bersambung dari part 1, this gonna be a super long post. gentle birth as possible. So, anti gentle birth, kalau tak nak sakit hati mohon jangan baca. Nanti tambah dosa tak memasal. Mak tak tanggung ya :)
Disclaimer : gambar di dalam ni hak persendirian. haram bagi sesiapa sebarkan without consent! u better watch out!
Basically ini birth plan yang dipersetujui Dr Khamsiah. Kesemuanya tau. Actually ada yang proper bertaip komputer masa bagi doktor sign masa last appt tapi masa pergi hosp boleh tertinggal dekat dalam hbeg! stresss nya. Tapi no worriesm, since doc dah ada copy. So buat lah mcm atas ni as backup just in case diorg minta, Doktor dah ingatkan haritu. Birth plan please letak atas meja di LR utk pengetahuam nurses just in case depa lupa. Sekali rupanya nurses semua dah take note. Dr dah inform diorang awal2. Bagus kan Dr ni.. Aku tak dapat all 4 position. Terkilan lah juga. tapi takpelah.
14/4/2015 (Selasa)
40 weeks ++
6.30 pagi
Pagi ni bangun macam biasa. Pergi toilet check ada mucus plug kuning tebal. Takde darah lagi. After solat subuh dengan suami aku senyap jelah. Tak bagi tau pun malam tadi macam sakit ke apa. Sebab aku tau suami aku ni cuak kebebeh sikit. After subuh terus sambung tidur after suami off to his office. Sebab malam tadi layan surge sampai pening kepala so kodho' la balik. Aci kan. Hee
8.00 pagi
Bangun nak pergi pergi toilet. Sekali tengok ada bloody show. Sikit jelah dalam 2-3 garis.. So relax je. Sebab air ketuban tak leaking lagi, contraction pun 2-3 jam sekali. still bearable! tu yang penting. Just keep calm and ingat benda baik2 yang positive bak kata doulas. masa ni ada whatsapp & scroll group GB & HB. inform em darah dah keluar sikit. Diorang pun cakap monitor jarak contraction, make sure baby gerak dll. I did with all natural inducer since 37 weeks . Antara natural inducer yang aku amalkan ialah make love almost everyday! The best inducer, i took nenas everyday. 1 slice per day, wajib!. makan pedas. my husband did perineum massage almost every night, minum air kelapa segar. consume EVCO as well dll)
9.00 pagi
Umi masuk bilik kejut suruh bangun.. Kebetulan harini umi MC. Umi minta tolong hantar umi ke klinik. High BP pula pagi tadi, Then aku bangun, tetiba umi nampak darah meleleh kot celah peha sampai betis aku. Kat katil pun ada darah. Lupa nak alas pagi tadi. Dalam hati "alamakkkk kantoi la pulak. kang laki ku tak gelabah. mak aku yg gelabah!".. sekali betul! umi paksa siap2. umi tak bagi bagitau suami. Umi kata "lemme send u to hosp. umi tak nak sambut anak awak dekat rumah ehhh." lol.. mak aku pun takut aku buat keje gila. kui3
Bloody show. Rasa macam period pain je. still bearable.
10.00 pagi :
Aku boleh buat tak tau je. Boleh jalan2 pergi dapur buat air, naik atas, breastfeed ghufran, packing bag, main hp.. Tak mandi lagi masa ni even umi dah standby nak hantar ke hospital.. Ignorance gilos kan iolss. hahaha. sebab aku tak rasa sakit lagi.. i dont want to wasting my time duduk dekat hosp pastu kena ikat CTG lama which might slow the progress. Pastu mental aku down, pastu kang tak memasal kena induce. no no no no...
sampai umi sound "awak macam2 kang umi hantar awak ke hospital ampuan rahimah!".. hahahhaahahha. iolss gelak je. pastu ada la sikit2 gaduh2 manja. Pastu fikir kang gaduh2 susah plak nak bersalin. Tak berkat gitu.
