Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, October 21, 2012

Make over hubby =)

Assalamualaikum WBT..

Harini saya nak share one of the excited feeling sebegai seorang isteri.. Saya rasa isteri je yang mampu & layak untuk lakukannya. Dan ianya tanggungjawab isteri selain jaga zahir batin, makan suami dll. Iaitu jaga pakai nya. Ini bukan kerja mudah honestly. Lagi2 kalau dapat suami yang itu tak nak, ini tak nak. Pendek kata cerewet. Kalau setakat gepren saya rasa tak perlu gelabah nak make over buaya pren. Orang luar tengok pun macam geli pulak tengok kan? Tunggu halal, nak 'make it over' pun volehhhhh? Heee

Basically my husband ni sangat sangat sangat sangat simple.Can u imagine, masa mula - mula kahwin, masa saya bawa baju pergi rumah dia (bertandang), baju saya lagi banyak dari baju dia dalam wardrobe. Baju kerja dia ada dalam 8 helai sahaja which is dia rotate je every week, seluar kerja ada dalam 4 helai (tolak yang dah tak muat pinggang. LOL). Baju jalan pun sama, geram tengok. Tapi Abi (my dad) kata, nemind. Orang laki tak payah particular sangat. grrrr

1 week lepas kahwin terus saya curi - curi pergi Shopping Mall (i informed him tapi tak cakap la beli apa. haha), i bought for him 4 helai baju kerja yang looks more nead & presentable, belikan stokin, tie, belt, everything head to toe! I bought a lot! rasanya sepanjang hayat, itu lah $$$$$ shopping yang paling tinggi pernah saya keluarkan ketika shopping. Thanks to MARA. LOL. If u asked my mom, saya ni jenis yang sangat saving. Jarang utk lihat saya membazir. Tapi lain pula bila dah jadi isteri orang. Mungkin sebab tak tahan tengok hubby rotate baju. It doesnt mean my hubby tak handsome. I just want him to look more presentable. Saya tak pentingkan jenama mahupun harga. Yang penting berkualiti, selesa, kemas, design dia cantik & segak dimata isteri :) oleh kerana hubby lebih suka kemeja plain (selalu ada meeting. lebih presentable katanya). so, im looking for it

Found this kemeja at Aeon. Love the colour! My heart was like "mesti beli 1 utk hubby"!
Unluckily no size *frust*

My husband bukan macam my two brothers yang particular on their outfit & muka. Hubby tak ada facial cleanser, lotion dll pun. Tapi yang pelik muka dia bersih. Tak oily & tak ada jerawat langsung. "kuasa wudhuk" katanya. My hubby cuma ada minyak rambut & perfume (alhamdulillah ada juga alat pendandan. kui3). Tapi apa2 pun alhamdulillah dia still jaga kebersihan. Tak ada bau badan. Itu yang paling penting! So far, tak pernah lah balik kerja tak mandi. Hee. So, Im the biggest fan of his ketiak. Im telling u frankly! Saya rasa semua isteri macam tu. Klu refer kajian, ketiak suami boleh buat isteri tidur lena. Personally i agreed! =p

Found this at Aeon too. Suka yang kiri tu sebab Im looking for baju yang warna hubby tak ada.
Again no size *tabahkan hati*

oleh kerana masa zaman muda - muda aka zaman anak dara saya dulu dah terbiasa siapkan attire abi (my dad), so regim itu dibawa sampai ke kahwin. Saya yang mix & match kan baju husband. Kalau ikut hubby, dia pakai sauk je mana ada. So, saya yang akan prepare everything. Tak kira lah baju kerja or baju jalan or baju duduk rumah or baju tidur. Biar sedap mata memandang. Biar nampak lah gaya ada orang jaga. Tak nak lah, before & after kahwin sama je. Yang best nya, hubby saya ni cool, dia pasrah dimake over kan. Good enough isn't? Cool~ hehe

