Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Abaya Kanak - kanak Perempuan

Assalamualaikum WBT..

Keifa hal? How's ur weekend? Hee. Mine, alhamdulillah.. Fully booked with families programs ect. Lucky enough to have 2 big family. Banyak program bersama. Eventhough suami takde, I still need to survive, and mix with all relatives including his',

Straight to the point. Yesterday i went toAeon Bukit Raja. I love shopping! yeay =p  At the in front of KFC, ada bazar muslim. i dont know the exact name. but semua yang jual tu utk orang Islam, contoh nya Jubah, dress, tudung, pin tudung dan lain - lain.

Masa jalan - jalan tu nampak jubah kanak - kanak. Then tiba - tiba teringat ada janji dengan my youngest sister. Janji nak belikan dia jubah arab. So, belek - belek.. Macam - macam design ada. For me, I prefer jubah design Burbery & Jubah yang print leopard sikit - sikit cz nampak different & soooo fashionable. Tapi macam tak sesuai utk kanak - kanak. And she's prefer yang simple.

Princess cut abaya, lining pink dekat tangan & leher (covered by shayla). Come with shayla. 


the price is RM70 only. For me the Abaya soo cantik & affordable sebab dah jenuh survey online. Semua tak cantik, tak ada arab's looking at all. I mean cutting jubah biasa (ala2 indon/ M'sia)  + design entah apa2. Kalau ada pun harga merepek meraban. Pernah servey sampai RM200 ++ Dari mesir/ Abu Dhabi katanya -.-

I bought dekat booth dia Aeon Bukit Raja. The owner's are very friendly. Dia buat pembelian online. Jubah orang dewasa pun ada. Dari yang mahal sampai ke murah. Harga depends on 'lampu' katanya (lip lap lip lap uolsss). Harus lah mahal =p
Boleh roger FB diorang dekat sini Beautiful Abaya

Kalau untuk jubah untuk saya sendiri pakai, saya prefer beli direct dari Egypt which is kirim dari my bro.. Sebab harga disana far way cheaper! Dan saya kalau beli jubah, tak sah kalau tak 4 5 pasang. Kalau beli dekat sini or beli online memang parah lah poket ni. I AM A BIG FANS OF ABAYA! Hee

Muka budak excited ada 1st Jubah dari Abu Dhabi.

nway, kalau nak beli Abaya kanak - kanak & dewasa yang ready stock. Nak ur own design (exclusive) dari Abu Dhabi, boleh cuci mata dekat sini Habaya N Silk Collection. Kalau nak ekslusif dari Qatar, boleh lihat disini Butik Abaya Tini. Kadang2 saya curi design Abaya dekat sini then saya tempah utk jahit jubah *mahal lah tapi* Their Abayas are superb! owh dunia~

ok, dah lepas 1 baju raya haji utk adik maniss peneman tidurku tatkala suami jauh nun di sana =') 

Thats's it for today,

Jazakillah

Thursday, October 18, 2012

Carbonara Asli

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat merasakan nikmat tidur di rumah sendiri. Golek - golek di katil sendiri. Malam hari tidur ditemani adik bongsu. Pagi - pagi prepare breakfast dan air kopi super power untuk ayahanda tercinta + tergarang sebelum dia pergi kerja. Sedikit sebanyak mengimbau nostalgia zaman anak dara. Ecewah. Nway pagi tadi masa siapkan breakfast untuk abi (which means my ayah), he asked me "ehh badan awak dah naik kan? ada 'apa - apa' ke?" Me just smiling like nangka busuk ^_^ Rasa pelik bila ayah sendiri tanya macam tu dekat anak sendiri.. hee

Ok, itu introduction, back to the topic which is carbonara. Since kahwin ni, dah jarang masak makanan yang sedap ditekak. This is because my hubby loves nasi so much! Bak kata my mother in law "Aem kalau tak makan nasi, boleh mati". So, nak tak nak makan juga lah nasi. Dan kebetulan dekat rumah mertua tu pun bapa mertua memang suka makan nasi. They don't eat ayam. Most of the time makan ikan. *sobs* sepanjang dekat sana, i missed my own cook, which is my favourite food. contohnya Soto, speghetti, nasi ayam, laksa.