End up i whatsapp my husband. inform dia. atleast bila suami aku ada, umi tak boleh paksa macam2. suami aku tahu pendirian aku. sebab hari2 isteri dia azankan kat telinga dia ;D the i whatsapp n i told him "darah dah turun. tapi sikit je. air ketuban tak pecah lagi. contraction 2jam sekali. u tak payah rushing. i belum sakit 1 hour apart lagi. paling kurang pun contactions 10 minutes aparts baru i akan ke hosp". sekali suami aku ni jenis cuak kebebeh jugak.. Pukul 11 dia dah sampai rumah. halaaaaahai. jammed otak mak -.-
End up i whatsapp my husband. inform dia. atleast bila suami aku ada, umi tak boleh paksa macam2. suami aku tahu pendirian aku. sebab hari2 isteri dia azankan kat telinga dia ;D the i whatsapp n i told him "darah dah turun. tapi sikit je. air ketuban tak pecah lagi. contraction 2jam sekali. u tak payah rushing. i belum sakit 1 hour apart lagi. paling kurang pun contactions 10 minutes aparts baru i akan ke hosp". sekali suami aku ni jenis cuak kebebeh jugak.. Pukul 11 dia dah sampai rumah. halaaaaahai. jammed otak mak -.-
11.00 pagi :
sampai rumah dia kata "i ada keje kena siapkan. pastu ada concall dll. Pastu kita pergi hosp ya".. Dalam hati aku.. fuhhh alhamdulillahhhh. hahahha
12.00 tengahari
Contraction masih lagi 2jam sekali. Tapi husband paksa juga ke hospital, hospital 4km je pun dari rumah. apa benda la nak rushing sangat. Bukan lari pun hospital tu. Memang kena bebel jelah suami masa ni. hahahhaha
ku heret gymball ni ke hosp since doc kata hosp tak provide gymball. Nurse barakah siap terkejut tengok ada gymball dlm ward
Dah sampai hospital tapi tetiba contraction tak datang. Then aku cakap dengan husband. relax la. lepak2 dulu.. punya la nak mengelak masuk hospital sampai cakap "Doula i kata if u can smile, u can facebooking. means its not the time yet! U ingat bersalin tu mcm berak ke? surge sekejap pastu puff? pastu cuci and clear?" hahaha amik suami aku kena marah lagi.. then ktorang pergi makan subway.
Ambil gambar dekat instagram je. Ghufran dekat rumah dengan Tok Umi..
Pastu go back to hospital still aku tak nak masuk lagi. So lepak jelah dalam kereta sambil suami baca doa untuk air selusuh.. Dan usap2 perut sambil doa.
kebetulan parking depan kedai ni. masa ni husband buat lawak bodoh dia cakap "syg, u nak bunga? mana satu u nak? i nak bagi u bunga sempena u nak bersalin ni".. masa ni rasa nak tumbuk je weh.. anniversary ke birthday tak pernah nak dibagi bunga. ingatkan betul2 nak bagi bunga rose ke hape ke.. sekali bunga atas ni.. Masa ni cramp perut mak tahan gelak.. Gelak2 sampai contraction datang.. Annoying gila -.-
1.00 Petang :
After gelak2 contraction datang. So masuk la ke hospital untuk register. Bagi tau nurse ada bloody show. Ada mild contraction. Then buat CTG 25 minutes nurse kata not really strong tapi contraction dah ada.. Then aku balas "haaa kan dah cakap. Belum time. hati saya ni betul" lol punya lah takut kena paksa warded.
After keluar dari buat CTG, Ada lah gaduh2 sikit dgn husband. Doc dah agree not to do VE kalau tak perlu. since jantung baby cun, BP aku pun cun, mild contraction je. aku pun tak demam. Takde leaking. So tak kisah pun aku nak buat VE ke tidak. tapi kalau nk buat lagi senang keje. boleh tahu progress bukaan..