Kalau kemeja yang stripe, saya suka design mcm ni ^_^

Kadang - kadang taste saya toooo young katanya. Ayat standard "I dah tua lah sayang. Itu utk org muda mudi". Sampai kena paksa pakai baru dia pakai. Dah nama pun kerja dekat company 'Earns & Young'. Harus lah nampak young kan? haha. Tu belum tengok selipar dia lagi. semua occasion sama je selipar je. Isteri yang melihat pasrah habis. Bukan tak ada kasut, ada je.. semua dia simpan. Bila kena paksa & buat muka separa bayi (tolong jangan bayangkan. haha) baru dia pakai.. Kasut kerja yang lawa (kasut beli utk kahwin), sayang nak pakai pergi kerja katanya. Pakai juga kasut yang lama, yang cantik semua simpan dalam bonet kereta. Apa pun tak boleh~  =p

Im planning to buy this shoe for him. Sesuai utk pergi wedd & jalan2. Sesuai jugak pakai kalau ada job photoshoot. Boleh pakai walau dimana jua. Yang penting senang nak pakai - cabut. Tapi nak cari yang leather supaya long lasting. any idea? Brand polo ni material PU je tapi harga macam kasut leather. Saya pengguna yang bijak. mahap Polo! *tu tangan my youngest sister, nak juga interframe*

Dari mula kahwin, mission saya adalah untuk menghandsomekan suami saya. Even dia selalu cakap "Mak cakap I dah cukup hensem dah sayang" sambil naik2 kening dia. oleh kerana itu, setiap kali shopping, saya mesti belikan dia apa - apa. Sebab rasa tak adil, beli baju utk diri sendiri tapi tak belikan utk suami sekali. Kalau dulu single boleh lah fikir diri sendiri je kan. Itu lah indahnya jadi seorang isteri. Semua fikir berdua. The effect of two :)

So, semalam puas shopping ini hasil rembatan untuk suami tercinta. In love with ala - ala Burberry print kemeja (kanan). Boleh match dengan my Burberry maxi dress too! Yang kiri tu saje beli sebab hubby tak ada kemeja long sleeve purple untuk jalan - jalan & boleh match with my purple maxi dresses too! :)

Perkara utama kalau saya nak belikan baju untuk suami :
1. Kalau baju kerja, warna dia mesti menarik match dengan seluar kerja. Warna tak striking sangat
2. Baju yang design & warna yang hubby tak pernah ada. Supaya koleksi baju lebih bervariasi
3. Kalau baju jalan, saya akan pilih design & warna yang boleh match dengan baju2 jalan saya (sedondon itu wajib!)
4. Size pula saya akan pilih yang ngam2 which is 15 1/2 (M size). Tapi moto saya "biar terkecik, jangan terbesar" Kalau terkecik, dah alang2 boleh kecikkan badan sekali. LOL!
5. prefer cutting 'slim fit' usually brand SEED/ PDI/ Suave. Brand yang cutting biasa kena beli yang 1 size kecik baru fit & tak gelebeh
6. untuk seluar, prefer yang tak gelebeh dekat punggung. I dont know the specific name


next nak cari kemeja bunga macam ni plak utk hubby. Handsomekan?
Tapi confirm kena buat muka sedih + gadugh sikit dulu baru hubby pakai baju ni. haha!

Walau apa2 pun, biar pun saya tak dikurniakan seorang suami yang kaki fashion, yang paling penting saya dikurniakan suami yang kaki masjid. Alhamdulillah. Good enough for me. Yang lain bisa diberesin ya ibuk ibuk. Ni bukan nak puji/ riak ke apa. It comes from the bottom of my heart. IM LUCKY TO HAVE A IMAM who are always hold my hand to Jannah insyaAllah. Make over suami pun dapat pahala akhirat kan? Alhamdulillah. Heeeee :')

InsyaAllah that's it for today. See u in the next entries.

Jazakillah :)

Abaya Kanak - kanak Perempuan

Assalamualaikum WBT..

Keifa hal? How's ur weekend? Hee. Mine, alhamdulillah.. Fully booked with families programs ect. Lucky enough to have 2 big family. Banyak program bersama. Eventhough suami takde, I still need to survive, and mix with all relatives including his',

Straight to the point. Yesterday i went toAeon Bukit Raja. I love shopping! yeay =p  At the in front of KFC, ada bazar muslim. i dont know the exact name. but semua yang jual tu utk orang Islam, contoh nya Jubah, dress, tudung, pin tudung dan lain - lain.