Hubby selalu kata, kalau mengidam, masak jelah dekat dapur rumah MIL tu. Tapi honestly saya tak berapa selesa, dah biasa dengan kitchen sendiri. Lagipun rumah MIL, bukan rumah kita sendiri. Maybe tak biasa lagi sebab masih dalam fasa awal perkahwinan. Nanti dah lama - lama insyaAllah biasa.. Time macam - macam boleh masak ikut selera sendiri. Bukan apa, saya tak berapa suka makan nasi. Takut gemuk tu pun ya jugak tapi yang paling utama memang kalau tengok nasi memang automatik loya tekak. Korang pernah rasa tak? huhu

Memandangkan kembali 'bujang', ambil kesempatan ini untuk masak something perut ni nak makan. Saya ni jenis yang bila masak, saya akan guna bahan yang ada dekat dapur. Bak kata chef Wan, just mix n match. Actually since standard 5 lagi my mom dah ajar memasak. she used to say "cuba bayangkan masa masak tu kita dalam keadaan kesusahan/ miskin, tak payah ikut resepi sgt". huhu. Belek  punya belek dapur.. Almaklumlah dah jarang balik rumah sampai gula garam pun lupa letak dekat mana. haha. cz duduk rumah mertua, dapur rumah sendiri dah jarang sentuh melainkan weekend.

So, dengan itu saya decide untuk masak Carbonara. Tapi carbonara saya ni tak guna Prego. Ini yang asli punya. Tengok banyak betul spaghetti dalam cabinet, kalau tak masak harini memang confirm lama - lama masuk plastik hitam. I asked my maid to rebus the spaghetti & letak sikit minyak untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Kuah dia saya yang masak sendiri. My family and I don't really like maid's cooking. Dari dulu lagi kalau bukan saya yang masak, umi yang akan masak.. So, setelah lebih kurang 15 minit bertungkus lumus dekat dapur, Makanya, ini lah hasil nya =)

Maafkan saya, ini hasil hp cap ayam >,< Malas nak shoot beriya guna DSLR hubby

Ramuannya :
1 paket Speghetti (cukup untuk 1 family mkn)
Isi Ayam - dipotong kecil (guna daging cincang pun boleh)
5 biji bawang putih - dicincang halus
1 1/2 biji bawang merah - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - potong halus - halus (i love it, tu yang guna banyak)
1/3 buku mentega - untuk menumis bawang
3/4 kotak susu segar (kotak yg besar tu ya)
6 keping cheddar cheese (guna cheese ori lagi sedap. guna 1/2 cwn shj. yumm!)
arigano - campak2 ikut sedap tekak
garam secukup rasa

Terhasil lah ini :)

Im telling seriously it's super delicious! Dia punya lemak sebijik macam masak guna prego. Ni bukan sebab diri sendiri yang masak tapi....

ini buktinya :)

ini jadinya bila my lil sister balik sekolah. Masuk rumah, dia bau sedap.. terus campak beg & pergi dapur. Ada rasa terharu disitu.. ahaks! By the way, let me tell u something, I used to prepare food for my family since primary school. Even untuk open house pun saya yang masak. Umi just order "ok aisyah kita masak ni, masak tu" Bila tengok orang selera makan masakan kita tu, automatik kita yang lapar ni jadi kenyang.. Kalau dulu, ada aiman & ali which is my adiks lelaki yang kuat makan tukang menghabiskan makanan.. sekarang tinggal anis (the one in the picture) sahaja yang jadi tukang rasa, tukang habiskan makanan. The conclusion is, harini makan sikit sebab kenyang tengok orang berselera makan masakan kita.

ok, sekian sahaja update untuk hari ini. bagi anak - anak dara diluar sana. Selamat mencuba. Yang tak pernah masuk dapur, masuk - masuk kan lah ya. Rugi & malu sangat kalau orang perempuan kalau tak reti masak. Yang simple pun jadi lah. Air tangan isteri pengikat kasih suami. Heeeee.. Till we meet again..