While CTG. Mak sihat lagi. Siap boleh tangkap gambar sendiri. Haha
sekali,, suami pi roger orang lain aka doctor. dan orang tu suruh VE.. so suami pun paksa aku buat VE. aku baru ingat nk lari keluar nak cari natural inducer air kelapa, nenas dll. Sekali terpaksa buat VE. Paksa rela tau, pasal kang kalau gaduh lelebih nanti mak stress anak stress, nak bersalin pun susah.. apa pun tak dapat.. (next baby jangan harap suami aku boleh simply whatsapp minta opinion orang luar. supposedly dia yang join course & gain experience. ni tak. wife pergi sorang. pastu dia blh seek opinion dgn org yg bukan pro gentle birth).. hangin otak mak masa ni
Muka suami yang tak bersalah paksa isteri VE. Suruh cucuk pitocin pun dia tak kisah agaknya. Dia dengar kata2 doktor dia je :(
Dan buat lah VE, dapat tahu dah "Dah 6 cm la puan. Dinding dah lembut. ur time is really soon. kena warded dah ni" tambah nurse tu lagi. Suami dengar dia terus cuak. Aku tak rasa akan beranak harini. Paling2 pun esok subuh or tengah malam.. Still aku tak nak warded lagi. i told husband. i dont care. i nak keluar cari nenas, i nak air kelapa, i nak jalan2. Then kebetulan ward penuh. Kena tunggu patient single room keluar in few more hours. So dapat la jalan2 sementara tunggu orang tu discharge. Dapat lah pergi makan rojak buah extra pedas extra nenas. wee wee wee
3.30 Petang :
Baru dapat masuk ward. Bilik Khadijah. Pakej single room. Ada small katil untuk companion. Ada tv, fridge, attached toilet. 1 seater sofa seat dll.. After check in ni contraction macam makin kurang. 3 jam sekali pulak. Down rasa. Adoii
8.30 malam
Nurse masuk bawa Bubur. i'm bubur lover. so Pada aku sedap bubur nya. aku makan sampai habis. tapi still lapar! haha. Glad that umi datang bawa nasi goreng kampung super pedas! sedap giloss. natural inducer juga tu kan. i feel goooood! Aku rasa i need extra oxytocin. So umi datang bawa Ghufran. Aku peluk2 dia. Rindu macam setahun tak jumpa! haha. Jarang tinggalkan dia without purpose. Tapi once dia datang hospital habis semua benda dia kemas. haha.. Abi on the way back dari office terus drop by hospital juga. So penuh sesak bilik. semua excited nak tunggu baby keluar.. Umi siap pergi dekat nurse suruh cucuk je aku suapay cepat sikit beranak. sabo jelah.. haha
Abang long ni sibuk nak conteng birth plan mama.
berebut gymball dengan mama. haha
11.00 malam :
Ward dah mula aman. Umi balik bawak Ghufran nak tidur dah. Masa ni contraction 2 jam sekali. Ada improvement compared maghrib tadi. Masa ni mandi siap2. Mandi air panas. Layan surges. Syampoo rambut wangi2. scrub muka siap2. konon2 nak nampak cantik after labour macam Che Ta. Muahaha. Masa ni perut dah kenyang makan bubur, biskut & nasi goreng kampung pedas tapi still request suami pergi belikan char kuew teow tepi jalan depan tu. takut beranak subuh kang tak dapat makan dah. Dan akhirnya dapat juga char kuew teow kerang. sedap! happy tummy. happy baby.. alhamdulillah. Then i decide to take a nap. Before that aku suruh suami buat air milo suam utk layan masa surges utk tambah tenaga. Rasa macam jap2 lagi nak guna tenaga. again listen to ur body.. simple
15/4/2013 (Rabu)
12.00 Tengah malam
nurse senior masuk minta nak buat VE sebab poor progress katanya.. Tapi jantung baby masih cun, air ketuban tak leaking juga. HB aku pun ok. Buat VE tengok dah 7 cm. masa ni Nurse pujuk2 nak minta pecah kan air ketuban. Aku geleng tanda hormat dan minta dia baca birth plan yang doktor perstujui. Masa ni suami aku macam nak terpengaruh dengan nasihat nurse. nasib baik aku sempat cubit tangan dia kuat2. so dia faham la kot. dia senyap je..