Masa jalan - jalan tu nampak jubah kanak - kanak. Then tiba - tiba teringat ada janji dengan my youngest sister. Janji nak belikan dia jubah arab. So, belek - belek.. Macam - macam design ada. For me, I prefer jubah design Burbery & Jubah yang print leopard sikit - sikit cz nampak different & soooo fashionable. Tapi macam tak sesuai utk kanak - kanak. And she's prefer yang simple.

Princess cut abaya, lining pink dekat tangan & leher (covered by shayla). Come with shayla. 


the price is RM70 only. For me the Abaya soo cantik & affordable sebab dah jenuh survey online. Semua tak cantik, tak ada arab's looking at all. I mean cutting jubah biasa (ala2 indon/ M'sia)  + design entah apa2. Kalau ada pun harga merepek meraban. Pernah servey sampai RM200 ++ Dari mesir/ Abu Dhabi katanya -.-

I bought dekat booth dia Aeon Bukit Raja. The owner's are very friendly. Dia buat pembelian online. Jubah orang dewasa pun ada. Dari yang mahal sampai ke murah. Harga depends on 'lampu' katanya (lip lap lip lap uolsss). Harus lah mahal =p
Boleh roger FB diorang dekat sini Beautiful Abaya

Kalau untuk jubah untuk saya sendiri pakai, saya prefer beli direct dari Egypt which is kirim dari my bro.. Sebab harga disana far way cheaper! Dan saya kalau beli jubah, tak sah kalau tak 4 5 pasang. Kalau beli dekat sini or beli online memang parah lah poket ni. I AM A BIG FANS OF ABAYA! Hee

Muka budak excited ada 1st Jubah dari Abu Dhabi.

nway, kalau nak beli Abaya kanak - kanak & dewasa yang ready stock. Nak ur own design (exclusive) dari Abu Dhabi, boleh cuci mata dekat sini Habaya N Silk Collection. Kalau nak ekslusif dari Qatar, boleh lihat disini Butik Abaya Tini. Kadang2 saya curi design Abaya dekat sini then saya tempah utk jahit jubah *mahal lah tapi* Their Abayas are superb! owh dunia~

ok, dah lepas 1 baju raya haji utk adik maniss peneman tidurku tatkala suami jauh nun di sana =') 

Thats's it for today,

Jazakillah

Thursday, October 18, 2012

Carbonara Asli

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dapat merasakan nikmat tidur di rumah sendiri. Golek - golek di katil sendiri. Malam hari tidur ditemani adik bongsu. Pagi - pagi prepare breakfast dan air kopi super power untuk ayahanda tercinta + tergarang sebelum dia pergi kerja. Sedikit sebanyak mengimbau nostalgia zaman anak dara. Ecewah. Nway pagi tadi masa siapkan breakfast untuk abi (which means my ayah), he asked me "ehh badan awak dah naik kan? ada 'apa - apa' ke?" Me just smiling like nangka busuk ^_^ Rasa pelik bila ayah sendiri tanya macam tu dekat anak sendiri.. hee

Ok, itu introduction, back to the topic which is carbonara. Since kahwin ni, dah jarang masak makanan yang sedap ditekak. This is because my hubby loves nasi so much! Bak kata my mother in law "Aem kalau tak makan nasi, boleh mati". So, nak tak nak makan juga lah nasi. Dan kebetulan dekat rumah mertua tu pun bapa mertua memang suka makan nasi. They don't eat ayam. Most of the time makan ikan. *sobs* sepanjang dekat sana, i missed my own cook, which is my favourite food. contohnya Soto, speghetti, nasi ayam, laksa.

Hubby selalu kata, kalau mengidam, masak jelah dekat dapur rumah MIL tu. Tapi honestly saya tak berapa selesa, dah biasa dengan kitchen sendiri. Lagipun rumah MIL, bukan rumah kita sendiri. Maybe tak biasa lagi sebab masih dalam fasa awal perkahwinan. Nanti dah lama - lama insyaAllah biasa.. Time macam - macam boleh masak ikut selera sendiri. Bukan apa, saya tak berapa suka makan nasi. Takut gemuk tu pun ya jugak tapi yang paling utama memang kalau tengok nasi memang automatik loya tekak. Korang pernah rasa tak? huhu

Memandangkan kembali 'bujang', ambil kesempatan ini untuk masak something perut ni nak makan. Saya ni jenis yang bila masak, saya akan guna bahan yang ada dekat dapur. Bak kata chef Wan, just mix n match. Actually since standard 5 lagi my mom dah ajar memasak. she used to say "cuba bayangkan masa masak tu kita dalam keadaan kesusahan/ miskin, tak payah ikut resepi sgt". huhu. Belek  punya belek dapur.. Almaklumlah dah jarang balik rumah sampai gula garam pun lupa letak dekat mana. haha. cz duduk rumah mertua, dapur rumah sendiri dah jarang sentuh melainkan weekend.

