adalah HARUS dengan syarat tertentu (sakit dll)
 tetapi HARAM bagi tontonan umum. 
sama seperi teknik rebonding. SO TAK PAYAH COLOUR. hitam pun dah lawa kan :)
boleh refer disini ustazsaifuddin dan halaqah.net 

kupas tentang isu ini, membuatkan saya rindu di bumi Hira' yang pernah saya duduki satu masa dahulu, dimana Muallimah tidak membenarkan/ tidak menggalakan kami (pelajar perempuan), anak muridnya yang perempuan untuk berambut pendek. 

Beliau sering ingatkan 

"elakkan perkara yang tidak disangka. takut kita tertarik dengan style kaum adam. kalau dijadikan kebiasaan tidak mustahil 'perkara yg luar kebiasaan' menjadi kebiasaan iaitu tomboy dan adik beradiknya"

 dan tambahnya lagi, 

"perempuan, rambut PANJANG dan lawa itu lah serinya. itu yang bisa mengoncang hati semua kaum adam. sebab lelaki tak boleh nak rambut panjang lebih2 kan. dan itu lah aset yang akan menambat hati bakal suami kelak selain daripada skill memasak, menjahit dll"


dan saya sangat2 bersetuju dengan hujahnya. itu lah fungsi fikrah. ia membezakan perkara yang baik dan buruk dan kita boleh kaitkan dengan semua perkara. IA MEMATANGKAN KITA! apa2 pun terpulang kepada taste hubby kita. as long as tak melanggar syara', tafaddhol masykura.. silakan...


tapi tak payah la sampai macam ni sekali, serius hubby tengok pun dia lari! haha. lagi 1, membazir syampu je cz hari2 kena syampu banyak2 ;D


the conclusion is, 
Again and again... BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA..

Wednesday, March 23, 2011

salam alaik.

harini saya emo skit. so layan jelah apa yg saya nak katakan disini,
apa yang anda rasa tentang sesorang itu apabila dia berkata..

"tak payah couple/ kahwin, rileks2 sudah. kawan boleh, scandal pun boleh"

daripada apa yg dia tulis tu kita boleh tahu dia ni jenis yang macam mana. post ini bukan ditujukan kepada orang tersebut semata2 kerana say admie dekat dia or what so eva.

saya selaku MANUSIA saya rasa macam diperbodohkan dan tidak dihargai! tak kira lah lelaki / perempuan. they'll get the same. 

please please please lah stop it. berhenti lah merasakan diri itu cukup kacak/ lawa/ sempurna/ pintar dan adik beradiknya untuk mempermainkan orang lain, diri sendiri, ibu bapa dan yang lebih penting TUHAN. hidup tu biar ada misi visi. jangan jadi looser yang entah apa2 hidup seperti lalang. end up apa dapat? duit habis, masa habis, sume pun habis. ok saya malas nak membebel. yang pasti tetiba rasa sakit hati. damn! lets take d wudhuk :)

jazakillah

Monday, March 21, 2011

Perubahan tanpa sempadan

salam alaik. kaifa hal?


                 Alhamdulillah, summal hamdulillah summal hamdulillah saya mendapati ada segelintir dalam kalangan rakan2, anak2 usrah saya yang saya boleh katakan hampir dan telah hanyut dek arus semasa dek kerang kurang fikrah kini mendahagakan ilmu Islami dalam mencari Mardhotillah. setelah dipujuk, ditarbiyyah. alhamdulillah,, sejuk sangat rasanya. syabas saya ucapkan! *anda tahu anda siapa* anda patut bersyukur bukannya malu untuk rujuk kepada saya (ya saya akui saya bukanlah orang yang selayaknya untuk diajukan persoalan tersebut tapi saya akan bantu semampu yang boleh) sebaiknya rujuk lah individu yang lebih 'arif, 'alim dan wara'. sejujurnya saya excited. sangat2 excited! rasa kembali bersemangat untuk meneruskan syiar Islam. ada yang tanya kepada saya "syarah, aku nak berubah. macam mana ni? tapi aku malu! parent aku tak support pun. pakwe aku pun sama. tapi aku tak break blablabla". InsyaAllah post kali ni, saya nak share sedikit. hopefully dapat bantu antunna yang mendahagakan bimbingan.