1.00 pagi
Aku dah rasa lain macam. Badan shaking. Contraction datang selang sejam. Aku squad tepi katil sambil pegang bahu suami. sambil2 tu dia urut spine. i felt relieved! Dia hulur air milo suam. Aku hirup slow2 sambil control breathing. Masa ni husband dah penat. Malam tadi dia sibuk siapkan report office. Pukul 12 mata dia dah merah minta nak tidur. Sabo jelah. Masa ni sakit rasa nak je marah boss dia. wehh bini dia nak bersalin kerja tolak tepi jap boleh tak. kang bako laptop tu kang -.-
in between surge dia tidur. Tapi masa next surge aku panggil dia dia tak sedar! sakit jiwa makkkkkkk
2.00 pagi
Kesian dekat husband. So biarkan jelah dia tido. Kang kalau dia bangun dia gelabah habis dia panggil nurse lagi.. kang aku kena angkut masuk LR. Then aku naikkan kepala katil, squad atas katil sambil J breathing.. Lampu bilik awal2 dah dimmed kan. so it helps a lot! Rasa relax.. Cuma buka tv yang tengah pasang ayat quran. Bila surge dah reda aku cangkung tepi bucu katil suami.. Dan bila surge datang lagi aku datang tepi suami. aku cengkam kaki dia, Minta urut. Masa ni dia tolak spine. urut2 sikit.. Aku sakit2 hp setia disisi dengan contraction timer.. Masa ni 45 min sekali.. Padan rasa sakit semacam
3.00 pagi
Layan contraction sambil berpeluh2. Aku keluar masuk tandas sorang2. Pee la poo la. Aku memang takde amik ubat buang air sebab awal2 cakap nak free moving masa labour. Ada satu masa tu aku stuck dalam toilet. kaki mcm kena current. Panggil suami dia sedap tido. Then aku buka baju sume dan layan air panas. End up aku mandi! setengah jam aku squad dalam tandas. mandi air panas. Air suam simbah dekat spine. fuhhh wallahiii rasa segar & kurang sakit. no wonder beranak dalam air kurang sakit. Suami aku tak sedar pun aku mandi.. masa ni contaction datang 30 minit sekali. Aku monitor melalui jam dalam bilik je.. Pastu agak2 mcm dah tak boleh tahan aku jerit "RAHIMMMMMM" then baru la suami aku datang. ingat bos dia panggil agaknya! hahaha. Then husband datang pakaikan kain.. since aku dah membongkok2 jalan nak ke katil. Baju nya sng je pakai. kain tu payah sikit nak ikat. kang terlucut, terpijak, tergolek dah 1 hal.
4.00 pagi :
in between surge aku try tido tapi tak boleh. Kalau naik katil makin sakit rasanya. So aku bounce je atas gymball. sesekali tuka posisi. semua posisi aku buat. still tak boleh lena. then i started to realise.. dah nak sampai masa ni. Bila jenguk2 contaction timer rupanya dah 15 min apart contraction. Aku sway sampai kekadang hilang kewarasan tarik2 rambut siap. Sakit nya wehh.. Start dari pukul 4 pagi ni aku stay je tepi katil suami. Bila surge tu aku kejut dia suruh urut belakang. Ambilkan kurma. Aku duduk hujung gymball sebab bawah dah rasa mcm ketat. Kalau duduk betul2 rasa sakit mcm baring. Masa ni i talk to my self "aisyah.. kau dah fight sampai sekarang. jangan putus asa. keep going!". Kesian suami masa ni bangun setiap minit aku cakar pasal tak tahan sangat. Then pukul 4.45 aku dah tak kacau dia. aku try counter sendiri even contraction dah 6 minit sekali..