So, dengan itu saya decide untuk masak Carbonara. Tapi carbonara saya ni tak guna Prego. Ini yang asli punya. Tengok banyak betul spaghetti dalam cabinet, kalau tak masak harini memang confirm lama - lama masuk plastik hitam. I asked my maid to rebus the spaghetti & letak sikit minyak untuk mengelakkan spaghetti dari melekat. Kuah dia saya yang masak sendiri. My family and I don't really like maid's cooking. Dari dulu lagi kalau bukan saya yang masak, umi yang akan masak.. So, setelah lebih kurang 15 minit bertungkus lumus dekat dapur, Makanya, ini lah hasil nya =)

Maafkan saya, ini hasil hp cap ayam >,< Malas nak shoot beriya guna DSLR hubby

Ramuannya :
1 paket Speghetti (cukup untuk 1 family mkn)
Isi Ayam - dipotong kecil (guna daging cincang pun boleh)
5 biji bawang putih - dicincang halus
1 1/2 biji bawang merah - dipotong dadu
1 tin cendawan butang - potong halus - halus (i love it, tu yang guna banyak)
1/3 buku mentega - untuk menumis bawang
3/4 kotak susu segar (kotak yg besar tu ya)
6 keping cheddar cheese (guna cheese ori lagi sedap. guna 1/2 cwn shj. yumm!)
arigano - campak2 ikut sedap tekak
garam secukup rasa

Terhasil lah ini :)

Im telling seriously it's super delicious! Dia punya lemak sebijik macam masak guna prego. Ni bukan sebab diri sendiri yang masak tapi....

ini buktinya :)

ini jadinya bila my lil sister balik sekolah. Masuk rumah, dia bau sedap.. terus campak beg & pergi dapur. Ada rasa terharu disitu.. ahaks! By the way, let me tell u something, I used to prepare food for my family since primary school. Even untuk open house pun saya yang masak. Umi just order "ok aisyah kita masak ni, masak tu" Bila tengok orang selera makan masakan kita tu, automatik kita yang lapar ni jadi kenyang.. Kalau dulu, ada aiman & ali which is my adiks lelaki yang kuat makan tukang menghabiskan makanan.. sekarang tinggal anis (the one in the picture) sahaja yang jadi tukang rasa, tukang habiskan makanan. The conclusion is, harini makan sikit sebab kenyang tengok orang berselera makan masakan kita.

ok, sekian sahaja update untuk hari ini. bagi anak - anak dara diluar sana. Selamat mencuba. Yang tak pernah masuk dapur, masuk - masuk kan lah ya. Rugi & malu sangat kalau orang perempuan kalau tak reti masak. Yang simple pun jadi lah. Air tangan isteri pengikat kasih suami. Heeeee.. Till we meet again..

Jazakillah =)

Tuesday, October 16, 2012

Terkenang arwah

Assalamualaikum WBT =)

alhamdulillah summal hamdulillah 'ala kulli hal. Video arab dah settle. Yeay! Tinggal nak edit & letak subtitle sahaja. Harini terlalu sibuk sampai tak sempat nak sarapan & lunch. Acane nak ada baby kalau sibuk macam ni (i told u you my schedule too pack!) Just now sempat singgah pasar malam atas KUIS ni. So, beli lah my favourite food ever which is Yong Tau Foo *yummm*

Berbalik kepada topik asal. Pada mulanya bukan nak menakut - nakut or mengenang suatu yg dah pasti tak akan kembali.. Cuma tersentuh bila petang tadi masa hectic drive sana sini settle kan kerja. Dalam kereta pasang lah CD Maher Zain yang latest tu. Sekali terdengar lagu ni ,



Seriously it reminds me to my beloved ex schoolmate Arwah Nur Ain Ahmad *tears* :"(