Jazakillah =)

Wednesday, April 27, 2011

sabar sabar dan sabar

salam alaik..

niat harini untuk BE POSITIVE terbantut seketika dek kerana adik bongsuku, Anis Sakinah yang telah menjahanamkan komputer riba ku punya "keypad protector". Ini sangat - sangat menggeramkan! =,='

Ambil dekat Mr Goggle.

Kelihatan seperti 'small matter" kan? Tapi, saya memang cukup tak suka orang jahanamkan barang saya. Tak kira lah mahal atau pun murah. Saya cermat dengan barang saya, jadi siapa nak guna kena cermat juga. Saya mengamalkan konsep nilai. Dan tak boleh disangkalkan lagi, saya memang seorang yang berjimat cermat. In other word, just like my father, "Like father Like daughter"

im so mad right now! Anis, you better stay away from me. siapa suruh tangan gatal pergi tarik plastik dekat keypad tu? lepas ni, ANIS HARAM PEGANG LAPTOP KAKAK AISYAH. fullstop

Wednesday, September 22, 2010

bawah umur @ atas umur?

saya musykil. setiap kali nak keluar je dari rumah orang yang kami (my fam n i lah) datang beraya, orang pasti akan bertanya, "agak2 awak ni layak tak dapat duit raya?" tak ke kejam soalan tu. sedih gleeeee. kakak aimie dorang tak nak pulak tanya camtu. grrr. maka dengan hati yang sayu, membalas "dah tak layak kot, dah nak kawen dah, dah kerja dah, gaji ribu2 lagi kau" (jangan salah faham, sbnrnye bukan betul pun dah nak kahwin, saja nk perli dorang blk. gaji tak de lah ribu2. kuikuikui). "FYI ibu2 bapak2 im 18teen" yeah im part time bisnes woman (mempunyai pendapatan sendiri) namun, jangan lah tanya soalan yang seems like im 25+++.  saya muda lagi tau. nak kata sedih tak, agak happy la. maybe my character menunjukkan kematangan yang jauh berbanding umur sebenar. dalam erti kata lain AKU JAUH LEBIH MATANG BERBANDING UMURKU. yang sedih nya AKU TAKNAK PENCEN DARIPADA MENERIMA DUIT RAYA. hahaha. tamak gile. tak adil, kakak aku yang lebih tua tu boleh je dapat -.- tapi takpe,  hasil titik peluh sendiri lebih seronok dibelanjakan berbanding berbelanja hasil orang lain. 

hipotesis     : semakin melimpah ruah rezeki, semakin jauh kita dengan Allah, semakin  
                    mengais ngais rezeki, semakin dekat dengan Allah.
kesimpulan  : hipotesis diterima. hanya orang yang bersyukur dapat menanganinya :))

the conclusion is,
YEAH AKU DAH MATANG! 
(kalau sape2 tak puas hati, YOU SHUT UP!) 
salam alaik..

Wednesday, September 15, 2010

ketegangan mengajar kita erti KEMATANGAN.

          harini merupakan hari yang sangat MALANG. bermula dengan suasana di klinik pergigian orthodontic yang sangat lembap macam SIPUT sampai aku rasa nak baring je kat kerusi tu tak kira sape ade (tapi tak baring la. maluu) then, dalam keadaan yang lapar dari pagi tak makan beli lah kfc untuk adik2 sekali (im their banker, so sadd, i need sugar daddy ASAP! haha kidding) dengan niat nak lepak ofis umi then blk sme2. kemudian menuju ke ofis umi yang bertempat di asia jaya, pj. malang tak berbau. umi dah balik rumah. pak guard ofis umi memang tak guna 1 sen. masa call pukul 6 dia kata "pn rashidah ada meeting" then call umi pulak tak dapat. (umi mmg tak pernah reti charge hp! grrr lagi satu buat aku gerammmm) then dah pukul 7 bru umi call yang umi dah balik rumah pukul 4 lebih. kalau aku tau, memang trus straight balik rmh. memang macam "vfsrhvrtegfvngt" punya guard! membazir touch n go aku je.