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)


Tips untuk berubah/ transform : 5H's

HATI - kena ada pendirian untuk berubah. berpegang kepada pendirian tersebut. jangan hangat2 tahi ayam! jangan muda berputus asa dengan kata2 orang luar. hati kena cekal untuk tepis.

HAMPIRI - hampiri orang yang positif (slowly kita akan jadi seorang yang positif juga), orang yang berakademik, orang yang 'alim, wara' yang boleh dijadikan rujukan, orang yang soleh, berakhlaq mulia dan yang boleh membimbing kita kepada jalanNya.

HINDARI - hindari orang yang negatif dari segi akhlaq, akademik, fesyen dll. hindari orang yang boleh tarik kita semula ke dalam kancah kemaksiatan! hindari buat sementara sehingga diri kita bersedia utk berhadapan dgn masyarakat

HAJAT - kena ada matlamat yang hendak dicapai. kejar selagi belum cukup/ puas. jadikan hajat itu sebagai beban dalam diri untuk kita terus berdisiplin. contohnya bernazar. sedikit sebanyak memberi kita encourage untuk berubah.

HIJRAH - bersedia untuk berhijrah untuk mencari bia'ah yang solehah. ini yang paling penting! yang menjadi masalah sekarang. anda nak berubah tapi masih berada dalam bi'ah yang tidak membawa kita ke redha Allah. bukan tak boleh nak berubah tapi dalam kondisi anda yang masih terumbang ambing, berada dalam bia'ah yang sama (biah yang kurang memberi kesan positif) menyukarkan anda untuk bermujahadah & istiqamah (melawan nafsu & maintain)

insyaAllah ini lah caranya, cuba anda lakukan. ikhlaskan niat. jangan main2. insyaAllah anda akan nampak hasilnya. Allah membantu hambanya yang mancari redhaNya


“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)


erti disebalik Muslimah's Fashion. apa perlu ada?

salam alaik. bismillah, alhamdulillah 'ala kulli hal.

                   Hajat utk bisnes jubah masa sem lepas tidak kesampaian kerana terlalu busy utk menyuaikan diri di KUIS. insyaAllah next sem, depends pada schedule. last sem pun agak busy. actually by doing jubah's business, i can spread my dakwah. sebab saya lihat di KUIS, peraturan berpakaian semakin ketat (pakaian yang menutup aurat sahaja!) saya percaya medan fashion boleh menjadi medan dakwah bagi saya! so saya boleh offer kawan2 jubah yang cantik ,MENUTUP AURAT, mudah dan flexible (klu bgn lambat ke kelas, boleh sarung je!) huhu. slowly boleh la tarbiyyah dan rasional kan kawan2 yang baru nak mengenali erti kata Islam yang sebanar. ini lah tugas naqibah, naqibah juga perlu ada strategi dalam berdakwah. so ini lah strategi saya untuk terus dekat dengan mad'u. jadi naqibah je pun busy tau. kena improve diri dari masa ke semasa dan kena prepare dengan segala ilmu sebelum menyampaikan apa2, agar ia menjadi hujah yang sahih. bukan main cakap je masa usrah tu thats why la i said i've no time to do business. kalau ikut kan my dad he wont allow me. he said, "i can support you totally". but im very indie type. i dont like to say "umi/ abi, i want some money" and dia takut i cant focus on my studies. kalau bisnes, atleast i have my OWN money. so i can spend like my own! hehe. apa2 pun study is my priority :) 

             By the way, i have my very own taste dalam memilih jubah. i wanna it to be my very own TRADEMARK also. saya suka jubah yang sesuai dengan bentuk badan, it doesnt mean perlu ada cutting dekat baju tu tapi tak nak jubah yang gelebeh2, nanti susah nak ke hulu ke hilir. nak drive pun susah, selain tu, colour dan corak yang menarik dan lain daripada yang lain,  coz usually my jubahsss is quiet difficult to be find. usually it comes from other country (syria, jordan dll) sekarang dah jarang pakai dress coz malas nak pakai berlapis2 (inner/ cardigan + dress). tapi dress yang agak memenuhi wardrobe ni saya pakai lah jugak (dolu2 punya koleksi. huhu). sekali sekala nak melaram tu boleh lah. tapi bukan selalu. below are my choices for class attire / usrah attire/ d whole day attire dll. casual je coz it's made up from COTTON 100%. so sesuai utk cuaca dekat M'sia yang sangat sejuk! 