Arwah's at the center

kalau dihayati maksud lagu So Soon nyanyian Maher Zain tu, orang yang tengah vroom 140km/h, automatically boleh turun kepada 80km/h. haha. Im teling u seriously! It happen to me for soo many times (bagus jugak. tak payah tunggu port camera dekat highway je nak bawak slow kan?) Bukan 1st time tapi everytime pasang CD Maher Zain dalam kete, part lagu so soon ni, music intro dia je dah boleh berdiri bulu roma.. Serius cuak >_<

Jom hayati makna lagu dia. Serius sebijik macam apa yang saya nak luahkan dekat ain :'(

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around [x2]
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

(chorus)
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever
There were days when I had no strength to go on

(chorus)
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?” 
But I got through all the pain when I truly accepted 
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

(chorus)

Spotted in the red one. Ni masa 2nd last jumpa dia masa dia sihat..
Masa reunion dekat Taman Rakyat. Masa ni belum kahwin lagi. hee

Last jumpa dia dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah tapi time tu rasanya dia mamai. Dia dalam ICU, which is kritikal. Sedih sangat - sangat tengok mesin yang bergantung dekat badan dia with "tit tot tit tot"  sounds.. Then  2 hari kemudiannya dapat tahu dia dah kembali ke rahmatullah.. Alfatihah. *Tears again*

Siapa sangka diusia muda, seawal usia 20 tahun nyawa kita diambil oleh Allah. Tatkala anak muda dilamun cinta, dilamun misi & visi masa hadapan, dilamun segala - galanya tapi nyawa dijemput terlebih dahulu. Ternyata jodoh & MAUT ditangan Allah. Dalam pada itu, sejauh mana persediaan kita dalam menyambung kedatangan zakratul maut? ARE YOU READY?

Pernah tak kita rasa berdosa? Pernah tak rasa ingin bertaubat dengan dosa kita selama ni? Kalau ada, means alhamdulillah Allah masih disisi kita. Kalau tak ada, we better do something. Rasanya tak perlu bebel panjang - panjang. Just that fikir balik apa yang mampu kita bawa dekat akhirat sana. Yang wajib sempurna atau pun tidak, yang sunat disemarakkan mahu pun tidak. 

Sesungguhnya rasa benci akan dosa itu adalah 1 nikmat yang teramat bernilai!
*Let's muhasabah together*

Jazakillah

Monday, October 15, 2012

Pabila Suami Outstation :"(

Assalamualaikum..

i dont know how to start but i miss my husband. Masa 1st week hubby pergi sarawak tu i was like a baby.. crying like hell. i didnt stop pujuk hubby "sayang, please dont go :(", on the way pergi LCCT saya sempat doa supaya dia tertinggal flight! hahahaha. to be honest, saya memang suka berkepit dengan suami. saya nak kasih sayang masa mula kahwin berkekalan sampai bila - bila. i want the same momentum! everyday is wedding day =)

saat - saat ditinggalkan :"(

oleh kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu (3 bulan tu sementara ke?), tabah kan juga lah hati ni. lagi - lagi ketika waktu kritikal dimana i need him, which is waktu exam. can u imagine lepas hantar hubby dekat lcct, dek kerana super sedih, tak boleh terima that i have to leave him, saya boleh tersesat ke dengkil yang sepatutnya saya lalu jalan dalam untuk pulang ke KUIS. otak serabut sangat masa tu.

Oleh krn terlalu sedih, i drop by dekat RnR dengkil.. Nangis puas2, amik wudhuk & solat zohor.. lepas tu baru boleh focus on driving.then safely arrived at KUIS.  im telling the truth. Biar lah orang nak kata gedik ke apa ke. Yang penting itu suami kita. dah halal kan :) I dont know tapi feel jadi isteri ni lain. Lebih - lebih lagi kalau yang bercinta selepas nikah. The sweetness is far way delicious! hehe

mula - mula tu macam tak biasa tidur without hubby. Nak makan pun tak ada selera, dan selalu nya hubby yang paksa makan. nak solat pun jalan slow je sebab tak ada imam yang berdiri depan. Tidur pun tak lena cz he used to urut my belakang badan due to my pernafasan yang kadang - kadang tersangkut malam - malam. i miss his massages & warm hug (kalau dekat rumah warm lah kot sebab bilik aircond, kalau dekat kuis ni jadi hot sebab bilik ni panas). 