            then try call umi. sampai naik kematu tangan ni dail. memang dah geram gle. (adoi!) then call abi, in case dia balik awal, boleh la tumpang sekali balik rumah. call2 dengan hasrat abi dtg amek, sekali abi kata "padan muka, balik rumah naik teksi" sumpah rasa macam nak terduduk nangis kat jalan raya tu. then redha jelah, lagi lama tunggu, lagi lenguh 1 badan. then cepat2 lari naik lrt blk. dah la dalam lrt tu sangat  sempit dek kerana orang balik kerja kan. macha, bangla, nigger, indon sume ada 1 world kau! habis laki perempuan kena peluk. errrr ladies coach pun ada jantan masuk. siap ada makcik ni marah "kena kasi 'potong' itu jantan yang masuk" but then, seriously i agree! macam mangkuk punya laki, sampai hati dia tengok perempuan berdiri depan dia. memang tak boleh suami! then berlari lah semula menaiki lrt ke kl sentral dan klang. and again train macam sardin. ni bukan sebarang sardin, ni bapak punya sardin. nasib baik aku berada di sebelah seorang lelaki yang agak kacak + gentlemen (tu yang penting) so tak ada lah kes kena raba what so ever, serious, laki tu stylo gle (huhu) yang paling penting dia sgt polite. he asked me to hold the 'tempat pemegang' dan dia pegang kerusi dek kerana keadaan yang sangat sempit then aku asyik tergelinjir. mse tengok dia mse die offer tempat pemegang tu, he looks like ADIB AZIZ. tetibe teringat pulak kat adib (dont worry takde nye nak jatuh hati kat lelaki tersebut just boleh puji lah sikap dia) harini otak sngat serabut, banyak kerja kena settle within short period. ikutkan hati memang nak nangis, but then buat2 bodoh je. dah la otw ke ofis umi tu dah meleleh, amoi depan tu pandang je. ok aisyah kuat! ape barang nangis depan orang kan. nangis sorang2 sudah.kadang kala tak semua perkara kita boleh kongsi dengan orang lain termasuk lah pasangan kita yang kita kata soulmate bla2 cz kekadang dia tak kan faham dan dia tak perlu tau! maka simpan lah sendiri. apabila sendiri pendam. maka ini lah jadinya. bukan setakat macam symptom nak datang bulan. ni bulan bintang sume ade! grrr

           dah dekat dengan shah alam cepat2 maek hp nk call umi, tup tup hp pulak bateri kong. makk aii memang hangin gileee. nak balik naik ape ni. bahaya naik teksi malam2. -.- then alhamdulillah abi dtg amek. masa ni terfikir nak mintak tolong seseorang pastu fikir2 balik, hmmm entah la..... tetibe rasa macam I DONT NEED YOU! tetapi, realitinya tidak :(

ok part akhir tu spoil mood aku. jmpe next entry, 

moral of the story, 
BELAJARLAH UNTUK BERDIKARI, DEFINE, ANALYSE, DECIDE AND ACT! IM TALLER, IM STRONGER, HOPEFULLY IM BETTER THAN BEFORE :)

sory lately sgt mls nk update blog. mood dah swayyyyy, drrr salam.