sekali sekala nak melaram macam ni boleh la kot. kalau ada function mungkin akan pakai jubah camni. tapi bukan dengan tudung diatas yang totally OUT from muslimah's list! tolong jangan nak tipu. nak kata tu style tudung muslimah bagai. dada tu bukan aurat? out ok OUT! ok emo plak aku -.-'





jubah kat atas ni semua unik kan! jarang nak jumpa. harga pun JARANG jugak :D  100% kain cotton (sejuk) design lawa, tak jarang. yang paling best susah nak jumpa orang yang pakai jubah yg sama macam kita punya kat atas ni. ngeh3 ;)

dua2 ni sesuai untuk pergi pantai/ muslimah's beach party. 


ok, kat bawah ni my favourite ever! sgt stylo. sangat plexible, senang nak pakai & buka. kain dia macam COAT, agak panas tapi style! boleh pakai dengan jeans (macam minah arab)
winkwinkwink -.*


 

arghhh so cairrrrr. sekarang masih mengumpul jubah2 seperti ini. hoho. this is sooo me! gimme some money pleaseeeee.


worse comes towards let me be the muslimah's fashion icon thats follow 100% syara'. hmm why not kan. dah tu semua yang label diri tu muslimah fesyen tu hampehh. btw during my last sem, waheeda n akil haiy ada datang ke KUIS, i think waheeda punya transformasi patut di gembar gemburkan agar menjadi contoh! walaupun dia berpurdah, berstokin, bersarung tangan, TUTUP LITUP. tapi dia masih berfesyen. itu lah yang dipanggil muslimah fashion! sejuk mata memandang. bukannya dengan tudung yang belit sana sini, pakai berlapis2 (byk kot kainnya) tapi dada, leher tak ditutupi. ape cer? apa nak jadi?? insaf lah wahai wanita. maruah/ auratmu ibarat permata! kalau kita punya permata comfirm kita simpan dalam peti besi kan. so kita punya aurat pun harus ditutupi juga. renung2 kan selamat beramal.

 sejuk mata memandang ~

the conclusion are,
apa2 pun design/ corak/ colour sume tu jatuh no 2, yang paling penting MENUTUP AURAT! sekarang ni susah nak jumpa style yg betul2 ikut syara'. kekadang sedih rasa. sesuka hati je label fesyen yang terdedah sana sini (dada, leher dll) sebagai MUSLIMAH's FASHION? what the fish! kepada muslimah2 di luar sana. jangan jadi bodoh. jangan kejar dunia sangat, nanti akhirat berciciran. kita kena bersuara agar masalah ini tak berleluasa :)

Sunday, October 10, 2010

Hukum bersalam, mencium tangan, menunduk dan bersujud.

Assalamualaikum..

Saya pasti banyak yang musykil dalam bab salam menyalam, cium mencium, peluk memeluk, tunduk menunduk, sujut menyujut dan seangkatan dengannya. Ianya berlaku dalam hidupan seharian kita. Nak tegur tapi susah. Lagi2 nak tegur orang yang tak ada tarbiyyah (pendidikan agama berteras alquran & hadis). So nak share sikit. Hopefully tak berlaku lagi pada masa depan. (its happen during my last raya)

1. HUKUM BERSALAM :

perlu ke bersalaman & berpelukkan?? 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan" Dia menjawab: "Ya." (HR Bukhari) 
Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
  
Dari Athaa' bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersabda: 

"Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling menmberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (Hadis Mursal riwayat Imam Malik) 
Dari al-Barra"bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w : 
"Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu."? (HR Ibnu Sunni) 
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: 
  
"Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya. tetapi hanya kepada yang mahram baginya seperti bapa, bapa saudara kandung,adik, abang dll (yang sah whuduk baginya jika bersentuhan). Ada juga yang kata "boleh kan kalau salam tapi alas dengan sesuatu yang lain". Tetapi kebanyakkan ulama' tidak bersetuju kerana tiada kepentingan untuk bersalam maka ia perlu dihentikan.