The only man who make me cry happily & laugh crazily

So the next week oleh kerana terlalu rindu dekat suami, i drove back Meru.. huhu.. masuk je perkarangan rumah, tengok kereta hubby dah jadi sayu semula. teringat saat2 'rempit' dengan hubby siapa sampai rumah dulu. sempat jugak lah leleh dalam kereta.. Then naik bilik, terbayang bila buka pintu hubby hug me from my back. tapi masa masuk bilik tu bau hubby je ada. No warm hug as usual. kalau dia tak hug pun, mesti dia tidur atas katil sebab penat balik kerja. I looked at the katil.. kemas je.. Masa tu mata meleleh gila - gila.. I miss my husband ya Allah!

part yang paling kelakar & sedih ialah i dont know why tetiba boleh lari dekat laundry basket, then terbalik kan semua baju kotor untuk carik baju kotor hubby.. Unluckily, i washed all of em before keluar untuk hantar hubby ke LCCT.. Time tu gila drama.. selongkar baju sambil berjurai air mata. can u imagine? siap meraung. tak jumpa dalam laundry basket, masuk toilet just in case hubby ada sangkut baju kotor dekat penyangkut.. tapi still tak ada. then i bukak almari nak cari baju yang ada bau husband.. then i found his Jubah that he used to wear to masjid/ surau.. 

Time tu pun lawak lagi, terus amik, peluk then berjurai - jurai sampai terlena atas katil.. Bila bangun kepala sakit & i call my husband just to say "I love you"..mujur last week i dah book awal - awal 2 helai baju kotor hubby to bring back to KUIS. I dont know why tapi bau baju hubby boleh mengubat rindu. Im sure isteri - isteri dekat luar sana yang mungkin masih dalam fasa baru berkahwin did the same thing.. hehe..

habis kena selongkar macam orang gila >_<

and yet, im still wearing his baju kotor even dah mandi. huhu. nway, malam tadi terfikir.. What happen to me if Allah ambil nyawa suami saya? Am i going to be crazy woman or what? Hidup berhenti sampai disitu sahaja kah? Suami segala - segalanya selepas Allah SWT? Tiba - tiba tersedar that hubby tu pinjaman Allah. I need to bersedia bila - bila masa Allah nak ambil dia.


Saya hanya mampu berdoa agar segala nikmat ini dikekalkan tanpa melalaikan. Diberi kami kesempatan untuk bercinta sampai ke syurga. Melayari bahtera rumah tangga dengan penuh sakinah mawaddah wa rahmah (aminnn).. Suami itu nikmat yang teramat besar, sebagai tulang belakang kita. Thats why bila tulang belakang tak ada, kita akan rasa loss.. Tapi jangan sesekali lupa kepada tuhan pencipta kehadiran tulang belakang kita itu.


"Rabbana waj`alna muslimayni laka wamin zurriyyatina ummatan muslimatan laka wa’arina manasikana watub `alayna innaka anta t-tawwabur rahim" [Al-Baqarah: 128]

"Tuhan kami, dan jadikan kami dua orang yang berserah kepada Kamu, dan daripada keturunan kami, sebagai suatu umat yang berserah kepada Kamu, dan tunjukkan kepada kami manasik kami dan terimalah taubat ke atas kami, sesungguhnya Kamu adalah yang maha Penerima Taubat, yang maha pemurah" 

Shooting Day

Assalamualaikum..

Hopefully u guys are in the pink of health (ayat essay BI masa SPM. haha). 

ok let's continue. Today will be the shooting day. Buat lepas zohor cz my team mate ada test MUET. Video ni temanya ialah "Hari Raya". So basically video saya akan berkisar tentang perbezaan perayaan di Malaysia, Mesir & United Kingdom. Kami (3 pelakon) terserampak masa nak solat raya di Masjid Al Azhar KUIS yang dimana masing - masing baru pulang dari negara masing - masing. Sounds typical drama Melayu isnt? haha. I have no idea. Tawakkal jelah..