Thursday, July 29, 2010

prefer KIDS rather than guy! :)

              
              Last week my family and I went to Swiss Garden Resorts and Spa or also known as Damai Laut Beach Resort. As usual lah, ikut abi pergi outstation, kebetulan hujung minggu everybody cuti (esp anis, my youngest sister). Earlier on malas nak ikut. tak ada mood. lagipun malu dengan worker abi yang sudah tentu berkeliaran di hotel tu nanti. soalan biasa "anak tuan haji ke? muka serupa! macam photostat aje" dalam hati "memang lah, dah nama pun binti TUAN HAJI NOR HASHIMI!" ayoyo. tapi abi paksa jugak ikut, abi kata "tomorrow morning if you didnt pack your bag, then i'll bring you zero!" huuu *pasrah*. then dengan badan yang lemah longlai, ikutkan sahaja kemahuan mereka. sami'na wa ato'na ya kawan2! tak tahu lah kenapa. dah besar2 ni rasa malas nak berjalan. duduk rumah lagi best. kat luar tu panas, i need air cond! (cehh demand, gedik je)

            1st day tu macam biasa, lepak2 dalam bilik menghilangkan cramp di punggung akibat terlalu lama di dalam kereta (makcik dah tua nakkk, sengal sane sini ;D). then pusing kiri, pusing kanan, tengok line clear tak then bawa anis pergi swim (kalau ada budak2 ofis abi, malas nak turun, nanti kena temu ramah). just temankan anis swim je sambil duduk kat tepi pool sambil mendengar Kenny G dan baca Reader Digest *kalau duduk bodoh2 je, nanti umi membebel. but then ianya bagus untuk kita jugak :))

             Tengah duduk2 tetiba abi datang, huhu. "syah, dah makan belum? dah waktu lunch ni, umi mana?" aku jawab "umi kat atas, nemind kitorang nak tunggu cafe tu lekang tanpa sorang pun workers abi. we need privacy! sambil tersengih2" then abi kata "awak lambat nanti habis lah makanan tu" then abi snap my pic and walked to cafe.

im not ready yet abi dah snap, cesss. tengok tu dah tak cun! *perasan!*

dinner time :)
 
lepak tepi pool lepas dinner tunggu abi habis taklimat dengan worker.

               2nd day baru best. maybe sebab dah nak balik kot. huhu. pagi tu lepas subuh terus pergi pantai. wuuu sunrise lah konon *banyak couple tengah honeymoon time tu, sweet kot! eee dengki nya tengok* then leh kerana semua nya free di sini under nama company lah (jangan tertipu) maka guna lah peluang dengan sebaik nya. 1st main kayak. wuuu serius dah lama tak main kayak. last main kayak masa kat hira' kot (ok fine memang rindu kat hira') then dah puas sampai abang tu kata "mujur harini semua orang serbu swimming pool, awak boleh main puas2" haha. then lepas tu, pergi memanah (sedih gila i lost all my skill. susah nya nak attack! padahal dulu atlet memanah siap belajar memanah lagi, ok dah boleh malu dah) maybe sebab bow dia berat sangat kot. then tak pakai kasut. susah nak aim. tambahan, ramai orang time tu, malu orang dok tengok. then lepas dah puas, lama2 baru kena pada sasar. degil betul arrow ni (arrow jugak dipersalahkan, haha). sorry tak ada pic sebab camera dengan abi.

                Dah puas2 main, balik bilik then ambil swimming suit anis, then bawak dia pergi swimming. Alkisah, penemuan kanak2 yang sangat comel! jatuh jantung aku, tak boleh kutip dah. hehe. mula2 nampak budah kecik ni, kecik sangat tapi tak takut air, nama dia umar. huu dia asyik panggil "jom simming pool" dengan pelat2 comel. eeee comelnya. then aku cakaplah "tak nak nanti basah" padahal darurat, hehe. pastu tak tahan. nak jugak pegang dia. then dia ajak snap pic. dia suka pose (parent dia photographer kot. lens panjang gila gaban!) no doubt la dia suka pose :) lepas tu mak si umar ni turun ke swimming pool dengan seorang bayi di dakapannya. mak dia tinggalkan je baby tu kat kerusi pool then apa lagi, grab lah budak tu apa lagi. hehe. nama dia Adam. cakap2 lah dengan dia "baru mandi ye? wangi nye bau dia, bau minyak yu yee. nak angkat boleh? nape tembam sangat ni? geram untie tengok!" then baby adam sengih2 je. dia agah balik. then mak dia datang. mak dia kata "adam tengah belajar nak cakap, membebel je keje dia" dalam hati berkata "masyaAllah lawanya ciptaan Allah. nak macam ni jugek! cewahh ehem2" :)) then baby adam nak susu, so tinggalkan lah dia pergi menyusu badan. then datang budak 'sihat' kat sebelah kerusi tempat aku landing. dah tau dah ni kakak baby tadi. huhu. so tanya lah "hai lawa, nama apa?" the dia jawab "aishah or nama glamour ecah" haha. cehh tak boleh blaaa nak nama glamour! then aku cepat2 "eh gimme 5! nama untie aisyah jugak tapi bukan ecah, tak glamour nyahhh" then she laughted like hell. haha. then tengok semakin banyak budak melayu kat pool ni. then duduk kat tepi je. tetiba umar pergi campak goggle kat tempat dalam dan dia paksa aku masuk dan ambilkan goggle tu. dalam hati "eeew pandai budak ni mempermainkan aku" then masuk jela. kaki jelah yang basah. then umar kate "macehh" wuuuu caer aku weyhhh.