5.00 pagi
Aku try naik turun katil tak jd juga. Kepala dah pening. Aku dah penat layan surges. tetiba sakit menggila. takde gap! huiii mengganas contaction ni. J breathing aku pun dh kelaut. aku datang sebelah suami. aku gigit & cakap "sayang. call nurse. dah 1 min aparts. tak boleh tahan dah". suami aku bab panggil nurse laju je. haha. cepat2 nurse datang. Nurse tanya nak apa ya? aku jawab "dah selang 1 minit!" Cepat2 nurse datang bawa wheel chair. Then aku kata "no.. kepala dah rasa dekat bawah. saya nak jalan je". Ward dengan LR sebelah2 je. so dekat jelah thats why aku prefer jalan. masa ni aku layan surge dalam ward. habis je rasa cepat2 aku mengesot sambil pegang suami ke LR. sampai LR tak dan nak naik katil dah rasa contraction lagi. cepat2 nurse pegang. Sway jelah tepi katil LR tu. Dah habis baru naik katil..
Naik katil 1st thing aku bukak tudung! sebab panas sangat padahal LR sejuk gila hubby cakap.. tanda2 nak bersalin la tu. dan sebab doktor, nurses semua perempuan tu yang aku confident cabut tudung. so ok lah. sempat juga remind suami "jangan bg i jerit. remind i jangan angkat punggung tau bla3". di LR aku tak dapat bersalin in all 4 position. Dr bagi atas katil 45' so ok lah atleast tak baring habis macam dekat PPUM. heee terseksa mak rasa masa tu.. Masuk2 je buat VE. Nurse kata dah fully dilated! Doktor tak sampai lagi! 3 minit lepas tu baru doktor sampai. Doktor kata nak pecah air ketuban tak? dah dekat sangat ni. Aku geleng lemah. Pastu next surge merasa ring of fire! aku genggam tangan suami aku sampai cramp tangan suami.. pastu terus air ketuban pecah. Dalam hati aku frust! Kena improve breathing lagi for the next baby. Baru ingat nak baby keluar sekali kantung. Sobs!
After ketuban pecah Doc kata "ehhhh kepala dia dah keluar ni. kena cepat. nanti dia lemas". Aku masih lagi waras masih terngiang2 jangan jerit even terjerit juga "Ya Allah sakitnyeeeeeeeeeeeeeee!" hahaha. dan aku masih control breathing. visualisation. Fikir baby dah dekat bawah. tggu nak gelongsor je. Relax jangan push over2.. then next surge pufffff baby keluar.. Fuhhhh lega rasa
Baby keluar2 basah kuyup berlendir terus skin to skin as requested. doktor letak Ghazi atas dada aku untuk immediate breastfeed. Pandai pula Ghazi mengesot naik cari susu. mashaAllah masa ni rasa mcm wehh ni anak aku ke? comel gilosss.. masa ni sempat aku tarik tangan suami sambil cakap "tangkap la gambar i dengan baby" tengah sakit2 tu igt lagi tau nak tgkp gmbr. hahaha. stress aku kenangan bermakna ni dia tak tangkap gambar pun. dia takut dengan doc ke dia nebes dapat anak baru ke apa ke aku pun tak tau. End up takde gambar in labour pun. sabo jelah :(
Then tup2 the next surges, doc dah keluarkan uri. pastu dia letak tepi since aku minta DCC. sambil2 tu doctor lap2 darah. Aku sempat tanya "tear tak doc?" Doktor kata "i would say not even 1st degree tear! just intact. bagus awak handle breathing. Good progression. Tear ni nak jahit tak?" tanya doktor. Then aku tanya balik "bukan kalau intact tak payah jahit ke?" pastu doc balas "terserah puan. kalau nak cepat sembuh. lebih baik jahit. kalau tak mudah kena infection & kalau kena darah/ air kencing dia pedih sikit" kemudian aku dan suami pun bersetuju utk jahit sebab masa deliver ghufran pernah kena kencing kotor & luka bernanah. sakit nye masa tu. so mak insap! Sekejap je pun doc jahit. 2x je kot aku nampak dia angkat benang. pastu dah siap jahit luka & dah DCC for 15 minutes +- doc bagi husband gunting utk potong tali pusat pastu azankan.