Contohi lah pemimpin Islam yang 'alim (seperti diatas), 
ini sedikit sebanyak mendidik non muslim kita agar menghormati agama Islam.

ok, kalau ada yang kata "macam mana nak elak,, kalau dia (tetamu) dah hulur tangan. takkan tak nak salam. nanti kecil hati pulak" ya tapi,,anda kena tahu bahawa NIAT BAIK TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA. Maka, perlu dielakkan. mungkin anda boleh cakap “maaf tuan/puan, saya ada air sembahyang” (walaupun tak ada wudhu’, lebih baik tipu demi menjaga kesucian kita)." ataupun kalau nak direct "owh it's ok, haram hukumnya dalam Islam". Mungkin sebelum bertembung tu, kita boleh buat sedikit persediaan yang mudah seperti  apabila mendekati tetamu, letakkan tangan di belakang anda. Ini merupakan signal pertama bahawasanya kita tidak mahu bersalam. mustahil tetamu tersebut tak faham niat kita.

2. Hukum mencium tangan ketika bersalam :

Dan, ini yang paling suka saya tekan kan,, memandang sekarang dah menjadi trend cium tangan orang tak perlu. kadang2 kita tak nak pun cium tangan orang tu tapi dia yang tolak tangan dia (ketika salam) ke mulut kita untuk dicium. nak marah pun tak boleh, (serius bengang).
Al-Nawawi mengatakan bahawa :

"dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa, nenek, bapa/ibu saudara kita yang muslim"
maksudnya :  

1. tidak boleh mencium tangan orang alim (SAHAJA) jika dia menghulurkan dgn sombong
2. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah) agar tidak taksub
3. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
4. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
5. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi kerana itu cara bersalam bagi orang Yahudi (trend sekarang di m'sia juga)
6. Orang yang digalakkan dicium tangan adalah ibu bapa, atuk, nenek, ibu/bapa saudara, guru (orang yang perlu baginya). tetapi yang sekufu baginya seperti sepupu, saudara dll tidak dibenarkan mencium tangan agar tidak menjadi suatu kebiasaan.
Imam Nawawi menambah:
7. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar.


                             salam yang BETUL :)                        salam yang SALAH!
Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata:
 
"Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w." 

ini bermakna mereka mencium tangan baginda dengan niat menghormati pemimpin mereka yang adil, 'alim lagi wara'. Dan ini dibenarkan oleh Islam.


3. Hukum membongkokkan/ menundukkan badan : 
Dari Anas r.a., katanya: 
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." (HR al-Tarmizi)

Hadis di atas bermaksud:
1. Makruh membungkukkan badan kepada seseorang (seperti penyembahan)
2. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari permusafiran.
3. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.
tunduk seperti ini tidak digalakkan dalam Islam.
 
Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.Tidak digalakkan,, bukan maksudnya haramm tetapi lebih baik jika ditinggalkan kerana semua manusia itu sama darjatnya disisi Allah melainkan pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad saw.


4. Hukum bersujud kepada selain Allah

Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja. Jika ditanya, bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?
 
Jawapannya : Sujud yang dilakukan oleh para malaikat kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan. Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir.Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah yang wajib dipatuhi.Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah, maka haram melakukan, maka mencium kaki Rasulullah itu tidak jatuh hukum haram. kerana niat umat terdahulu yang menghormati pemimpin yang wara' lagi alim (yang tak wara' & alim tak payah la buat)
 sujud kerana dibuang padang? maka ianya diHARAMkan. melainkan sujud syukur diatas kejayaan gol. itu bermakna dia sujud kepada Allah.
Ada suatu ketika,,


Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah Tuhan seru sekelian alam."

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." (HR al-tarmizi)

Hadis di atas menunjukkan : 
1. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
2. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.
 
 ini lah sebabnya mengapa Islam tidak membenarkan sujud sembarangan agar ISLAM TIDAK DIPERKOTAK KATIKKAN oleh Kafir.
*gmbr ni lakonan yahudi bahawa mereka mampu menundukkan Islam. (??)
Ahli tasir mengatakan ada bebepa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:  
1. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah.
2. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah dengan menjadikan ka'bah sebagai arah kiblah kita.
3. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.
  

"Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf"(Yusof:100)

Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhamad (kita) di larang bersujud kepada selain dari Allah. 
 sujud seperti ini lah yang kita mahu. sujud kepada 1, RABBUL 'ALAMIN :))
  
wallahua'lam. Ukhwah fillah Abadan abada!
source : bicara muslim.com, iluvislam.com, al-ahkam.net, http://www.salamcyber.com dll