with lovely 2 years old UMAR  :)
*jom ikut untie balik jom.

with cutie 3 month ADAM :)
OK COP NAK BABY COMEL & CERDIK MACAM DIA! :)))

with 4 years old AISHAH 'sihat'
*look at her tummy,nyumm sedap!

anis said "nak adik macam umar! cute."
atah said "pergi cakap dekat umi. HAHA"
umi said "cakap kat atah, pergi cari calon yang soleh2, kahwin then bagi anis anak saudara yang comel, umi pun nak!"
atah said "eeeeuuu ape ni? saba2 lek dlu"

with 2 years old ASILAH. 
swimming suit dia comel! bagus kecik2 dah menutup aurat :)
orang suruh peace tapi dia pergi buat thumbs up. haha. comelnya lahai.

kenangan terakhir dengan budak2 ni. 
dari belakang : asilah's siblings and amoi :)
dari depan : aishah, umar, anis, diyana, luqman,
rasa tak nak balik! uwaaaa -.-,

macam biasa lah kalau nampak MINI CLUBMAN or COOPER, abi mesti nak pose :)

moral of the story is,

"anak itu kurniaan Allah yang tiada tolak bandingnya, ada hikmah disebalik ciptaan Allah. anak lah yang menjadi penyejuk mata tatkala kita resah. anak juga lah yang akan meneruskan perjuangan, dakwah Islami kita (insyaAllah) malah akan mendoakan kita tatkala kita 'kesunyian' di alam sana. maka TARBIYYAH LAH DENGAN ILMU ISLAMI dan JANGAN LAH BUANG ANAK :)"

semoga kita bertemu lagi ya adik2 comel :)

the end, 
salam alaik

Wednesday, July 14, 2010

Pendengaran bukan segala galanya

            Ceritanya begini, last few weeks my family and i went to penang. To attend my bro punya hari anugerah kecemerlangan. huhu. every year memang dia dapat. dah muak actually. tapi oleh kerana tahun ni dia dapat anugerah kat sekolah lain, SMK Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan Pulau Pinang. Walaupun sekolah tu jauh, but my parent still spend time ambil anugerah dia. Ini kerana dia anak istimewa so kena lah treat dengan begitu istimewa juga.

            The things that i want to share when i was there are 1st, walaupun mereka (students/ budak2 OKU) tapi mereka sangat berdikari, berkarisma. kenapa? kerana mereka sekolah pendidikan khas sahaja yang ada budak umur 6 tahun dan ke atas yang duduk asrama even boleh survive dan jaga diri (seawal tadika? gempak kan). my lil bro pun duduk hostel seawal 9 tahun. budak2 normal tak ada pun kan? 2nd, mereka sangat polite compare with budak2 SMK yg NORMAL! Apabila pelajar bertembung dengan ibu bapa, mereka akan berhenti tunduk dan bagi salam (yang muslim). furthermore, pakaian mereka sangat kemas. tak ada pun SELUAR CIKANG yang menyakitkan mata (macam rempit, machaa!)
              Jangan surprise, even dorang ni deaf, telinga je prob, mulut boleh guna cuma tak berbutir la. at least mereka ada budi bahasa dengan memberi salam dan itu sudah membuktikan attitude mereka, cuba pegi sekolah2 biasa, memang haram la SEMUA nak bagi salam. bukan tak ada tapi jumlahnya SEDIKIT, tu pun pelajar2 yang kelas pandai kerana mentaliti yang jauh berbeza (setuju bukan, ini REALITI). so, jangan pandang rendah kat budak2 OKU ni. hello i tell u olllss muka depa 1000 kali ganda lagi bersih daripada budak2 tepi jalan yang normal tu. tak caye, tengok pic bawah ni ;