Ni gambar tak ada kena mengena. Disebalik tabir shooting Video Korporat Majlis Perwakilan Pelajar KUIS
*pegang duit sebab i am Bendahari Agong. Bukan mata $$$$. hee*

Berbalik kepada video arab, I ask for help from Monika Permadi (mix indonesia with malaysia) untuk jadi pelakon tambahan since my team tak cukup orang. Kebetulan monika pun student Bachelor Bahasa Arab. Dia memang fasih berbahasa arab. So, in order to make it the video looks more real, jadi panggil lah pelakon tambahan yang lidah laju arab. Yang paling penting, dia dah habis final. So kita kerja kan dia! hehe.

Ini lah Monika Permadi Bt Basri
Senator Fakulti Bahasa & Komunikasi MPP KUIS


Seterusnya story board &Skrip bahasa melayu kitorang buat within 1 hari. Ianya dibantu oleh rakan seMPP yang paling senget. kalau duduk dengan dia ni daripada sihat walafiat boleh jadi semput mati on the spot sebab gelak bagai nak gila.. Siapa lagi kalau bukan :
Nur Ain Amran. 
Sekretariat Pembangunan ICT, MPP KUIS
*apa guna Sekretariat ICT kalau tak tolong buat video kan? kuikuikui


Yang paling penting, skrip Bahasa Melayu telah ditranslate kepada Bahasa Arab oleh kakak manis intan payung ku. She's awesome in Arab! (dulu dia belajar dekat Jordan). Masa final haritu tu pun she coach me in arab. Gila gempak! She helps me a lot *tears*. Orang yang dimaksudkan ialah :

Faridah Bt Mat
Timbalan Yang Dipertua Aduan Kebajikan & Mahallah MPP KUIS.


Lastly, videographer yang akan handle shooting harini adalah :

Mr Hensem (ayat pancinggggg! haha) I call him Shafik 
Student Final Bachelor Usuluddin Multimedia KUIS.
Dia & team ada photoghrapy, videography dll yang berkualti for all kind of event.
Do like his page KS Motion Picture


insyaAllah that's it for today. Hopefully ustazah willing to accept sebab dah lepas due date :( 
Jazakillah ^-^

1# Planning

Assalamualaikum..

My semester break by right starts today but im still stuck in KUIS due to complete my Arabic's video (assignment actually). So, i'm planning to settle everything by tomorrow, shooting in the afternoon. Straight work out with editting and submit in the evening. Then straight forward go back to Klang.

So far the planning for holidays are :
19/10/12 (fri) : Meeting MPP With Pengurusan KUIS
20/10/12 (sat) : Swimming in UITM Shah Alam (i miss swimming soo much!)
21/10/12 (sun) : Jogging, Shopping, Sleeping.. Visiting maisaghoh & Emir (my adorable niece & nephew)
22 - 23/10/12 (mon - tues) : Taking care of my Untie. (she's going to undergo minor operation)

Yang Paling Penting :
24/10/2012 (wed) : Hubby balik. Yeay! Can't wait! We're going off to Terengganu for his cousin's wedding :)

Last 2 weeks picture together. 
We when to Pulau Pangkor. Attended a wedding reception :)

I MISS HOLIDAY TOGETHER. 
I WANT MORE & MORE HONEYMOON!

Just now hubby whatsapp me "sayang free tak bulan 3".. He starts asking me when will be my nest semester break. I guess he's planning something special for me since my passport dah lama tak kena cop. Last masa raya sebab raya Singapore. huhu. Just let it be. Bukan senang my hubby nak romantik. Sejak dua menjak tengok movie "Aku Terima Nikahnya", the sweetness of the Hero terserap dalam diri dia. Tak sia - sia ajak dia tengok movie tu. Hamdallah I'm glad enough. Even Nora Danish super duper hyper gedik. haha

ok thats it for today. Semoga harini lebih baik dari semalam & esok lebih baik dari sebelum - sebelumnya 

Jazakillah.. Good night =)

Hidup ber'Puan' =)

Assalamualaikum..