Kemudian Ghazi diambil untuk dilap & ditimbang. Nurse kata kita tak mandikan dia sebab pagi sgt ni.. Kejap lagi kita terus bawa dia ke ward. Esok pagi baru kita inject BCG. After 20 minutes dah boleh balik ward. Nurse tolak katil sampai bilik. Aku sempat capai tudung n pakai semula sebab guard dekat luar tu kan laki. aurat yuuu. Nasib baik ingat! Dah syok bersalin nyaris lupa sarung tudung! hahaha
sampai bilik sambung menyusu. Nmpk tak rambut Ghazi masih berlendir tu? hee
Pukul 6 pagi walaupun mengantuk, penat after beranak. Tangkap gambar la dulu. heeeee
Amir Ghazi Bin Abdul Rahim
5.23 pagi. 2.72kg
Gentle Birth Baby
Lain sangat sangat sangat lahir anak kedua yang gentle birth ni compared yang sulong like normal practice di PPUM. boleh refer last 2 post aku tu. Berrsalin kalini lenih bertenaga. Lebih bersedia & Lebih ceria. Susah nak cakap. Korang kena rasa sendiri. heee.
Bersalin subuh, pukul 12pm dah boleh discharge. Nurse datang bilik siap tanya dekat mana belajar bersalin Hypnobirthing ni? Dia pun tak sangka aku boleh counter contraction sorang2. Masuk LR untuk deliver sahaja. Nurse tu macam terkejut sebab sepanjang malam tu nurse jengah2 masuk aku cakap so far so good. Padahal Allah jelah tahu. heee
After all i would like to say tqvm to my beloved husband sebab you trust me! even so so kekadang. haha. tkasih bayarkan bil hospital juga. heee. dan juta2 lemon terima kasih kepada Dr Khairiah Seman sebab sangat baik, sangat soft spoken approved birth plan saya walaupun ia nya bukan normal practice di hospital tersebut. Terima kasih juga kepada nurses yang sangat positive, senyummm je masa treat saya. Tak ada satu pun perkataan negatif caci maki diorang keluarkan sepanjang handle aku yang dikategorikan sebagai cerewet ni. Terima kasih juga kepada umi abi sebab jaga ghufran &sanggup apply cuti utk jaga sebelum & selepas bersalin. tqvm to adik2, anis & ali sebab banyak jaga ghufran while mama in labour
Ghazi masa 3 - 4 bulan
1 year old Amir Ghazi
Budak manja. Nak pelukkk je dengan mama
Dah pandai jalan 4 - 5 langkah.
Fully breastfeed until now insyaallah sampai 2 yo
Kuat makan. Suka carbonara & pasta. Tak gemar nasi sangat. geng mama. yeay!
Happy 1st Birthday Amir Ghazi..
moga menjadi anak soleh wa musleh. Menjadi asbab saham mama & papa ke syurga kelak
Moga berjasa buat agama bangsa & negara
Mama loves you to the moon and back! :) <3 p="">
3>
tqvm baca post super panjang ni. moga peroleh manfaat
3>
tqvm baca post super panjang ni. moga peroleh manfaat
Yang baik dari Allah. Yang buruk dari diri saya sendiri.
jazakallah.