 
Allah menjanjikan syurga bagi mereka, sebab tu lah muka mereka ada Nur.
my bro yang pakai t-shirt at the center =)
        
            Lagi satu perkara i would like to share is, sekali sekala apa kata kalau kita muhasabah diri. pernah tak kita bersyukur dengan kurniaan Allah? pernah tak kita hargai orang yang melahirkan kita dan menjaga kita? pernah terdetik tak dalam hati kita "eee jijik je dengan orang ni" apabila orang kurang upaya menyapa kita? maybe we sholud listen to this video. then we will know the answer,and will realise yang kita ni begitu kerdil, hanya lah manusia biasa. kadang kala begitu alpa dengan keasyikkan dunia. tu lagu performance koir form 5, mereka tak nyanyi tapi translate into bahasa isyarat. tapi sangat terharu (sebab i knew bahasa isyarat). cuba pejam mata sambil dengar lagu ni dan hayati, seolah olah kita berada di tempat mereka. (lagu ni cilok kat youtube, sorry sebab real persembahan lupa nak record)
 
Meraka yang perform turut mengalirkan air mata apabila melihat VIP, ibu bapa dan guru2 mengalirkan air mata.
ya Allah pelihara lah mereka dunia dan akhirat. amin!
 




the moral of the story is :
Jangan pandang dekat orang yang mempunyai LEBIH kerana we will lose our syukur, tetapi pandang lah dekat orang yang mempunyai SEDIKIT kerana kita akan sentiasa muhasabah, we will always remember Him and will always pray for his forgiveness, InsyaAllah.

Tuesday, July 13, 2010

kinda lonely~

             Act my dad went to Beijing for a week atas urusan kerja. Maybe i should call it heaven! hehe. Because, i don't have to cook, make his milk n teh tarik for a week! Besides, its not easy for umi and i to go anywhere, every where freely. wuu. this is soo heaven ;D But since he went there, i keep on thinking either he is fine there or not. Just now, i saw in Buletin Utama, China is having earthquake. omg, im so worry seriously -.- 

 
           
               I still love and bother bout him even though he always punish me (once upon a time, well anak bertuah) huhu. like umi always told me "awak lah anak yang paling senang bersalin, tapi susah nak jaga. Tu yang abi kena garang sikit dengan awak, kalau lembut2 ingat awak nak dengar? marah n rotan tu tanda sayang!". well, actually when he's at home. we were rarely talk n he is kinda quiet person. So, i dont have any idea or topic to share with. But deep inside sayang maa. n n n yesterday, he send an email to me ( i think it was for umi n he just cc it to me), 


"SINI TAK BOLEH fb LAH. DIHARAMKAM ! very leceh. aiyaa. Cuba lah belajar download skype, nanti boleh buat free call thru internet. laptop kat rumah dah ada web cam, dah cukup syarat. you all jalan2 kemana ?  How is anis ?  Feel so lonely without you all. Miss you !" 

               So tonight, i cant sleep and sweet dream lah. ahaks! ;D psstt sure i miss my dad, because he raise me up, he support me totally, he working all day long for my education etc. Even though u are soo garang sometimes, n im soo naughty, no doubt. hehe.   
 
I LOVE YOU ABI!
 MY DAD IS BETTER THAN UR DAD!