Kaifa hal (apa khabar) dear readers? Dah lama rasanya tak update blog. Lama sangat - sangat. Ingatkan tak ada orang perasan tapi ada juga yang perasan dan jenguk - jenguk blog saya yang bersarang ni.. Alhamdulillah I just finish my final. Macam biasa the toughest and killer subject is Financial Reporting. Sobsobsob. Dengan kesihatan yang tak berapa nak baik lately. But still alhamdulillah summal hamdulillah.. I made all of em. Hee

Selebihnya tawakkal tu 'alallah. InsyaAllah khaer :)

Saya notis since kahwin saya telah mengabaikan blog ni. Honestly i miss my blog so much.. I love writing + bebels ;p Sekarang ni semua benda saya update di facebook sahaja. But sometimes rasa macam tak puas taip pendek - pendek (kalau panjang - panjang nanti kata buat essay atau syarahan lah pulak)

In addition, i have a lot of stories to share with all of you. Pengalaman bergelar isteri untuk lebih kurang 6 bulan.. Pengalaman duduk dengan mak mertua. Pengalaman how i manage my hubby, family, studies and MPP.. Pengalaman raya 1st time raya bersama. Pengalaman how i manage when people keep on asking "bila nak bertiga, berempat, berlima?". Pengalaman 1st time dating pergi tengok wayang with hubby.. dan macam - macam lagi pengalamannya. I have a lot of things to share.. Lot of thing to ask for advice/ petua too.. hehe

Nway, i would like share something.. Lately i feel soo low, soo weak, soo moody.. Semuanya so - so since my husband outstation far away for 3 month.. Ehem sarawak je, but still jauh hokay. Eventhough every 2 weeks dia balik.. But still no bantal peluk, no warm hugs every morning before vroom 140km/h to class from Meru - Bangi. I miss racing with hubby every morning too. I dont know how to express but i miss my husband so much.. 

Nak dijadikan cerita, oleh kerana tak ada suami di sisi sejak akhir - akhir ni. I feel so lonely. Saya start muhasabah & pertimbangkan sesuatu.. Which is soal anak.. I am 20, however he's 27. My Umi selalu tanya, sampai bila Aem (my hubby's nickname) nak tunggu.. Semakin hari, ketua keluarga makin berusia bukan makin muda. Tak elok anak lambat - lambat. Both of my mom kahwin masa belajar.. Both managed till now. So mengapa tidak saya kan? So, muhasabah lagi.

 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

Perancangan keluarga itu perlu ada. Perancangan kewangan dll. So I starts realise that i need to give him zuriat.. Just that i dont want to extend my studies (itu syarat utama yang perlu saya pastikan & pertimbangkan). Tak nak jadi mcm my kak long grad lambat sikit sebab setahun satu uolssss.. Bertenaga! (opsss) But Umi said semua tu syara' ada ajar caranya, kalau langgar memang la setahun satu.. LOL.. Nway, saya dapat advice dari cousin yang berbunyi (ecehh) :

cousin      : atah, nak tau cane nak bagi suami duduk rumah, balik kerja awal blablabla
Me           : acane? ceciter~
cousin      : bagi dia baby.. insyaAllah bila dia pergi kerja, dia akan tak sabar nak balik awal.. Bila dia nak
                 terima kerja luar kawasan tu dia akan fikir seribu kali.. On top of that kasih sayang suami
                 bila jadi ayah pun akan lebih.. Dia akan jadi lebih loving & lebih caring..
me           : ate teman tak ada masalah. cuma tak nak extend studies.. kalau timing Allah baik punya
                 which is time cuti sem, my big big pleaseure to pregnant.. setahun 1 pun tak apa. Semua tu
                 serah kepada rezeki dari Allah. Hanya mampu berdoa dan berusaha :)

Ate teman nak begini. Baru meghiah! =p

Honestly i love babies so freaking much.. In fact, bila berbual- bual dengan hubby or even doa lepas solat sama - sama i will remind him.. "1 team bola ye sayang". hee.. So, do pray for me. Pencen MPP bulan disember ni boleh focuskan on family & studies..  Selama ni bukan tak nak tapi banyak faktor perlu dilihat semula. 

Cuti sem dah bermula selama selama sebulan tapi hubby tak ada. So, i need to plan. Hubby ajak pergi sarawak bulan 11 since bos dia pun bawa isteri pergi sana. We'll see how i manage to bergaul with all those 'seniors'. Hee. Proses kematangan insyaAllah. In the same time i need back to KUIS since new intake will be on early of November. MPP kan *pasrah*. 

ok thats it for today yang bersiaran secara langsung dari Pejabat Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) *ate teman pemimpin berdedikasi. ahaks!*

Jazakillah